Friday, January 29, 2021

Moment

Lagi album terbitan tahun lepas...

Dark Tranquillity - Moment (2020)

Jujurnya saya adalah pendengar baru Dark Tranquillity. Mungkin tak sampai pun 10 tahun. Bermakna saya tidak mendengar muzik mereka ketika zaman kegemilangan Gothenburg Melodic Death Metal. Namun begitu setelah di kenalkan dengan 2 album awal mereka (Skydancer dan The Gallery), ianya terus jadi minat. Sayangnya album-album yang selepas dari itu muzik mereka telah berubah. Minat saya pada mereka juga terbantut.

Tak pernah terpikir asalnya nak beli album terbaru ni. WFH, lebihan moratorium 😁 dan cover albumnya yang cantik menjadi punca. Tenyata muziknya agak susah saya nak hadam. Walaupun berat dan melodic tetapi temponya slowww... melankolic dan lebih terarah kepada gothic metal. Tetapi solo-solo gitarnya memang sedap. 

Setuju dengan satu ulasan yang tulis "Moment is Dark Tranquillity doing Dark Tranquillity. So existing fans will be pleased. New listers may not be impressed, though"


Wednesday, January 27, 2021

2020

 Ini bukan pasal tahun 2020. Tapi album terbaru dari Bon Jovi

Bon Jovi - 2020 (2020)

Lama dah tak beli album-album dari Bon Jovi. Yang betul- betul beli dan dengar adalah These Days (1995). Album-album selepas dari itu memang tak minat. Ini yang susahnya bila band dah berubah tetapi peminatnya tidak.

Terjebak membeli cd ini kerana ada lagu-lagunya yang "jiwa"nya membawa kita kembali ke era Bon Jovi di awal 90an. Lagu "Blood in the water" seolah-olah lagu dari album Keep the Faith/These Days. Solo gitarnya juga mempunyai "rasa" solo Richie Sambora. "Story of Love" pula melodinya mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Soul Asylum.

Ada la 2, 3 lagu lain yang melodinya sedap. "Limitless", "Do What You Can"... Tapi jangan harap ianya sebuah album hard rock seperti dulu-dulu. Bon Jovi sekarang hanyalah sebuah band pop rock yang muziknya mungkin kedengaran seperti Bruce Springsteen ataupun John Mellencamp.

Tanpa Richie Sambora, Bon Jovi hanyalah seperti album solo Jon Bon Jovi yang muziknya menampilkan Tico Torres dan David Bryan ...


 

Sunday, January 24, 2021

Can I Play with Madness

Kenangan single pertama dari album Seventh Son of a Seventh Son...


Iron Maiden - Can I Play With Madness (12" single Vinyl) - 1988

Dalam banyak-banyak gambar cover single Iron Maiden, ini adalah gambar yang paling diminati. Alang-alang dah minat tu cari yang 12 inci terus walaupun harganya boleh buat "hati gembira poket menangis" kalau nak dibandingkan dengan harga yang 7 inci. 

Tapi memang puashati lah bila dapat pegang dan membelek secara teliti gambar cover yang besar ni berbanding versi 7 inci ataupun cd. Memang kagum betul dengan hasil kerja Derek Riggs ni.


Dulu ketika menuntut di ITM, cover ini pernah dilukis di muka depan salah satu buku matapelajaran yang di photostate. Zaman tak berapa nak mampu beli buku, biasanya nak murah kena beli 2nd hand dari senior atau pun pinjam buku kawan dan photostate. Tak ingat dah buku subjek apa. Bila habis semester. Nak duit lebih. Buku tersebut di jual pula kepada junior. Tak pasti siapa yang beli. Suruh kawan yang cari pembeli. Khabarnya dibeli oleh seorang siswi. Tak tau lah apa perasaan budak perempuan tu bila beli buku yang gambar cover depannya muka Eddie....hahaha...


Tak berniat nak kumpul single...tetapi biasalah. Bila dah terbeli satu maka secara automatiknya akan beranak jadi 2... hmmmmm....



Friday, January 22, 2021

Media '88 - '89

Riyadh - Media '88 - '89 (1989)

Satu lagi produk reissue dari tahun 2016. Semenjak beli memang tak pernah dengar pun. Sekali lagi tergerak nak dengar selepas membaca tulisan Dr. Taki di FB. Ini adalah sebuah lagi album rock melayu yang saya tidak mempunyai apa-apa kenangan terhadapnya. Memang tak ambil tahu pun ketika ianya diterbitkan pada penghujung 80an dulu.

Riyadh atau D’Riyadh yang saya tahu cuma dari album Pancakara Di Cakerawala (1988). Tak beli Hikayat Rok (1988). Tak pasti pun kewujudannya pada ketika itu. Sedap juga lagu "Melodi Cinta Lama”. Rasanya rakaman videonya dari Muzik Muzik masih saya simpan hingga kini. Tak pasti ntah boleh dimainkan ke tidak. Pita video VHS nya pun dah berkulat.

