Thursday, August 31, 2017

Permanent Vacation

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 31hb Ogos...


Aerosmith - Permanent Vacation (1987)

Album ni mengimbau kenangan ketika di ITM Segamat sekitar tahun1990. Seorang rakan (sekarang seorang pensyarah di Unikl) yang mengenalkannya. Beliau peminat tegar Aerosmith. Album ini dan album Pump (1989) adalah antara yang beliau putarkan hari-hari.

Dari sekadar tahu lagu mereka yang sedang popular di radio dan MTV pada ketika itu ("Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun") jadi tahu pula akan lagu-lagu dari Permanent Vacation seperti  "Rag Dog", "Dude (Looks Like A Lady") dan "Angel".


Seperti biasa, bila sesuatu lagu itu anda dengar berulang-ulang kali walaupun asalnya kurang berminat, lama-lama akan jadi minat juga. Tambahan pula bila lagu-lagunya mempunyai melodi yang sedap dah mudah menangkap. Contohnya lagu "Simoriah". Bukanlah lagu popular mereka. Tapi sedap pula bila didengar berulang kali.

 Saya tidak biasa dengan era 70an mereka, tetapi jika anda tanya era penghujung 80an dan awal 90an untuk rujukan, sudah pasti cadangan saya adalah Permanent Vacation, Pump dan Get A Grip. Ini 3 album memang sedap.

Dan iyer...saya menyampah dengan "I Dont Want To Miss A Thing". Pada yang suka...Maaf!






Wednesday, August 30, 2017

Underated 80's metal

Antara yang terkini dalam simpanan...dulu hanya sekadar melihatnya di majalah..


Icon - Icon (1984) / TKO - In Your Face (1984) / Lizzy Borden - Terror Rising/Give 'Em the Axe (1987/1984) / Autograph - Sign In Please (1984)


*tiada siapa boleh menafikan yang era terbaik untuk heavy metal adalah di tahun 80an...banyak sangat yang best...banyak sangat yang underated....kalaulah ada mesin merentas masa....





Saturday, August 26, 2017

Somewhere Out In Space

Yang dah 20 tahun semalam, 25hb Ogos 1997


Gamma Ray - Somewhere Out In Space (1997)

Kai Hansen jarang mengecewakan. Satu-satunya yang mengecewakan hanyalah ketika dia keluar dari Helloween. "Blessing in disguise" nya lahir pula Gamma Ray.

Sepanjang tahun-tahun 90an, saya sememangnya meletakkan  Gamma Ray lebih tinggi dari Helloween. Hanya selepas album "The Dark Ride" baru saya rasakan mereka sama tinggi. Maka sudah pasti akan ada "bias" bila bercerita perihal Kai Hansen dan Gamma Ray.

Ini adalah kali kedua Kai Hansen bertindak sebagai vokalis. Mungkin beliau bukanlah vokalis terbaik  dalam genre power metal, tetapi ianya sudah cukup terbaik untuk Gamma Ray. Sememangnya tidak mengecewakan. Dengan masuknya Henjo Richter and Dan Zimmerman maka lengkaplah line-up terbaik mereka untuk beberapa album mendatang.


Ini Master Kai Hansen lah.... Dia tahu apa yang terbaik untuk genre power metal. Makanya tak perlulah saya cakap banyak. Jika anda sukakan genre power metal yang catchy, rif yang melodic, solo membunuh dan lagu-lagu sedap. Anda patut cuba yang ini.

Antara yang jadi lagu pilihan peribadi adalah Beyond the Black Hole, Somewhere Out in Space dan Valley of the Kings.

Terbaik!



Thursday, August 24, 2017

Rolling Stone’s 50 Greatest Metal Albums of All Time

Suka-suka ketika tiada idea untuk berblog....sebenarnya banyak yang saya tak setuju dengan senarai majalah Rolling Stone ni. Yang no 1 tu pun tak setuju...tapi saja untuk suka-suka kan....

Kalau ikut senarai yang sebenar ada 100. Tapi 100 banyak sangat. Kita tengok yang Top 50 pun jadi la. Itu pun banyak yang saya tak ada...


