sambung lagi cerita pasal rock 70's....bersempena ngan dorang nak turun Singapore tahun depan...kali ni Judas Priest...
HELL BENT FOR LEATHER (1978)
Hell Bent For Leather ataupun dikenali sebagai Killing Machine di UK merupakan album Judas Priest ori pertama aku...membelinya dulu di Salem Power Station Ampang Point (dah lama bungkus kedai kaset ni..) adalah semata2 kerana adanya lagu "Before The Dawn"...Iyer...aku start kenal Judas Priest bukan dari lagu2 heavynya...tapi lagu slow "Before The Dawn" dari satu kompilasi kaset apache...so masa membelek deretan cd Judas Priest kat kedai tu...cd ni lah yang aku pilih dulu...
Apa yang aku teringat masa dengar cd ni adalah aku tak boleh lari dari membandingkannya dengan Turbo (1986)...ok...Hell Bent For Leather bukannya synthesizer-driven sound macam Turbo...tapi dari segi sound komersil hard rocknya...sedikit sebanyak memang ada persamaan...
Masa Turbo rilis dulu...(aku ada versi apache...tapi sayangnya dah hilang la pulak) dorang kena kutuk giler2 pasal Turbo tak metal...hard rock guna keyboard...radio friendly...komersil...tapi sebenonya Judas Priest bukanlah sentiasa meriliskan album2 heavy...mungkin selepas album2 berat yang hebat seperti British Steel(1980), Screaming For Vengeance(1982), Defenders Of The Faith(1984)...Turbo bukanlah apa yang peminat harapkan...tapi mungkin dorang lupa album2 70an Judas Priest seperti Hell Bent For Leather pun bukanlah heavy mana...cuma hard rock ajer...mungkin cd ni di maafkan...kerana dari sini la bermulanya era Judas Priest dengan jaket kulit dan imej metalnya...dan ianya menjadi trend untuk band2 metal selepas tu... metal = leather
Walaupun begitu kebanyakan lagu2 dalam Hell Bent For Leather ni memang sedap2 belaka...catchy...cuma yang aku tak sukanya soundnya agak tengelam...bunyi gitar pun agak terkebelakang...biasanya kalau dengo kat radio dalam kereta...volume no 6 tu pun dah kuat giler...tapi album ni kena bukak 10 atau pun 11 baru la kuat bunyinya...tak tau la kalau yang remastered version punya...
Seperti biasanya...twin guitar dari K.K. Downing dan Glenn Tipton tetap best cumanya trademark high-pitch Rob Halford memang kurang untuk untuk album ni...dia lebih banyak guna suara mendatar...tapi sedap jugak sebenonya...cekidot lagu "Burnin' Up"...ada kelainan dari segi vokalnya...mungkin kerana album ni sasarannya adalah pendengar USA...tu sebabnya ianya agak komersil mainstream berbading album2 sebelumnya contoh seperti Stained Class..
Dari segi lagu2nya...yang jadi favourite aku adalah "Delivering the Goods" dan "Hell Bent for Leather"...ni 2 lagu yang heavy sikit walaupun versi live dalam Priest...Live! lebih menarik sebenonya...yang lain2 bunyinya agak pop dan catchy...yang tak rock pun boleh suka...terutama "Evening Star","Take On The World" dan "Burnin' Up"....tu tak masuk cover Fleetwood Mac "The Green Manalishi (With The Two-Pronged Crown)" lagi tu...tapi memang sedap la layan...tak yah susah2 nak dengo ulang2 untuk hadam...
tapi macam aku cakap awal tadi...sebab utama aku beli cd ni asalnya adalah kerana "Before The Dawn"...dulu2 lepas subuh mandi nak pakai baju sekolah...ini adalah antara lagu yang memulakan hari aku...syahdu kalau dengo time pukul 5.30 pagi....lagu yang membuktikan kehebatan range vokal Rob Halford...bukan takat heavy yang jerit2...yang emotional macam ni sangat sedap bunyinya...
Rekomended untuk pengemar hard rock..
running wild = intro Adrian Smith Wicker Man lol.
ReplyDeletedeaf...memang ada persamaan...suratan atau kebetulan...haha...
ReplyDeletetapi yg pasti band running wild (jerman) dpt nama dari lagu ni...
ooo I didnt know that.
ReplyDeleteaku ada satu kawan suka betul band running wild yang stylo2 pirate pirate tu kan.
entah apa dia nampak dan dengar kat running wild tu sampai minat giler..aku apa lagi tukang batu api la suruh dia beli single japan pressing la apa la haha.
anyway, seems you are really into Judas Priest. You know what you are talking about haha.
Turun la Spore bulan 2, try la.
lagu sedap tapi produksinya bila dengar dengan telinga 90an memang susah nak terima.
ReplyDeletepegi tengok ke nnti?
ReplyDeleterasanya tak kot..
ReplyDeletetak follow sgt Judas Priest tapi album yg mula2 bermain di fikiran rasanya Sad Wing of Destiny kot especially lagu Victim of Changes..
ReplyDelete..kulit album ingatkan aku dengan gambar kad raya dolu2...masa sekolah ada gak belajar wat lukisan jerami padi ni..
ReplyDeletebro wanberuas,
ReplyDeleterasanya tu untuk komen album monoloque kan?