Thursday, September 25, 2025

35 tahun Rust In Peace

Sempena ulangtahunnya yang ke 35 pada 24hb September yang lalu.

Megadeth - Rust in Peace (24/09/1990)

Mengembalikan kenangan zaman IPTA. Kaset inilah yang menjadi peneman berjaga malam. Zaman muda remaja yang kita sangkakan dunia ini kita yang punya. Sedar tak sedar dah jadi tua...haha...

Salah satu album kegemaran dari zaman remaja hinggalah membawa ke sekarang.


Saturday, September 20, 2025

Giants & Monsters

 

Helloween - Giants & Monsters (29/08/2025)

Lagu sedap. Tak ada meleret. 50 minit...settled! Best album of 2025.



Friday, September 5, 2025

Tergendala Sebentar

 

Kekangan masa dan kemalasan yang melanda menyebabkan blog ini tergendala sebentar.


Monday, August 4, 2025

Massive Killing Capacity

Remembering my youth - 30th anniversary


Dismember - Massive Killing Capacity (04/08/1995)

Bila death metal menjadi tepu kita memerlukan sesuatu yang baru dan segar. Mungkin itulah juga yang difikirkan oleh Dismember dengan album ini. Ianya lebih melodic, lebih tersusun dan lebih rock and roll berbanding 2 album sebelumnya. Tetapi dalam masa yang sama ianya masih mempunyai sound Swedish Death metal yang berat dan ganas. 

Mungkin ada yang tak suka tetapi apa lagi kelainan yang boleh dibuat dengan death metal selain membiarkannya berevolusi.


Tuesday, July 29, 2025

Sabotage

Remembering my youth - 50th anniversary

Black Sabbath - Sabotage (28/07/1975)

Tak ada kenangan dengan album ini. Mendengarnya secara penuh pun mungkin pada sekitar penghujung 80an ataupun awal 90an. 

Black Sabbath saya bermula dari era Dio. Dan saya lebih mengemari Ozzy zaman solo. Namun album ini mengandungi salah satu lagu Black Sabbath yang saya suka, Symptom of the Universe.


Saturday, July 26, 2025

Goodbye to Romance

Saya bukanlah peminat tegar Ozzy Osbourne.  Pendedahan saya kepada Black Sabbath hanya bermula pada era Dio. Namun, seperti kebanyakan remaja yang terjebak dengan muzik rock pada awal 80an, saya tidak dapat lari dari mendengar muzik solo beliau.

Album - album seperti Blizzard of Ozz (1980), Diary of a Madman (1981), Bark at the Moon (1983) dan The Ultimate Sin (1986) adalah soundtrack zaman saya membesar.

Perubahan dalam selera muzik serta pengunduran Jake E. Lee menyebabkan saya kurang mengikuti perkembangan beliau selepas dari itu.

Walaubagaimanapun tiada siapa yang boleh menafikan yang beliau adalah antara punca tercetusnya Heavy Metal.


Thank you for the music

John Michael "Ozzy" Osbourne (3 December 1948 – 22 July 2025)


Sunday, July 20, 2025

Black Light/White Noise

 Antara yang terkini di pasaran.

Smith/Kotzen - Black Light/White Noise (4 April 2025)

Album kedua dari gandingan Adrian Smith & Richie Kotzen. Secara jujurnya saya membeli cd ini semata-mata kerana Adrian Smith. Dan jujurnya juga saya sememangnya kurang berminat dengan hasil kerja Richie Kotzen tak kira samada zaman beliau solo ataupun ketika bersama Poison mahupun Mr. Big.

Beliau lebih kepada blues rock. Satu genre yang kurang kena dengan jiwa. Album ini seperti juga album pertama mereka adalah lebih Richie Kotzen berbanding Adrian Smith yang kita kenal dalam Iron Maiden. Sememangnya agak payah juga untuk hadam album sebegini walaupun ada lagu yang mempunyai solo yang bagus.

Ini adalah satu contoh cd yang dibeli sekadar untuk memenuhi rak. Entah bila nak dengar lagi tu Wallahu a'lam...