Wednesday, November 29, 2017

Cliff 'Em All !

Sempena ulang tahun ke 30 (28 Nov)...


Metallica - Cliff 'Em All (1987)

Rasa tua bila letak bendalah ni...haha

Cepat betul masa dahulu. Satu lagi kenangan zaman sekolah. Kalau tak silap tape video ini di beli pada tahun 1988 di zaman kegemilangan Holiday Plaza JB. Kedai mamak/india tepi tangga tu memang banyak jual tape video rock.

Tape video ini adalah pengalaman pertama menonton visual bergerak Metallica. Zaman tak wujud internet apatah lagi youtube, inilah sahaja peluang kami. Menontonnya entah berapa ratus kali agaknya...

Dah tak ada player. Tak pasti adakah ianya masih boleh berfungsi. Simpan sahajalah buat kenangan.

The Memories Remains!


Sunday, November 26, 2017

Tankard

Yang dah 10 tahu...

 Tankard - Best Case Scenario : 25 Years In Beers (2007)

Sepatutnya mereka bermain di Sierra Perdana, Masai malam semalam. Tetapi apakan daya ianya telah dibatalkan. Tak tahu lah salah siapa tetapi mengikut FB rasmi Tankard, ianya salah penganjur yang gagal untuk menyediakan tiket penerbangan. Kesian juga kepada mereka-mereka yang telah membeli awal. Banyak kali dah berlaku. Dan mungkin ini bukan kali yang terakhir. Masalahnya kat Malaysia bukan terhad kepada band metal orang putih sahaja, konsert Search dan Wings pun pernah batal walaupun tiket dah jual...memang rasa tak konfiden la nak beli tiket awal...

Apa-apun layan cd jer la. Nak tengok live depan mata tak dapat. Buat yang tahu Tankard adalah sebuah lagenda thrash dari Jerman. Mungkin mereka yang paling kurang dikenali di antara The Big 4 of German Teutonic Thrash selain Kreator, Sodom dan Destruction. Kasetnya dulu pun tak pernah nampak pula ada masuk Malaysia. Mungkin juga kerana imej Beer Metal mereka.


Thursday, November 23, 2017

Speed Metal Symphony

Yang dah pun berusia 30 tahun...


Cacophony - Speed Metal Symphony (1987)

Kenangan zaman menuntut di ITMCJ. Ramai kaki shredder. Dari mereka lah saya belajar (bukan belajar main gitar...itu memang tak pandai-pandai...telah ditakdirkan tangan bangku 😀), belajar mendengar kaset-kaset shredder dari Shrapnel Records. Ini adalah salah satu darinya,

Dari sini mula tahu Jason Becker dan Marty Friedman. Pernah juga memiliki kaset solo mereka, Perpetual Burn dan Dragon's Kiss. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Baca tajuk album pun dah boleh agak macamana isinya. Memang laju. Solo-solo gitar shred yang laju. Ianya bukanlah sebuah album untuk majoriti pendengar. Jika anda mahukan bluesy melodies, sing-along choruses, slow arpeggios, lagu-lagu balada menusuk kalbu. Ini sememangnya bukan untuk anda.


Ianya sebuah album untuk pemuzik terutamanya gitaris dan peminat muzik gitar. Tetapi jika anda seorang gitaris/peminat muzik gitar yang sering berkata “laju laju ni nak pergi mana”. Maka ianya juga bukan untuk anda.

Jason Becker dan Marty Friedman benar-benar menyerlahkan kehebatan mereka disini. Sayangnya, jika mereka mempunyai vokalis sehebat Jeff Scott Soto dan  produksi yang lebih baik, pastinya album ini akan jadi lebih menarik.

Khas untuk pengemar shredder.





Tuesday, November 21, 2017

Reload

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 18hb yang lalu...

 

Metallica - Reload (1997)

Lupa dah bila kali terakhir mendengar cd ini. Mungkin juga 19 tahun yang lalu. Tetapi untuk menulis entri ini saya telah cuba mendengarnya semula. Sesiapa yang kenal saya pastinya tahu ini bukannya Metallica yang suka.

20 tahun lebih tua matang, mungkin penerimaannya berbeza. Mendengarnya selama 3 hari berturut-turut. Pendapat saya, Reload bukanlah sebuah album metal. Apatah lagi thrash. Tetapi ianya adalah sebuah album hard rock yang boleh tahan juga lagu-lagunya.


Kalau anda abaikan ini adalah Metallica, abaikan kisah lampau mereka. Mungkin lebih mudah untuk menerima Reload. "Fuel", "Memory Remains" dan "The Unforgiven II" agak sedap juga. Tetapi agak bermasalah juga untuk menerima lagu-lagu yang lainnya.


Mereka jadi kaya. Dapat peminat baru. Makanya tak ada apa salah pun tentang Reload. Album sebegini sebenarnya khas untuk mereka yang kata band seperti ACDC dan Yngwie Malmsteen tak habis-habis main muzik yang serupa.

Tetapi untuk saya...cukuplah sekadar ada KEA, RTL, MOP dan AJFL....atau mungkin sekali sekala DM atau HTSD...





Saturday, November 18, 2017

For Those About To Rock




Thanks for the music sir...

Malcolm Mitchell Young (6th Jan 1953 - 18th Nov 2017)



Friday, November 17, 2017

Annihilator




Carnival Diablos (2001) / Criteria for a Black Widow (1999) / Live at Masters of Rock (2009)


Sementara menunggu album baru Annihilator - For the Demented mendarat di bumi Malaysia...layan dulu la apa yang ada...


* sampai sekarang masih gagal untuk melengkapkan discography mereka...





Wednesday, November 15, 2017

Hakikat

Lagi yang terkini di pasaran


MAY - Hakikat (Limited Edition Gold Disc - 2017)

Tu hari masa Rahsia keluar versi gold disc, tak rasa nak beli pun. Tak terduit nak dah nak beli semua. Tambahan pula cd reissue versi biasa tu pun soundnya dah ok dah.

Tetapi yang ini memang ada rasa nak beli. Sound lebih baik dari versi reissue biasa. Tetapi tak ada beza sangat pun dengan versi special edition. Mungkin ianya menggunakan sumber yang sama.


Gold Disc 2017 vs Reissue 2016 vs Special Edition 2003

Nak kata minat sangat pun….tak juga. Tapi banyak lagu klasik MAY dalam ni. Ini adalah antara album-album terakhir rock melayu yang di beli sebelum selera muzik saya berubah. Tetapi ianya ada kenangan tersendiri.


Kasetnya dulu dibeli masa zaman kerja kilang. Kilang membuat kuih bulan cina di Taman Johor Jaya. Waktu itu sedang menunggu result SPM. Kerja shift. Masuk pukul 2 petang. Sebelum pergi, sempat lah menyinggah kedai kaset. Beli siap dapat poster. Masuk kilang semua member, abang, kakak, makcik dan pakcik kat kilang tegur poster apa. Bukak...gulung...bukak...gulung...abis shift pukul 11 malam, poster pun lunyai....haha...


Sayangnya kaset tu dah hilang ntah kemana. Boleh sahaja kalau hendak di ganti. Bersama-sama versi gold disc ini ada juga dikeluarkan semula versi kaset. Tetapi macam yang dah dikatakan awal tadi...tak terduit dah nak beli kesemuanya....

Tapi kalaulah akan datang dikeluarkan dalam bentuk lp...hmmm...mungkin akan terjebak juga nanti...