Saja nak kongsi apa yang dapat dari Encik Posmen semalam.
Iron Maiden - Somewhere In Time (Russian digipak bootleg mini-lp based on the Japanese vinyl pressing)
Tak support pirate. Tapi pirate yang ini memang berbaloi. Di datangkan dalam bentuk digipak siap dengan obi strip. Memang sebijik bulat-bulat diciplak dari versi pring hitam cetakan Japun.
Digipaknya ada jaket di kiri dan kanan. Sebelah untuk cd dan inlay yang lengkap manakala sebelah lagi adalah untuk poster, lirik dan write-up berbahasa Jepun. Memang cantik dan detail buatannya. Cdnya pula sebiji dengan versi remastered tahun 90an.
Rasanya versi cd ini di Jepun pun tak wujud. Memang best ciplak buatan Russia ni. Sangat berbaloi-baloi untuk peminat Iron Maiden. Tambah pula bila ianya adalah album kegemaran sepanjang zaman.
Tambah satu lagi keluarga Somewhere in Time. Dah ada yang asli...so kira boleh maaflah bila ada yang pirate..hahaha...
Apa-apa pun terimakasih Deaf untuk cd ini.
Wednesday, February 28, 2018
Monday, February 26, 2018
The Book of Souls: Live Chapter
Pembelian dari tahun lepas yang baru ni sempat nak bercerita...
Iron Maiden - The Book of Souls: Live Chapter (2017)
Album live lagi?...tapi biasa lah peminat Iron Maiden. Mereka adalah antara yang paling setia. Beli tetap beli dan mereka tidak berkira pun untuk membantu Steve Harris & Co. makan tak habis walaupun selepas pencen...haha..
Yang jadi highlight sudah pasti lagu lagu baru dari album Book Of Souls. Ada 6 kesemuanya. Dan seperti kebiasaanya mereka sangat bagus. Bak kata Steve Harris pun mereka adalah 'live band' lebih dari 'studio band'. Dan "If Eternity Should Fail" adalah buktinya. Soundnya lebih bagus dari versi studio.
Satu yang mungkin boleh nak di komplen tentang album-album live mereka adalah pilihan lagu yang sama. Balik-balik lagu seperti "Fear Of The Dark", "Iron Maiden" dan "Number Of The Beast".
Tetapi kalau difikirkan semula, memang itu pun lagu wajib mereka. Bayangkan kalau anda menonton mereka buat kali yang pertama, sudah semestinya lagu-lagu tersebut yang anda mahu mereka mainkan. Sekurang kurangnya itulah yang saya rasa ketika hadir ke konsert mereka di Singapura beberapa tahun yang lalu.
Namun begitu mereka juga memahami. Tak sangka kan ada lagu "Powerslave". Dan yang paling mengujakan sudah semestinya "Children Of The Damned". Ini pun sudah cukup untuk menjadi penyebab saya membeli cd ini.

Thursday, February 22, 2018
Pumpkins United
Khabarnya Pumpkins United aka Helloween Reunion nak datang Malaysia pada hujung April ni...makanya dah mula lah mengembur gerobok mencari bahan untuk tujuan ulangkaji....😀
Saturday, February 17, 2018
Official Live: 101 Proof
Lagi entri yang tertinggal dalam draf dari tahun lepas...yang menyambut ulang tahun ke 20 21...
Pantera - Official Live: 101 Proof (1997)
Ini adalah kenangan dari zaman Tower Records KL Plaza. Memang tiap-tiap bulan perabis duit gaji di situ. Dan ini adalah cd Pantera saya yang pertama.
Sebenarnya bukanlah peminat tegar Pantera. Sebelumnya cuma ada kaset Vulgar Display of Power (1992) dan Far Beyond Driven (1994). Tak beli The Great Southern Trendkill (1996) pasal tak minat. Tapi biasalah, dah menyelam dalam Tower Records memang tak pernah keluar tanpa pembelian.
Jarang diputarkan. Kalau dimainkan pun hanya untuk mendengar lagu "Cowboys from Hell", "Cemetery Gates" dan lagu -lagu dari album Vulgar Display of Power. Tak pasti adakah album ini ada melalui proses overdub atau tidak. Tetapi yang pastinya mendengar cd ini memang dapat merasa tenaga mereka. Memang bertenaga.
Bukanlah album live yang terbaik. Tetapi ianya memang "power" dan "raw". F**KING HOSTIIIIIILE!!!!...

