Friday, April 28, 2017

The Legacy

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 21hb April yang lalu...


Testament - The Legacy (1987)

Antara album yang dulunya teringin nak dengar tetapi tak berpeluang. Banyak terbaca ulasan yang baik tentangnya di majalah. Tapi agak sukar untuk mendapatkannya pada ketika itu sehinggalah munculnya zaman internet dan mp3.

Bila mengenal e-bay, ini adalah antara cd yang menjadi idaman. Puas juga mencari harga yang mampu milik sehinggalah terjumpa cdnya di e-stock. Harganya yang tak sampai pun RM30 memang rezeki terpijak.

Testament saya yang pertama adalah Practice What You Preach (1989). Pada ketika itu memang kemaruk dengan apa sahaja yang datang dari Bay Area. Tetapi Testament memang ada kelainannya terutamanya hasil kerja gitar Alex Skolnick. Tidak seperti kebanyakan band-band thrash seangkatan dengannya. Petikan gitar dari anak murid Joe Satriani ini memang agak bermelodi dan penuh jiwa. Solo-solo gitarnya memang menarik.

Mendengar album pertama Testament ini, perkara pertama yang menarik perhatian saya sudah semestinya petikan gitar beliau. Solo-solo dan rif harmoni antara beliau dan Eric Peterson sememangnya tarikan utamanya. Kalau tak terhanguk-hanguk kepala tak tahu lah nak kata apa.


Jika itu masih tidak cukup, vocal power dari Chuck Billy adalah “plus point”nya. Tak sia-sia beliau mengantikan tempat Steve "Zetro" Souza yang lari ke Exodus. Beliau adalah antara vocal terbaik thrash metal. Tak padan dengan saiz badannya yang agak besar.

The Legacy cukup kuat perencah thrash metal ala Bay Area. Lagu-lagunya mudah melekat kat kepala. Antara yang masih terngiang-ngiang di kepala sudah semestinya “Burnt Offerings”,“Alone In The Dark” dan "Raging Waters".

Ini adalah antara thrashterpiece!! Terbaik!!




Wednesday, April 26, 2017

Greatest Kiss

Satu lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


KISS - Greatest (1997)

You wanted the best? You got the best!

Tak perlu nak review panjang. Yang Kiss Army dah tentu beli. Tetapi untuk casual listener atau yang baru nak berjinak-jinak nak dengar Kiss, selain siri Alive, sememangnya inilah album yang patut anda cari.


Mengandungi semua lagu yang patut anda tahu tentang KISS. Mungkin tak semua seleksinya memuaskan hati. Maklumlah, Kiss mempunyai beratus lagu. Tapi yang 20 ni pun dah cukuplah untuk anda bersembang pasal Kiss.

Saya pun belum lama follow Kiss...tapi diam tak diam dah ada juga 12 keping cd dan sekeping lp...iskh....



Sunday, April 23, 2017

The Ultra-Violence

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 23hb April...


Death Angel - The Ultra-Violence (1987)

Album yang mengimbau kenangan zaman remaja. Salah satu yang pertama kali dengar dah suka. Mungkin pada ketika itu sangat terpengaruh dengan band-band thrash dari Bay Area. Apa sahaja yang keluar dari sana memang akan terus suka.

Tetapi tak boleh dinafikan Death Angel memang best pun. Memang sedap. Straight forward thrash. Laju, catchy dan ada juga yang berbunyi seperti Metallica. Maklumlah demo mereka sebelum ini pun Kirk Hammet yang terbitkan. Pengaruhnya dah tentu ada.


Seperkara yang menarik perhatian adalah tentang umur mereka yang hanya belasan tahun ketika album ini dirakamkan. (Andy Galeon - drummer hanya 14 tahun). Tambah pula mereka kesemuanya berketurunan Filipina. Berdarah Asia. Dah tentu-tentulah kita yang dari Asia Tenggara pun tumpang bangga.

Tak padan dengan usia. Skill muzik mereka mengalahkan yang lebih berusia. Hebat! Rif dan melodi yang catchy. Solo solo gitar yang berhantu. Produksinya pun boleh tahan. Mereka memang berbakat besar. Sayangnya nama mereka tidak menjadi besar seperti yang sepatutnya.

Track pilihan - "Voracious Souls", "Mistress of Pain", "Thrashers", "Evil Priest"

Mat thrash patut ada album ni. Wajib!




