Monday, October 2, 2017

Falling Into Infinity

Sempena ulang tahunnya yang ke 20 (23hb Sep) dan kedatangan Dream Theater ke Malaysia pada hari ini (2hb Oktober).


Dream Theater - Falling Into Infinity (1997)

Dah pernah buat entri pasal album ni 7 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca sila klik >SINI<

Kalau 7 tahun dulu penulis katakan yang agak susah juga nak hadam muzik Dream Theater, nampaknya sehingga hari masih juga dengan perasaan yang sama. Salah sendiri kot. Sejak entri tersebut ditulis, penulis memang tidak betul-betul mendalami muzik Dream Theater. Cd mereka yang bertambah dalam koleksi pun hanya sekadar "upgrade" Images & Words ke cd dan 2 cd album cover mereka "The Number Of The Beast" dan "Master Of  Puppets". Makanya memang tak layak la nak bercerita perihal Dream Theater.



Bagi penulis ini adalah album mereka yang paling mudah nak hadam. Album yang agak komersial. "You Not Me" siap guna khidmat Desmond Child. Lagu-lagu perlahannya memang mudah menangkap. Mungkin untuk siapa-siapa yang nak bermula, ini adalah tempat sepatutnya. Kira album pemanas badan. Tetapi selera manusia berlainan. Mungkin ada yang tak suka, malah Mike Portnoy sendiri pun kurang gemar dengan album ini.

Kepada mereka-mereka yang turun ke KLCC Plenary Hall malam ini...selamat berhibur...



Friday, September 29, 2017

Hall of the Mountain King

Ulangtahun ke 30 pada 28hb Sep yang lalu...



Savatage - Hall of the Mountain King (1987)

Penulis adalah peminat Savatage. Dah tentu tentu akan bias. Pastinya akan menulis yang baik-baik sahaja. Maka adalah lebih baik kalau anda dengar dan nilai sendiri. Selera kita tak semestinya sama.

Oleh kerana itu entri kali ini akan cuba ditulis dengan ringkas. Yang pentingnya untuk semua tahu, Hall Of The Mountain King adalah permulaan untuk Savatage menjadi sebuah band yang lebih progressif.

Selepas 2 album awal yang berkonsepkan heavy metal yang biasa - biasa dan sebuah album hard rock komersial. Mereka mula menemui arah tuju muzik mereka yang sebenar. Memasukkan elemen klasikal dan opera menjadikan mereka antara band terawal yang membawakan konsep sebegini.


Walaupun begitu ianya tidaklah seratus peratus metal opera. Ia hanya sekadar pengenalan ke arah itu. Lagu yang menjadi tajuk album adalah contohnya.

Lagu lain yang menjadi kegemaran seperti contohnya 24 Hrs Ago dan The Price You Pay, masih kuat pengaruh power metal. Manakala sebuah lagi yang menjadi kegemaran penulis, "Strange Wings" pula kedengaran agak pop kerana melodinya yang mudah menangkap tetapi solonya mengingatkan ini adalah metal.

Tak kisahlah apa pun konsepnya tetapi highlight utama Savatage bagi penulis adalah petikan gitar Criss Oliva. Memang hebat!

RIP Criss...





Wednesday, September 27, 2017

Thrash 87-91




Destruction - Release From Agony (1987) Morbid Angel - Altars Of Madness (1989) Xentrix - For Whose Advantage? (1990) Sepultura - Arise (1991)


Cd-cd yang berputar di rumah sepanjang minggu lalu....

Ok mungkin Altars bukan thrash...tapi pada ketika itu semua pun orang panggil thrash....dan tertinggal pula untuk mendengar album dari tahun 1988....


*entri tak ada idea...hahaha...




Monday, September 25, 2017

Babylon

Antara band yang tak pernah dengar lagunya sebelum ini...


Babylon Boxset 2 dalam 1 (2017)

Tahu nama band. Pernah terbaca tentangnya. Tapi tak pernah dengar lagu-lagunya. Awal 90an sememangnya tahun-tahun yang penulis kurang ambil tahu tentang rock melayu. Dengan keluaran semula seperti ini, dapatlah juga mendengar semula apa yang tertinggal dulu-dulu. Walaupun khabarnya ada juga kontroversi antara label dengan ahli band tentang keluaran boxset 2 dalam 1 ini.


Satu yang menarik tentang keluaran dari WEA adalah sound dan kualiti kertas inlaynya yang bagus. Tak adalah nak komplem sangat.

Ok kita pergi satu-satu


Babylon - Babylon (1991)


Orang kata band ini heavy metal. Harapan penulis sudah semestinya tinggi. Bila tengok ianya diterbitkan oleh M Nasir. Pastinya mereka sebuah band yang bagus. Rasanya bukan calang-calang band yang M Nasir nak terbitkan.

Seperti biasa ada beberapa lagu cari makan ciptaan M Nasir. Ni benda penting untuk popular dan jual album. Setakat nak harap mat rock yang beli memang tak boleh nak hidup. Penulis sendiri pun tak beli. Kena juga jaga market akak-akak lipat kain. Tapi tu lah. Saingan zaman tu tinggi. Kalau tak ada lagu leleh yang kuat memang susah la nak pergi jauh. Mungkin itu kekurangan Babylon. Sebab itu kurang poular dan penulis tak pernah pun dengar lagu mereka di mainkan di radio.