50. Slipknot, ‘Iowa’ (2001)
49. Neurosis, ‘Through Silver in Blood’ (1996)
48. Rainbow, ‘Rising’ (1976)
47. Slayer, ‘South of Heaven’ (1988)
46. Mastodon, ‘Leviathan’ (2004)
45. Exodus, ‘Bonded by Blood’ (1985)
44. Mötley Crüe, ‘Shout at the Devil’ (1983)
43. Judas Priest, ‘Stained Class’ (1978)
42. Diamond Head, ‘Lightning to the Nations’ (1980)
41. Kyuss, ‘Blues for the Red Sun’ (1992)

 40. Mayhem, ‘De Mysteriis Dom Sathanas’ (1994)
39. Pantera, ‘Far Beyond Driven’ (1994)
38. Iron Maiden, ‘Powerslave’ (1984)
37. Black Sabbath, ‘Heaven and Hell’ (1980)
36. Van Halen, ‘Women and Children First’ (1980)
35. Metallica, ‘Kill ‘Em All’ (1983)
34. Black Sabbath, ‘Master of Reality’ (1971)
33. Megadeth, ‘Countdown to Extinction’ (1992)
32. Black Sabbath, ‘Sabotage’ (1975)
31. Slayer, ‘Seasons in the Abyss’ (1990)

 30. Korn, ‘Korn’ (1994)
29. Sepultura, ‘Chaos A.D.’ (1993)
28. Celtic Frost, ‘Morbid Tales’ (1984)
27. System of a Down, ‘Toxicity’ (2001)
26. Alice in Chains, ‘Dirt’ (1992)
25. Metallica, ‘Metallica’ (1991)
24. Rage Against the Machine, ‘Rage Against the Machine’ (1992)
23. Danzig, ‘Danzig’ (1988)
22. Mötley Crüe, ‘Too Fast for Love’ (1981)
21. Metallica, ‘…And Justice for All’ (1988)

 20. Anthrax, ‘Among the Living’ (1987)
19. Megadeth, ‘Rust in Peace’ (1990)
18. Tool, ‘Ænima’ (1996)
17. Mercyful Fate, ‘Melissa’ (1983)
16. Dio, ‘Holy Diver’ (1983)
15. Ozzy Osbourne, ‘Diary of a Madman’ (1981)
14. Black Sabbath, ‘Vol. 4' (1972)
13. Iron Maiden, ‘Iron Maiden’ (1980)
12. Judas Priest, ‘Screaming for Vengeance’ (1982)
11. Metallica, ‘Ride the Lightning’ (1984)

10. Pantera, ‘Vulgar Display of Power’ (1992)
9. Ozzy Osbourne, ‘Blizzard of Ozz’ (1980)
8. Megadeth, ‘Peace Sells … but Who’s Buying?’ (1986)
7. Motörhead, ‘No Remorse’ (1984)
6. Slayer, ‘Reign in Blood’ (1986)
5. Black Sabbath, ‘Black Sabbath’ (1970)
4. Iron Maiden, ‘The Number of the Beast’ (1982)
3. Judas Priest, ‘British Steel’ (1980)
2. Metallica, ‘Master of Puppets’ (1986)
1. Black Sabbath, ‘Paranoid’ (1970)



* Tulisan bold tu bermakna saya tidak ada cd/kaset atau lp nya. Yang bold dan italic pula bermakna tak ada cd/kaset/lp dan langsung tak pernah dengar dan berkemungkinan juga tak berminat pun untuk dengar apatah lagi membeli.

** Baru perasan banyak juga koleksi Black Sabbath tiada dalam simpanan. Untuk itu dah "klik" pun tadi button buy it now ebay untuk cd Black Sabbath, ‘Black Sabbath’ (1970) 😊

*** Sepultura - Choas AD tu ada cdnya tapi saja nak nak bagi teman Alice In Chains - Dirt yang cuma ada kaset.

**** Kerana list ini juga, cd Motörhead, ‘No Remorse’ (1984) dan Celtic Frost, ‘Morbid Tales’ (1984) sedang dalam perjalanan menuju Malaysia 😀

***** Dalam 16 yang tak ada dalam simpanan tu, Mercyful Fate, ‘Melissa’ (1983) adalah yang paling di cari-cari tapi sampai sekarang tak berjumpa dengan harga mampu milik


Terimakasih.