Friday, April 21, 2017

Shell V-Power Ferrari 1:38 model Cars Collection

Selain mengumpul muzik secara fizikal dan sedikit bahan bacaan, saya juga pernah mempunyai beberapa hobi yang lain. Salah satunya adalah ini…


Tak ingat dah dari tahun berapa. Mungkin 2006 dan 2008. Malas pula nak mengoogle. Dulu memang rajin beli bila Shell buat promosi model kereta Ferrari macam ni. Tak pasti sekarang ada lagi ker tak. Dah jarang isi minyak Shell. Berapa RM sebijik pun dah tak ingat...


Sebenarnya ni ada 2 set dari tahun yang berlainan. Pun dah tak boleh ingat kereta yang mana dan dari set tahun yang mana. Rasanya semua complete. Cuma tak ada yang special edition warna kuning. Yang tu kalau tak silap kena beli minyak hitam baru boleh dapat.


Dulu simpan dengan elok. Siap letak dalam gerobok cermin. Cantik berkilat. Sayangnya setiap kali hari raya, atau kawan-kawan yang bawa anak bertandang. Habis semuanya dikerjakan budak-budak. Anak sendiri pun tak pernah berani sentuh tapi anak-anak orang pula yang terlebih. Paling geram bila mak bapanya pula buat muka tak bersalah. Geram punya pasal akhirnya simpan semua dalam stor. Habis cerita.


Kalau ikut yang tercatat di bahagian bawah kereta ;

Baris hadapan dari kiri ke kanan
575 GTC, F40, F2005, 599 GTB Fiorano, FXX, FXX Evoluzione, 360 Challenge Stradale

Baris belakang dari kiri ke kanan
F430, 250 GTO, F40 Challenge, F50, Enzo Ferrari, Superamerica, 360 Spider


Hobi yang ini memang dah mengendur....tapi kalau tahu Shell ada buat promosi macam ni lagi...memang konpem la akan dibeli...haha..


*tengah pikir nak letak kat mana benda-benda ni semua...stor pun dah sesak sampai tak boleh nak masuk...





Wednesday, April 19, 2017

Sin After Sin

Yang 40 tahun pada 8hb April yang lalu...


Judas Priest - Sin After Sin (1977)

Kali pertama mendengarnya secara penuh adalah melalui cd mp3 discography Judas Priest yang di beli di sebuah kedai buku di Desa Pandan lebih kurang 20 tahun yang lalu. Masa beli tu tak tahu pun apa itu MP3. Pelik juga kedai buku ada jual cd rock. Ingatkan seperti cd biasa. Rupanya ia hanya boleh dimainkan di komputer sahaja (pada ketika itulah). Zaman bermulanya era MP3.

Tapi masa tu tak dengar sangat pun. Tak berapa suka dengar lagu menggunakan komputer. Tetapi tahu juga beberapa lagunya terutama yang terdapat di dalam kompilasi "Metal Works 73-93". Paling biasa dah tentu-tentunya "Dissident Aggressor" kerana ianya di bawakan oleh Slayer dalam album mereka "South Of Heaven".


Mendengarnya secara betul bila dapat memiliki cdnya beberapa tahun yang lalu. Ianya Judas Priest yang sedikit berbeza dari yang biasa di dengar di era leather jacket mereka di tahun-tahun 80an. Penerbitnya pula adalah Roger Glover dari Deep Purple. Banyak juga lagu-lagunya yang ke arah proggresif rock 70an. Lagu "Last Rose of Summer" walaupun agak janggal di telinga saya yang hanya mula mengikuti mereka dari era 80an tetapi ianya memang mengasyikkan. Lazat.

Tetapi lagu-lagu seperti "Sinner" dan "Dissident Aggressor" telah mula menampakkan arah tuju mereka di masa hadapan terutamanya trade mark gitar solo berkembar KK dan Glen. Tetapi yang menarik perhatian adalah ketukan drummer jemputan mereka, Simon Phillips. Memang power!



Monday, April 17, 2017

Rintangan Hidup Dunia LP

Keluaran semula piring hitam rock melayu yang terkini di pasaran.


Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (Lp Reissue 2017)

Ini suatu yang mengujakan. Terutamanya jika anda membesar dengannya. Selain Search dan Battle Of The Bands, Rusty Blade adalah antara yang terawal meghasilkan album di era kebangkitan rock melayu di pertengahan 80an dahulu. Mereka adalah heavy metal melayu yang sebenar.

