Thursday, September 3, 2009

Reckless

Bulan puasa ni review album yang tak berapa nak ganas pulak arr..kali ni album yang pernah menduduki carta No 1 di Us Billboard yang diterbitkan pada tahun 1984 iaitu Reckless dari Bryan Adams.



Sebelum tahun 1984..aku dah pun kenal Bryan Adams..melalui radio bahasa inggeris singapore (Radio One kot…lupa dah) yang selalu bukak lagu “Cuts Like A Knife” dan “Straight From The Heart” (dari album sebelum Reckless) dan jugak dari magazine Weekend..Tahun2 dari 82 hingga 85 adalah tahun2 dimana aku belum betul2 jadi mat rock…masih kanak2 ribena la kan…zaman tu aku masih banyak dengar lagu2 pop dan new wave macam Duran Duran tu semua..Tapi pada ketika itu aku amat cenderung dan suka dengar lagu2 yang guitar-oriented…dan Bryan Adam adalah salah satu daripadanya..

Lagu pertama yang aku dengar dari album ini adalah Run To You…dengar kat radio…kemudiannya “Somebody”..pastu “Heaven”..pastu..”Summer of 69”..pastu “One Night Love Affair” dan last sekali “It’s only Love”…iyer..memang betul sepanjang penghujung 84 hingga ke 85…ada 6 hits dari album ni memasuki carta Top 15 di US Billboard Hot 100…dasat kan…pencapaian yang hanya Michael Jackson dapat tandingi dengan album Thriller..sekarang mana nak jumpa satu album boleh hasilkan sampai 6 lagu hits kan…hebat!



Track List
1-One Night Love Affair
2-She’s Only Happy When She’s Dancin’
3-Run To You
4-Heaven
5-Somebody
6-Summer Of 69
7-Kids Wanna Rock
8-It’s Only Love (with Tina Turner)
9-Long Gone
10-Ain’t Gonna Cry


Kalau korang sebelum ini mengangap Bryan Adams hanyalah dengan lagu2 leleh seperti lagu “(Everything I do) I Do It For You” atau “Please Forgive Me”..korang tersilap..Bryan Adams di zaman 80an terutamanya album ni memang rock…9 daripada 10 lagu dari album ni berentak rancak dan melodic hard rock..ini adalah album terbaik Bryan Adams …Walaupun “Waking Up The Neighbours” pun best…tapi ini adalah album yang paling aku suka..kalau tak…takkan la 7 juta unit terjual di seluruh dunia…terbaek!…

Boleh dikatakan semua lagu aku suka…mungkin kecuali lagu It’s Only Love..duet ngan Tina Turner tu…semata2 pasal aku tak minat Tina Turner…hehe..paling favourite dah tentu2 la "Summer Of 69"…memang best lagu ni…Cuma baru2 ni baru aku tau…Summer 69 tu bukan citer pasal thn 69 pun…BA pun thn 69 masih kanak2 lagi…rupanya pasal ni –

"'Summer of '69' - i think it's timeless because it's about making love in the summertime. There is a slight misconception it's about a year, but it's not. '69' has nothing to do about a year, it has to do with a sexual position”

huhuhu..


aku masih simpan versi kaset..tak ingat tahun bila beli..tapi cd tu baru 4,5 bulan yang lepas aku beli kat lelong.com.my

Selain tu…satu2nya lagu slow dari album ni iaitu “Heaven” memang layan abis…ni antara lagu slow rock yang jadi all time favourite aku…melodinya..bunyi pianonya…solo gitarnya…memang perfect dengan suara Bryan Adams..sampai sekarang pun aku tak jemu2 dengar…(err…lagu ni ntah dah berapa kali buat tuju kat awek masa zaman muda2 remaja dulu…taktik yang berjaya…dengar tu pada sesapa yang belum kawin…huhuhu…) kalau korang nak layan lagu ni..sila jengah blog sirajanaga

Selain lagu2 seperti Run To You dan Somebody dll yg jadi hits tu…satu lagi lagu yang aku suka adalah "Kid Wanna Rock"…mengikut ceritanya..Bryan Adam dan Jim Vallance (penulis bersama lagu ni) mendapat idea menulis lagu ni selepas mereka menyaksikan konsert Thomas Dolby (artis new wave) yang dipenuhi dgn muzik electronic dan gaya robot…mereka merasa bosan dan meninggalkan konsert tersebut separuh jalan dan merasakan lagu2 begitu kurang emosi dan tak der jiwa…mereka mahukan muzik yang sebenar..dan dari situ la timbulnya ayat kid just wanna rock…and the rest is history…ni kira lagu anti new wave la..jangan tak tau..Sodom pun ada cover lagu ni apa..

Kesimpulannya aku bagi 10/10 untuk album ni…pada sesapa yg nak hard rock 80an...ini memang REKOMENDED!

ok..layan lagu ni..Summer Of 69..aku try cari versi video clip tapi kesemuanya "Embedding disabled by request"...so tak dapat nak letak sini..kalau nak tengok jugak..klik sini kalau nak lagunya sahaja...layan yg di bawah ni..



"Around the world or around the block, everywhere I go the kids wanna rock"

14 comments:

  1. ooo summer of 69 tu album ni eh..aku tak follow bryan adams ni..anyway mmg kalau dgr lagu2 dia hardrock la..sore dia aku suka.

