Friday, June 30, 2017

Album of the Year

Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...


Faith No More - Album of the Year (1997)

Seperti album sebelumnya, King For A Day, Fool For A Lifetime (1995), kaset ini juga dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi yang bezanya, King For A Day, Fool For A Lifetime adalah album yang “grower” hinggakan saya rasa perlu untuk membeli cdnya.

Tetapi kes yang sama tidak berlaku kepada Album Of The Year. Ironi dengan tajuknya, saya rasakan album ini agak membosankan. Faith No More tidak lagi menjadi sebuah band yang pelik (weird), caca marba dan sukar dijangka. Album Of The Year lagu-lagunya agak “straight forward”, “mellow” dan tiada yang kekal dalam ingatan. Kalau yang menarik perhatian pun mungkin lagu "Ashes to Ashes" yang seakan-akan lagu dari era Angel Dust (1992).


Sejak ketiadaan Jim Martin, Faith No More sekali lagi bertukar gitarist. Tetapi yang pastinya sekali lagi lagu-lagunya tidak mempunyai solo. Satu lagi faktor tambahan yang mengurangkan minat kepada album ini.

Tak langsung mengikuti perkembangan mereka selepas dari ini...kurang minat dah. Tetapi kalau ada re-union bersama Jim Martin...mungkin itu cerita lain...







Saturday, June 24, 2017

Tempeyek Raya

Pejam celik pejam celik dah raya dah...

Bila dah jadi warga tua (hehe) ni banyak benda yang kita buat sendiri. Contohnya bab kuih raya. Kena pulak kalau kuih-kuih tradisi. kalau kita tak belajar buat...siapa lah yang nak menyambung tradisinya...

Bukan tak boleh nak beli ajer...tapi kalau bercerita bab kuih tempeyek (ada tempat panggil rempeyak), nak beli yang resepi asal yang dulu-dulu mak dan arwah atok buat memang susah nak dapat dah. Ni tekak orang Muar, tempeyek Muar asli mana ada ikan bilis. Masa budak dulu-dulu beraya rumah orang satu kampung memang semuanya tempeyek takder ikan bilis. Ntah kenapa sekarang dah lain. Yang jual sekarang semua ada ikan bilis. Dah lain dah rasanya...


Makanya yang paling senang nak rasa apa yang masa budak-budak dulu rasa adalah dengan buat sendiri. Mak masih ada buat. Tapi apa salahnya belajar buat sendiri.


Guna cara tradisi. Tak payah acuan. Tebar jer kat keliling kuali. Ni memang nak ada skill dia. Tapi kalau dah dari kecik-kecik dulu dah tolong mak buat. Berpuluh tahun. Expert dah.


Yang best bila buat sendiri ni boleh tabur kacang tanah banyak-banyak. Kalau yang buat meniaga tu siap kira berapa biji sekeping...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN




Wednesday, June 21, 2017

Pride

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 21hb Jun...


White lion - Pride (1987)

30 tahun dah. Tak sangka betul. Rasa macam baru jer lagi. Saya sememangnya fan boy mereka. Minat gila dengan petikan gitar Vito Bratta. Pertama kali dengar solo beliau dalam lagu “Lady Of The Valley” dah tahu yang dia bukannya seorang gitaris yang biasa biasa. Dari situ terus jadi suka. Beliau adalah salah seorang gitar hero saya.


Memang suka album ni. Semua lagu sedap. Solo-solo melodic shred yang dasyat. Walaupun vokal Mike Tramp bukanlah yang terbagus. Agak meleweh. Vokal pemalas kata seorang rakan. Tetapi lagu-lagu ciptaan beliau memang sedap. Sekali dengar dah menangkap. Mungkin itu satu lagi faktor kenapa saya sukakan mereka. Ianya antara cd terawal yang dibeli bila bermulanya zaman cd.


Kaset ini pula ada ceritanya. ianya kepunyaan seorang pensyarah wanita ketika saya menuntut di ITM. Dia memang agak rapat dengan saya dan rakan-rakan. Selalu melepak di bilik beliau waktu di antara kelas atau jika tiada kelas. Pelajar lain datang untuk tanya soalan, tetapi kita orang datang untuk dengar lagu. Mungkin kerana usia beliau yang muda. Baru grad. Maka senang nak masuk dan sekepala. Tambah pula dia tahu sikit-sikit pasal rock. Kaset Pride ni dia beli masa dia menuntut di UK. Popular masa dia kat sana katanya. Puas juga mengecek buat souvenier. Akhirnya kami tukar pakai. Saya bagi kaset Metallica Black Album, dia bagi saya kaset ini. Kalau dengar lagu-lagu dari Pride ni memang teringatkan kenangan zaman tu. Tak tahu dah kat mana dia sekarang. Lost kontek lepas tinggalkan ITM.

Sangat berharap yang Vito akan kembali untuk buat re-union. Rasanya yang lain tiada masalah. James  LoMenzo pun sejak lepas Megadeth rasanya tiada band tetap. Greg D'Angelo pun. Cuma Mike Tramp sibuk sikit dengan album-album solo. Tapi ntah la…tak tau bila Vito nak kembali…

ROCK N ROAR!!!




Monday, June 19, 2017

Akuarium

Salahkan Mus Speedrider...ini sememangnya dia punya pasal...haha...