2 lagu lirik orang putih mereka memang bagus. Memang heavy metal. Satu tu agak kuat juga pengaruh Loundess ("Metal Fire"). Kalau tak tau mungkin ingat ini band Mat Salleh. Lagu-lagu berat yang lainnya selain lagu "Haruman Berbisa", lebih kepada mid tempo dan ada juga pengaruh doom ala Black Sabbath.

Kesimpulannya selain lagu lirik orang putih, lagu-lagu lainnya agak kurang kena dengan selera saya. Bukan nak kata tak bagus. Tapi tak kena selera. Satu yang baiknya pada saya adalah kerja gitar saudara Hassan. Memang bagus. Tabik! Dia agak underated kan? Khabarnya album-album awal Amuk dia yang mainkan.

Bersambung ke album 2020...esok, lusa tulat...atau ikut kerajinan....





Wednesday, September 20, 2017

Wordless Wednesday : 1988





King Kobra - King Kobra III / Lillian Axe - Lillian Axe / Kingdom Come - Kingdom Come / Hurricane - Over the Edge




Monday, September 18, 2017

Gods Of Violence



Kreator - Gods Of Violence (2017)

Dah masuk September...tapi sejak album ini dikeluarkan pada bulan Januari yang lalu rasa macam ini adalah album paling best untuk tahun 2017. Bukan setakat untuk album extreme metal tapi untuk mungkin juga untuk semua kategori.

Ok jangan berkerut serius sangat. Ini ikut selera penulis sahaja. Rasanya untuk muzik yang berat, Overkill - Grinding Wheel pun ok juga. Tapi penulis pun bukannya dengar semua album. Setakat kumpulan yang minat dan tahu sahaja. Tak ada masa nak dengar semua bila dah tua-tua ni. Lebih pada yang heavy metal/hard rock sahaja.

Iced Earth baru pun tak dengar lagi. Ni pun tengah tunggu cd Accept - The Rise Of Chaos dan Mr Big - Defying Gravity sampai ke pintu rumah. Kalau dah khatam 2 ni mungkin pilihan hati akan berubah. Dari preview yang dengar, memang rasa berkenan juga kat 2 album tersebut. Mungkin nak cuba juga Alice Cooper - Paranormal. Pun sedap juga.  Annihilator dan Europe pun nak keluar album baru kan? Kalau ada cadangan lain sila tulis di ruangan komen.


Ok berbalik pada Gods Of Violence, Kreator yang betul-betul saya dengar untuk kali terakhirnya adalah album Endorama (1999). Lama betul tu. Yang lain selepas dari itu sekadar gitu-gitu sahaja. Ada juga rasa yang menarik. Tapi taklah sampai rasa nak beli cdnya. Tapi ntah kenapa untuk Gods Of Violence rasa tergerak hati pula. Sejak pertama kali dengar preview di youtube terus rasa berkenan. Tambah pula bila baca review rakan-rakan yang lain.

Sebagai pencinta genre melodic thrash. Album segini sememangnya menusuk kalbu. Lagu-lagunya memang sedap. Gitar melodi dan harmoni di setiap lagu-lagunya memang melekat. Solo-solo yang membuatkan anda tersenyum.

Mungkin Kreator dah puas bereksperimen. Mereka telah kembali dengen genre yang mengenalkan mereka kepada dunia. Tak kisahlah jika ianya bukanlah sesuatu yang baru. Mereka band lama. Biarkanlah mereka bermain muzik yang sudah sinonim dengan nama mereka. Sekurang-kurang mereka adalah antara band lama yang cukup produktif. Tabik!




Friday, September 15, 2017

Sudah Sampai Sini : Laman Kreatif Kluang

Tak rancang pun nak pergi. Disember tahun lepas dah sampai pun >SINI<

Ni sempena cuti menang Sukan Sea tempohari. Cadangnya nak naik keretapi. Budak-budak tak pernah naik. Dah planning dah konon-kononnya nak naik dari Kempas dalam pukul 10 pagi. Tapi bila tengok jadual perjalanan balik dari Kluang tu pukul 5 lebih. Alahai...tak larat pula rasanya nak tunggu sampai petang...susah pula nak bergerak bila dah terbiasa berkenderaan sendiri kesana sini...

Alang-alang dah janji nak ke Kluang...capai kunci kereta...terus gerak....walaupun budak-budak protes nak naik keretapi...hahaha...


Saja singgah kot-kot dah lain...rupanya memang dah ada pertambahan mural...dulu sikit...sekarang dah sepanjang-panjang lorong...


Ini antara yang dulu masa bulan disember tahun lepas pergi tak ada. Rasa macam banyak lukisan yang baru ni lagi cantik.


layan jer la gambar gambarnya...


Yang payung bergantungan kat atas kepala dulu tu dah tak ada dah sekarang...Mungkin bukak untuk ganti baru kot...agaknya la...


Ni antara tarikan terbaru untuk bergambar...antara yang popular...


Sayangnya banyak lukisan-lukisan lama dah agak pudar dah warnanya. Contohnya yang lukisan terowong tu (lupa pulak nak ambil gambar). Dulu memang nampak real...sekarang kelam dah warnanya. Harapnya ada lah usaha untuk membaik pulih lukisan ni semua. Kalau tak kesian lah yang datang naik keretapi jauh-jauh cuma dapat tengok lukisan yang kusam.....