Labels:
1997,
cd,
live,
Pantera,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, February 14, 2018
Van Halen
Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...
Van Halen - Van Halen (1978)
Album ini memang banyak pengaruhnya kepada mat rock awal 80an. Tambah-tambah jika anda bermain gitar. Siapa tak kenal Eddie Van Halen. Rasanya majoriti gitaris rock Malaysia zaman awal 80an menjadikan beliau sebagai idola. Hillary Ang contohnya.
Saya sendiri ketika budak-budak sebelum tau apa itu muzik rock, dah biasa dah dengar nama dan lihat logo Van Halen walaupun tak pasti lagunya macamana. Selalu juga dengar lagu "You Really Got Me" dimainkan oleh band-band rock kerja kawin disekitar kampung saya di Johor. Maka tak pelik lah kalau Kumpulan Search mengambil lagu tersebut untuk album pertama mereka (lagu Sirih dan Gambir)
Bagi saya ini adalah salah satu debut album rock terbaik dalam sejarah. Mendengar intro gitar "Runnin' With The Devil" sahaja sudah cukup mengujakan. "Eruption" pula mengesahkan status Eddie Van Halen sebagai seorang gitaris yang lain dari yang lain. Majoriti lagu-lagunya memang bagus. "Ain't Talkin' 'bout Love" adalah pilihan saya.
Beliau bersama David Le Roth telah mengubah sejarah muzik rock untuk selama-lamanya.

1978,
cd,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's,
Van Halen
Monday, February 12, 2018
Stained Class
Yang menyambut ulantahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...
Judas Priest - Stained Class (1978)
Kalau nak dibandingkan dengan album-album hard rock pada tahun tersebut, mungkin ini adalah antara yang paling berat. Mereka menjadi penyambung kepada Black Sabbath dengan muzik yang kemudiannya dikenali sebagai heavy metal.
Bayangkan kalau lagu "Exciter" di rakamkan di zaman "Painkiler". Sudah tentu-tentunya ia akan menjadi sebuah lagu speed metal yang hebat.
Senang kata, dengan Stained Class maka bermulalah era cemerlang heavy metal Judas Priest.

Mungkin juga Stained Class bolehlah dikatakan sebagai "blue print" kepada pergerakan yang dikenali sebagai "New Wave Of British Heavy Metal". Dengan album ke 4 ini, Judas Priest telah menemui hala tuju mereka. Tiada lagi pengaruh blues dan progressif. Hanya "Beyond the Realms of Death" yang masih ada pegaruh progressif rock. Yang lainnya memang total heavy metal hard rock (zaman tu tak wujud lagi kot terma "heavy metal")
Saya sebenarnya hanya betul-betul mendengar album ini secara serius selepas membeli cdnya sekitar tahun 2010. Sebelum itu rasa susah nak masuk. Maklumlah sebagai pendengar Judas Priest zaman glam metal (Turbo) dan zaman speed metal (Painkiller), muzik rock 70an mereka agak kurang di hayati. Tetapi Stained Class adalah sebuah album yang "grower". Makin lama dengar makin sedap.
Bayangkan kalau lagu "Exciter" di rakamkan di zaman "Painkiler". Sudah tentu-tentunya ia akan menjadi sebuah lagu speed metal yang hebat.
Senang kata, dengan Stained Class maka bermulalah era cemerlang heavy metal Judas Priest.
Labels:
1978,
cd,
Judas Priest,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Saturday, February 10, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)