Dulu pernah bela ikan. Sampai ada 2 akuarium bersaiz besar. Tetapi kerana kekurangan masa atau sebenarnya kemalasan untuk menyelenggara, hobi hangat-hangat taik ayam ini terbengkalai. Tambah pula bila tiada ruang untuk menyimpannya (rumah kecik) dan bila letak diluar jadi sarang nyamuk. Akhirnya semua pun bagi kat orang.


Tetapi baru-baru ini bila anak ada projek sekolah yang kena beli ikan peliharaan dan ikan tersebut selepas 1 bulan diletakkan dalam bekas kecik seperti di atas masih panjang jangka hayatnya. Rasa kasihan pula. Selongkar stor masih tersimpan rupa-rupanya batu-batu dan perhiasan dari akuarium lama. Bila cerita kat anak nak beli akuarium...sudah semestinya dia yang paling gembira.


Akhirnya terbeli juga. Yang kecik cukuplah. Malas nak beli yang besar. Pengalaman dulu menjadi pengajaran. Kemalasan boleh datang secara tiba-tiba...haha...


Beli beberapa ekor kecik. Tambah perhiasan sikit. Pasang lampu.....taraaaa....siap!


Boleh lah takat untuk sukakan anak. Sambil tu layan benda ni sambil background lagu hantu berubat dapat juga menghilangkan stress seharian berkerja..haha...



Tapi bila bukak FB Mus Speedrider...rasa stress semula...macam-macam pulak rasa nak kena upgrade kat akuriaum ni...iskh...iskh...dah lah lp dia racun...bela ikan pun dia racun....argggggh....hahaha...




Saturday, June 17, 2017

Cryptic Writings

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 17hb Jun...


Megadeth - Cryptic Writings (1997)

Dulu tak suka pun album ni. Rasa macam pop sangat. Selepas tu memang pencen dengar Megadeth.

Tetapi selepas album The System Has Failed (2004), mula menjejaki semula Cryptic Writings. Mula dengar betul-betul. Peningkatan usia membuatkan fikiran lebih matang dan terbuka. Sekarang baru paham apa yang cuba dilakukan oleh Dave Mustaine. Mereka masih metal tetapi dengan cara yang lebih mudah diterima oleh golongan biasa. Lagu-lagunya lebih mudah. Melodic dengan singalong chorus.


Pernah terbaca yang beliau cuba untuk lebih menyanyi. Maklumlah nyanyian bukanlah kekuatan utama beliau. Untuk itu beliau mengurangkan bahagian gitar. Maka tak hairanlan album ini tidaklah seteknikal seperti album-album sebelumnya.

Masih ada lagu yang thrash dan laju. "The Disintegrators" dan "FFF" adalah trademark biasa Megadeth. Manakala "She-Wolf" adalah antara hasil kerja gitar terbaik Marty Friedman. Sedap solo lagu ni. Tak hairanlah ianya menjadi salah satu lagu wajib untuk konsert mereka sekarang.


Banyak lagi lagu sedap, "Trust", "Almost Honest", "I'll Get Even". Faktor umur sememangnya memainkan peranan. Lagu metal yang lebih santai begini (bukan yang meleweh yer..) mungkin memang sesuai untuk golongan yang lebih berusia.

Dulu tak suka...tapi sekarang memang suka...tapi kalau black album, load, reload....memang dah tua-tua pun tetap tak suka...hahaha...


Wednesday, June 14, 2017

Once Upon A...

20hb May yang lalu...maka genaplah 20 tahun album ini di edarkan.


Cinderella - Once Upon A... (1997)

Tidak dinafikan Cinderella adalah sebuah band yang pernah mewarnai  zaman remaja saya. Lagu lagu mereka menjadi sebahagian dari soundtrack kehidupan di zaman sekolah. Pernah juga di denda guru kerana menconteng meja dengan logo mereka.

Once Upon A... adalah album kompilasi lagu-lagu terbaik/popular mereka dari era Night Songs (1986) hinggalah ke album Still Climbing (1994). Ada juga dimuatkan lagu bonus termasuk lagu cover dari Janis Joplin.


Seperti biasa album kompilasi sebegini sememangnya sesuai untuk mereka yang baru nak kenal dan juga casual listener. Semua lagu popular ada. Tetapi untuk peminat seperti saya mungkin untuk lagu lagu bonusnya.

Tetapi kalau di beri pilihan, untuk saya mungkin lebih banyak lagu dari album Night Songs dan Still Climbing yang akan di pilih. Kerana pada saya 2 album ini lebih di sukai kerana ianya lebih hard rock berbanding Long Cold Winter dan Heartbreak Station yang lebih ke arah blues.


Kekurangan paling nyata bagi saya untuk kompilasi ini adalah kerana tiadanya lagu "Night Songs". Ini lagu kegemaran saya. Mungkin lagu "Dalam kehadiran Sofiah" versi orang putih, "Long Cold Winter" juga sepatutnya masuk dalam list.

Sayang kumpulan ini tidak kekal lama. Saya masih mencari cd "Live At The Key Club" yang pada saya membuktikan betapa bagusnya Tom Keifer dan rakan-rakannya ketika beraksi secara langsung di atas pentas.

Terbaik!