Saturday, December 30, 2017

Battle Of The Bands Round 2 vinyl

Yang terkini di pasaran...


Battle Of The Bands - Round 2 (piring hitam 2017)

Selepas Battle Of The Bands di piring hitamkan, kini giliran Round 2 pula. Sebuah album yang tak perlu di perkenalkan lagi. Memang tak rock la kan kalau tak tau. Ianya adalah kenangan terindah bagi muda mudi yang membesar di zaman tersebut. Diam tak diam dah 31 nak masuk 32 tahun. Yang dulunya muda belia ketika membeli kaset ini pun kurang-kurangnya dah masuk umur 40 tahun dah...cepat betul masa berlalu.


Piring hitam ini semenangnya sesuai untuk collectors dan mereka yang hendak mengimbau kenangan silam. Nak kata istimewa pun tak juga. Packaging simple. Gatefold yang di dalamnya sekadar lirik. Gambar covernya kurang sharp. Ada muka band member yang memang tak nampak apa. Seperti biasa ayat 'klise'nya...biar ada dari tak ada..


Dari segi sound tak ada nak komplen sangat. Biasa la volume kena up dari biasa. Tak pasti sumbernya dari mana. Mungkin juga dari cd. Seperti yang dikatakan awal tadi, lp ini memang sesuai untuk collectors dan mereka yang mengimbau kenangan silam. Nak beli yang asal memang susah nak dapat dan harga pun tak masuk akal.


Tapi tu la....harga lp-lp reissue ini pun sebenarnya agak mahal juga. Berbalik pada point asal...Memang ianya hanya untuk collectors dan mereka yang ada kenangan silam (macam saya).



***harapnya Juara Juara Rock juga akan dipiringhitam walaupun nanti hati gembira kocek menangis...




Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Saturday, December 23, 2017

Identiti

Dah dekat-dekat hujung tahun sebelum terlupa...


Metalian - Identiti (1987)

Satu lagi album rock melayu yang menyambut ulang tahun ke 30. Rasanya dalam 5 buah band Juara Juara Rock, mereka adalah yang pertama mengeluarkan album solo. May - Dilema,  Febians - Febians dan Burnmark - Burnmark's semuanya dikeluarkan dalam tahun 1988.

Antara band rock terawal dengan imej mat pejabat. Walaupun begitu muzik mereka tetap rock. Banyak lagu yang catchy. Tetapi ntah kenapa ianya agak kurang mendapat sambutan. Sayang, band yang bagus dengan lagu-lagu ciptaan sendiri seperti mereka kurang mendapat perhatian.


Namun begitu, lagu "Erti Persahabatan" agak popular juga di radio berbahasa melayu Singapura suatu masa dahulu. Memang sedap lagu ni. Tetapi untuk saya ada 2 buah lagu yang cukup saya suka. Pertamanya lagu mid tempo, "Khayalan" dan satu lagi lagu slow, yang ada solo "Turned To Stone" dan "Strangers In The Strangeland", "Senyum Bukan Tangisan".

Dengan adanya cd reissue 2016, dapat jugalah mengimbau kenangan silam walaupun sound cd tersebut memang banyak yang boleh dipertikaikan.

Untuk edisi merapu 7 tahun yang lalu...klik >SINI<










Wednesday, December 20, 2017

Under Jolly Roger

Lagi yang dah berusia 30 tahun pada tahun ini...


Running Wild - Under Jolly Roger (1987)

Lama tunggu nak dapat pegang album ni secara fizikal. Dulu di penghujung tahun 80an sekadar membaca tentangnya di dalam majalah Metal Hammer. Imej Lanun Johor di cover albumnya menarik perhatian. Tambahan pula ulasan album dan konsert mereka mendapat rating yang agak tinggi juga dalam Metal Hammer.


Mereka adalah pelopor kepada apa yang digelar sebagai Pirate Metal. Sebenarnya dari segi muzik tiada bezanya antara mereka dengan lain-lain band heavy metal dan power metal 80an. Yang bezanya hanya dari segi lirik.

Muzik sebegini sememangnya makanan saya. Maka misi menghabiskan duit yang seterusnya sudah tentu-tentulah untuk mencari cd-cd mereka yang lainnya pula.




Monday, December 18, 2017

Wayang

Lama dah tak ke panggung...ni 3 yang baru ditonton dalam bulan ini...