Monday, August 21, 2017

Tell No Tales

Yang 30 tahun...


TNT - Tell No Tales (1987)

Norway lebih dikenali dengan band-band black metal atau mungkin juga A-Ha dan Ole Gunnar Solskjær. Ok yang last tu peminat bola jer kot yang tahu. Tapi TNT ni mungkin ramai yang langsung tak tahu. Bercerita perihal TNT sudah semestinya 2 nama ini yang paling penting. Ronni Le Tekrø dan Tony Harnell.

Mendengar kerja gitar terutamanya solo-solo dalam album ini memang terasa nak ber"air guitar". Memang hebat. Ronni Le Tekrø memang berbakat. Sayangnya nama beliau agak kurang dikenali. Nak kata kerana berasal dari Norway, John Norum (Europe) pun terkenal juga. Bezanya mungkin John Norum dan Europe ada lagu hits yang terkenal satu dunia dan TNT tidak. Walaupun "10,000 Lovers (In One)" agak popular juga di MTV tetapi tidak cukup besar seperti "Carrie" apatah lagi "The Final Countdown".


Selain itu, keistimewaan TNT terletak pada vokalisnya, Tony Harnell. Beliau memang tak ada masalah untuk note - note yang tinggi. Sebenarnya Tell No Tales mempunyai formula sempurna utuk menjadi sebuah album glam/hair metal yang baik. Virtuoso guitar dengan vokal yang bagus. Lagu-lagunya pun melodic. Memang sedap. Sayangnya mungkin kerana kurang promosi menyebabkan ianya agak kurang dikenali.

Sejujurnya saya memang menyukai album ini. Sesuai untuk yang minat hard rock 80an.




Friday, August 18, 2017

Mentari Merah Di Ufuk Timur



Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

Lagi kenangan zaman remaja. Ketika itu memang tak sabar nak tunggu album ni keluar. Selepas album Langit dan Bumi, Search memang dah jadi nama besar (sekurang-kurangnya untuk budak-budak rock la..yang minat pop macam Jamal Andillah rasanya hanya kenal Search selepas album ini atau mungkin selepas Isabella)

Bila dapat tahu album ni keluar, malam tu juga cari di pasar malam *. Tak sangka pula ada jual. Hebat betul industri cetak rompak pada zaman tersebut. Boleh keluar saing dengan yang asli. Memang pelik kan? Masa tu rasa bangga pula jadi orang pertama beli dan dengar album ini di kalangan rakan-rakan di sekolah. Kerek abis...hahaha...



Itulah antara kenangannya. Diam tak diam dah 30 dah. Walaupun minat saya pada Search taklah seperti dulu, tapi mereka akan sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Banyak lagu sedap. Tetapi ketika berdarah muda sudah semestinya lagu-lagu rancak seperti Pelesit Kota, Pembakar Perasaan dan Serigala Segalanya yang jadi pilihan.

Menarik juga kalau album ini dapat di remaster semula untuk special edition sempena ulangtahun ke 30. Sayangnya budaya sebegini tidak berlaku di Malaysia. Kalau ada pun hanya sekadar menangguk di air keruh ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga....



*maaf...saya tidak menyokong cetak rompak...tetapi di akui yang saya juga pernah terjebak...zaman budak sekolah yang hanya 50 sen duit belanja sekolahnya tetapi walaupun apa alasannya... ianya tetap perbuatan yang salah....



Wednesday, August 16, 2017

Set Kotak Iron Maiden 1990-2015



Akhirnya....Terimakasih Deaf atas "charity" ini...nak harap beli sendiri tak tau la bilanya yang termampu...kotak yang 1980-1988 pun ntah bilanya nak penuh...


Tambah best dapat sekali Fear Of The Dark...masih berbungkus pulak tu...tak tau nak kata apalagi dah....semoga murah rezeki....


**ntah tahun bila lah agaknya kotak2 ni nak penuh....