    ReplyDelete
  2. tahun 1985/86 gitu, takde duit nak beli kaset.
    Masa tv Singapore tunjuk satu progrem 30 minit gitu music videos dari Reckless,
    aku ambik kaset rekoder, aku letak dekat depan tv rakam sound.

    So aku boleh dengar lagu Heaven ulang2.

    Untung dapat membesar zaman tu, muzik smua best
    Heaven album ni masih the best ever songs ler.

    ReplyDelete
  3. matakucing...kalau ko terjumpa cd ni kat memana..amcorp mall ker..sambar jer la..memang berbaloi baloi..


    deaf...aku pulak cari kaset tak pakai..pastu rekod lagu yg aku suka dari radio...tak kisah la walaupun depan dan hujung lagu ada DJ menyampuk ker...janji boleh dengar sudah..

    setuju deaf...selama aku hidup...zaman 80's la bagi aku paling best lagu2nya..tak kira la pop ker rock ker..

    ReplyDelete
  4. Alamak!! Album paling berhantu dan paling aku minat dari zaman 80's. Aku tak dapat cari CD ni...adusss..Album yg paling banyak hit. Nostalgia lagi...pasal aku remaja zaman album ni...

    ReplyDelete
  5. Summer of 69 tu lagu best tu. Huhuhu. Walaupun aku tak follow, tp selalu dgr lagu2 dia ni sbb abg aku peminat tegar mamat ni.

    ReplyDelete
  6. aaaa, Byran Adam ...hahaha, masa matriks dedolu layan lagu dia, masa tu ada aweks, jadi terpaksa lah bg lagu anthem yang bunga2 sbb dia tak dengar lagu2 metal ... hahaha ...

    ReplyDelete
  7. hahahaa first time dengar The Summer Of 69 tahun 1992...
    ingatkan satu album dgn lagu EIDIDIFY.
    Memang tak 'follow' Brian Adam cuma dengar lagu dlm radio jer.

    p/s ada cerita pasal Bad English ? aku tahu lagu When i see you Smile je.

    ReplyDelete
  8. Skid..cd ni terjumpa secara tak sengaja masa jalan2 dalam tenet..rega pun murah..sambar je la..


    Takilala...abang ko tu Cimca kan?..sure umo dia baya2 aku ngan Deaf..tu pasal gila muzik 80s..

    ReplyDelete
  9. Geng Metal...standed la tu...takkan nak bagi lagu Tommy Page pulak kan..jiwang sangat..kena la ada unsur2 rock..mat metal la kononnya kan...huhuhu..


    Terrarosa...Bad English?..boleh saja..tunggu turn la..hehe

    ReplyDelete
  10. fuhh bryan adam.. teringat plak aku masa sekolah menengah.. kat hostel selalu dgr lagunya kena main kat radio....

    ReplyDelete
  11. dalam album '18 til I die', bryan adams ada bikin satu lagu tajuk 'we're gonna win' khas untuk satu team yg dia minat tu...

    team mana tu encik berteromber yg hensem...???

    huhuhu...


    "We're gonna win
    Forget about a draw,
    we're gonna score
    And then we're gonna get a few more
    Maybe another one just to be sure
    We'll make you look just like an amateur
    Until the final whistle it's a war
    And then we're gonna pick you off the floor
    We wanna hear the crowd really roar
    Yeah, we're comin' in we're gonna win, win
    Yeah!

    We're gonna win, we wanna win
    'Cuz number one is everything
    We're gonna win, we wanna win
    We're gonna be the champions...!"

    ReplyDelete
  12. bestnya ko dpt cd reckless ni, aku ada kaset cetak rompak je yg ada bau chrome dioxide..,cover pun dia gambar cover album ni dan tampal depan kaset....memang nilah album terbaik bryan adams...semua lagu dlm ni aku layan...apa lagi kalau dengar lagu heaven tu....puhhh...ingat awek lama..mmg betul ko cakap kalau bagi lagu ni ngan awek mesti cair punya hehehehhe....aku pun selalu bagi lagu ni ngan awek2 aku...dan lagu yg selalu aku dengar juga 'one night love affair' memang best lagu ni..meruntun jiwa...hehehhe...thanks ah sbb review album ni...ingat plak aku ngan stail rambut ada jambul didepan, berdiri ditepi....ala duran duran...

    ReplyDelete
  13. Jairo..tu mesti lagu Everything I do kan..


    Eddie..iyer la tu..orang Kanada mana tau pasal bola..ntah2 lagu untuk team ice hockey kot...huhuhu..
    p/s..kesian aku tgk chelsea..player byk dah tua..kena ban pulak tak boleh beli player..


    Cimca...dedulu aku teringin nak buat rambut ala2 John Taylor..hahaha..

    ReplyDelete
  14. thank u bro for the review, ramai yg tak penah tengok versi cd ni...
    kalau waking up to selalu la kot...ye le bryan adam zaman generasi gua...90s.


    Bryan Adams dan John Waite

    ni dua orang memang composer yg hebat2...sedap cipta lagu evergreen...

    masa dulu kat Segamat ada satu Mcd tu siap ada jukebox, ha lagu wajib kalau wa datang masuk coins lagu Heaven ni lah hehehe...ditujukan buat seseorang ....tanpa dia mengetahuinya (kes pemuda malu2 arnab).

    ReplyDelete