Sayangnya rasa teruja itu sedikit luntur apabila  melihat gambar covernya. Gambar yang blur masih boleh diterima. Tetapi gambar yang salah memang tak patut berlaku. Saya dah terbayangkan gambar Flying V Hitam Putih dan posing maut Yantzen. Tetapi apa yang ada adalah gambar dari album Ikrar Perwira. Ingatkan saya seorang yang perasan. Tetapi seorang rakan turut menghubungi saya mengatakan perkara yang sama. Nampaknya saya tidak keseorangan walaupun rasanya ramai lagi pembeli yang lainnya tidak perasan atau tidak ambil peduli atau memang tak tahu.

Gambar yang sepatutnya adalah seperti kaset di atas.

Rasanya dengan harganya yang agak mahal (RM190), perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku. Bagaimanakah benda yang sepatutnya menjadi khazanah negara boleh di buat secara lewa. Adalah pihak pengeluar hanya ingin mengambil kesempatan.

Dalam gatefold pun gambar line-up Ikrar Perwira. Hampeh betul. Beg tu tak dapat pun tak apa. Bukannya boleh simpan lama. Kos tu pergi kat kualiti cover lagi elok. Satu lagi...Gatefold dengan piring hitamnya keluar dari atas...agak ganjil kan?...

Satu lagi...Kat lagu tulis 1987...tapi kat bawah tu tulis 1986...semak kat kaset tulis 1987...mana yang betul? typo?....

Kadang-kadang rasa malas nak cakap banyak. Nanti ada yang kata dah untunglah tu ada. Tak suka...tak payah beli. Tapi kalau tak ditegur perkara-perkara sebegini akan sentiasa berulang-ulang. Kami bukan sekadar casual listener...bukan juga beli untuk sekadar penuhkan rak. Tapi kami adalah peminat yang membesar bersama muzik mereka. Perkara yang mungkin di anggap kecil oleh sesetengah pihak adalah amat besar bagi kami. Minat kami sepatutnya juga dihormati.




Ok la...apa-apa pun terimakasih kepada pihak yang terlibat. Nak beli lp yang asal memang harganya tak masuk akal. Semoga perkara sebegini di ambil perhatian. Nasib juga soundnya boleh tahan,

Tu la...bising-bising pun beli juga semua format...dan suka la kan...tapi sampai bila nak kena tipu?

**Agak-agak boleh tak minta dorang buat semula cover dengan gambar line-up yang betul?...macam rasa tak puas pulak tengok cover yang ini.




Saturday, April 15, 2017

Metal

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari esok, 16hb April...


Annihilator - Metal (2007)

Saya pengemar Annihilator. Tetapi agak ketinggalan dengan album-album mereka di penghujung 90an dan awal millennium. Zaman thrash tidak lagi trendy, albumnya pun tak masuk pasaran Malaysia. Maka memang susah lah nak dapat.

"Metal" adalah percubaan pertama saya untuk mencari semula Annihilator. Dan ianya tidak mengecewakan. Di zaman nu-metal sedang berleluasa. Annihilator terus menerus menghidupkan obor thrash metal cara lama. Saya pernah terbaca yang Dave Mustaine pernah mengatakan yang "Muzik metal masih selamat" apabila mendengar anak beliau memainkan album ini di dalam kereta. Kalau Abang Mus sendiri dah "approved". Siapa lah saya untuk menidakkannya.

Yang menarik tentang "metal" ianya menghimpunkan ramai artis metal terutamanya yang berasal dari Kanada sebagai jemputan. Steve "Lips" Kudlow (Anvil) , Alexi Laiho (Children Of Bodom), Jeff Loomis (Nevermore), Jesper Strömblad (In Flames), Angela Gossow (Arch Enemy), Michael Amott (Arch Enemy), Corey Beaulieu (Trivium), Willie Adler (Lamb of God) dan lain-lain lagi.


Ada beberapa lagu yang membawa ke arah 3 album pertama. Teknikal thrash dengan solo bergulung adalah makanan asasi Jeff Waters. "Clown Parade" dan "Army of One" adalah antara lagu yang memikat hati.

Yang menariknya, agak sukar untuk Jeff Waters mengekalkan ahli yang sama. Tetapi line-up ini adalah antara yang terlama. Berjaya kekal untuk 3 album. Seperti yang diketahui umum, drummer mereka, Mike Mangini menyertai Dream Theaters kemudiannya.

Mungkin secara keseluruhannya album ini agak tidak konsisten. Tetapi muzik sebegini di tahun 2007 adalah satu kenikmatan buat saya.

Best!