Ingatkan ceritanya sekadar cerita lawak seperti kebiasaan cerita animasi untuk kanak kanak. Tak sangka pula ada bahagiannya yang boleh menitiskan air mata. Terasa sedihnya, tambah pula jika anda seorang ayah.

Sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jalan cerita dan twist yang menarik. Paling kagum bab animasinya. Lawa sungguh.

Rekomended!




Awalnya tak menaruh harapan tinggi. Jumanji 1995 dengan Robin Williams sememangnya lejen. Zathura 2005 pun boleh tahan. Apalagi yang boleh kita jangkakan untuk kali ketiganya.

Ternyata saya silap. Menukarkan board game kepada video game menjadikan Jumanji kali ini lebih up to date dan segar. Walaupun pengakhirannya mudah di jangka tetapi ceritanya memang lawak. Sangat lawak.

Jack Black dan Kevin Hart sememangnya menghiburkan. Ternyata ianya melebihi dari apa yang saya jangkakan. Rasa tak nak keluar panggung pula bila lagu Welcome To The Jungle berkumandang ketika penghujung cerita. Singalong dulu baru balik...haha

Err...dan salah satu kerektornya juga adalah seorang metalhead....tu pun dah buat saya tersenyum...

Rekomended juga.




Yang ni tak payah cakap banyak. Kalau anda peminat Star Wars pastinya anda akan berpuas hati.

Tak nak tulis lebih. Takut terspoiler pula nanti. Hormat kawan kawan yang belum tengok.

Sangat rekomended...hanya jika anda peminat Star Wars...kalau yang tak minat tu cakap apa pun tak guna...yer tak?







Thursday, December 14, 2017

Search Sepuluh Tahun


Search - Sepuluh Tahun Limited Gold Disc Edition (2017)


Banyak betul produk Search dipasaran. Ini adalah salah satu darinya. Cd yang dulunya dikhabarkan sebagai "rare" di pasaran. Tapi mungkin sekarang dah tak berapa nak rare bila diterbitkan semula dalam bentuk gold disc.

Tetapi ianya juga tak lari dari kontroversi. Isu hak milik menjadi sebabnya ianya tertangguh. Hanya dijual secara meluas pada konsert mereka 2hb Disember yang lalu. Sejujurnya saya agak kurang berkenan dengan cara mereka menangani isu ini. Mencari gaduh dengan peminat tegar bukannya peminat "Isabella" adalah satu langkah yang kurang bijak. Tapi itulah...mungkin bagi mereka peminat tegar yang membeli segala muzik fizikal ini tidak penting. Spesies yang macam ni walaupun rasa bengang macam mana pun beli tetap beli juga kan?


Ok la entri ini sekadar berkongsi perbezaan antara cd ini dengan versi kaset yang asal. Yang paling nyata adalah gambar-gambarnya. Memang berlainan. Tak pasti pula adakah cd yang asal juga sememangnya berbeza gambarnya. Sesiapa yang ada mungkin boleh tolong bagi penjelasan.


Itu sahaja lah nak cerita. Cd ini lebih kepada untuk pengumpul tegar atau collector barangan Search. Yang setakat minat Isabella rasanya tak akan beli kot...

Pernah juga merapu pasalnya 5 tahun yang lalu... >SINI<



Monday, December 11, 2017

The Grinding Wheel


Pejam celik...dah nak habis 2017 dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam teringin nak buat senarai album pilihan 2017. Tapi tak banyak mana yang dibeli pun. Banyak dengar guna spotify. Tetapi ini adalah salah satu album pilihan saya untuk 2017.


Overkill - The Grinding Wheel (2017)

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album baru. Ini album yang ke 18. Dan yang paling menarik mereka tetap dengan thrash. Ada sedikit terpengaruh dengan groove metal di awal 90an tetapi paksi mereka tetap thrash. Tiada nu metal. Tiada industrial. Tiada juga Lulu (heheh).

Selagi Bobby "Blitz" Ellsworth dan D.D. Verni masih ada. Selagi itu Overkill tetap ujud. Tak kira siapa pun gitarisnya. Sound Overkill tetap sama. Semenjak Ironbound (2010) mereka terus menghasilkan album album thrash yang berkualiti.


Semua lagu sedap. Seperti juga Testament, Death Angel, Suicidal Tendencies (sekadar menyebut beberapa nama), band-band generasi lama ni makin tua makin berisi.

Jika anda suka thrash. Ini sememangnya untuk anda. Makin lama dengar makin rasa ianya adalah saingan bagi Kreator - Gods of Violence untuk menjadi album pilihan 2017 saya.