Satu lagi yang saya ingat tentang mereka adalah kerana vocal Akhil Hayy. Ianya menjadi suatu perdebatan antara saya dan rakan-rakan. Maklumlah vocal halus sebegitu memang tidak digemari oleh rakan-rakan yang mendengar ekstrem metal. Tetapi bagi saya vocal beliau mengingatkan saya kepada gaya vocal band-band era glam metal. Vince Neil terutamanya.

Media ’88-’89 muziknya lebih cenderung kepada hard rock dan rock and roll. Saya kurang gemar dengan sound gitarnya yang agak tenggelam. Tetapi perlu di akui gitarisnya, Jeffry memang seorang gitaris yang bagus. Banyak sebenarnya gitaris-gitaris yang bagus dari zaman ini yang sepatutnya diberikan lebih pengiktirafan. Beliau adalah salah seorang darinya.

Ada 2,3 lagu yang menarik perhatian dengan sekali dua pendengaran. “Dunia Perhitungan” adalah satu darinya. Gaya vokalnya benar-benar seperti Vince Neil. Lagu perlahan “Hanya Ketenangan” pula adalah lagu yang rasanya saya pernah dengar. Mungkin juga dari Muzik Muzik atau pun di radio.



Wednesday, January 20, 2021

WFH PKP 2.0

PKP di Johor untuk kali kedua ini bermakna kali kedua juga saya terpaksa bekerja dari rumah. Kali pertamanya adalah selama 3 bulan lebih dari awal April 2020 hinggalah ke pertengahan Julai 2020. Harapnya tempoh 2 minggu kali ini ini tidaklah berlarutan kepada 2 bulan pula.

Bukannya apa, semakin lama terperap di rumah ditakuti semakin beranak pinak pula koleksi cd dan lp...(nasib kali ini tak ada moratorium 😀😁😅)




Sunday, January 17, 2021

Embrace Hall Cafe

Ini kisah sebelum PKP 2.0 (tahun lepas december punya cerita)

Lama juga tak pergi ke kedai kaset/cd secara fizikal. Kali terakhirnya mungkin ketika sebelum PKP yang pertama pada awal tahun 2020. (Kedai cd kat Larkin Sentral tu. Apa khabar la agaknya. Sebelum ni pun dah macam tenat kedainya)

Kali nak cerita pasal Embrace Hall Music & Art Centre. Rasa seronok juga bila Johor Bahru masih wujud kedai sebegini. Ini kunjungan kali kedua. Kali pertama beberapa tahun yang lalu ketika mereka menganjurkan Records Store Day Johor Bahru.

Ternyata kedainya dah berwajah baru. Kini ianya dikenali sebagai Embrace Hall Cafe. Selain boleh membeli cd, kaset, piring hitam dan tshirt, mereka juga menyediakan ruang cafe untuk makan dan minum. Satu idea yang baik untuk yang dah berkeluarga. Suami belek cd,kaset dan lp, isteri dan anak boleh duduk menjamu selera.

Kongsi sikit la gambaran di dalam kedainya.






Untuk mengetahui menu dan keterangan lanjut boleh sahaja lawati mereka di 14-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor atau kunjungi facebook Embrace Hall Cafe.

Ini bukanlah iklan berbayar. Tuan kedai, Saudara Khairul Fahmi pun tak kenal siapa saya. Ini hanya sekadar satu sokongan untuk kedai muzik fizikal yang hampir pupus. Walaubagaimanapun terimakasih untuk beliau dan isteri yang sempat belanja kami (saya dan isteri) minuman air coklat secara percuma. 

Pantanglah kalau masuk kedai sebegini tapi tak beli apa-apa. Dah isteri berniat nak belanja sebagai hadiah belated birthday. Dua keping lp terus kita pau....huhuhu... (thanks to my better half yang memahami hobi suaminya 💖)



Thursday, January 14, 2021

Unisonic

 

Unisonic - Unisonic (2012)

Ketika album ini diterbitkan pada tahun 2012 dulu, memang ramai peminat Helloween yang teruja dan tak sabar nak dengar termasuk lah "yours truly" yang menulis ini 😀.

Maklumlah selepas Helloween, Michael Kiske pernah kata yang dia tak berminat lagi untuk menyanyi dalam genre metal. Bila dapat tahu yang Unisonic akan disertai juga oleh Kai Hansen. Peminat klasik Helloween era Seven Keys mana lah yang tak akan teruja kan...

Tapi rasanya ramai yang kecewa. Ini bukanlah power metal ala Helloween mahupun Gamma Ray. Ianya lebih kepada selera Michael Kiske yang terarah kepada melodic hard rock dengan pengaruh power metal yang dibawa oleh Kai Hansen. 

Bukanlah tak sedap. Kai Hansen dengan lagu-lagunya jarang mengecewakan. Selagi anda tidak mengharapkan ini adalah Seven Keys Pt 3, ianya memang sedap pun. Lagu-lagunya memang catchy. Vokal Michael Kiske masih seperti zaman Helloween.

Rekomended untuk yang gemarkan melodic hard rock atau metal yang lebih santai.