Sunday, February 19, 2012

Painkiller

Sempena Judas Priest  nak turun Singapura besok...20hb



Judas Priest - Painkiller (1990)

Patutnya aku buat entri ni 2 tahun lepas...ada rekues dari En. Mohd Sharizal...tapi asik la tertangguh...harap2 En Mohd Sharizal masih membaca blog ni ...maklum la dah lama...rasa macam rekues lagu kat radio la pulak...heheh..

tahun 1990 tu banyak sangat album2 best...disebabkan kekangan kewangan seorang pelajar...dan aku tak berapa suka album Judas Priest sebelum tu (Ram It Down)...maka Painkiller ni bukanlah pilihan utama aku walaupun selalu beno nampak kaset ni kat kedai2 kaset...selepas terbaca yang album ni masuk dalam list antara album pilihan tahun 1990 kat Metal Hammer...dan kaver dia menang kaver terbaik...baru la tergerak hati nak dengar...tu pun setelah setahun selepas tu...

1st time dengar aku terpikir...speed metal??...Helloween??....kalau biasa ngan Judas Priest...mesti tak pelik...dorang memang selalu berubah mengikut zaman...mungkin kerana masa penghujung 80an tu speed metal selain thrash agak popular...mungkin jugak untuk membuktikan yang dorang masih releven ketika itu (selepas 2 album yang fan kutuk giler2)...Rob Halford & Co...kembali ke pangkal jalan....heavy metal dengan sentuhan semasa tahun 1990...




Walaupun Screaming for Vengeance tetap menjadi pilihan utama aku...tapi Painkiller ada magiknya...lagu2 terutamanya side A versi kaset laju memang laju...try dengar title tracknya "Painkiller", "Leather Rebel" ataupun "Metal Meltdown"...kalau tengah memandu memang terasa nak tekan pedal minyak jejak ke lantai....dan yang tambah menariknya...walaupun laju...tetap melodic...dan sangat catchy...manakala lagu2 side B seperti "Night Crawler", "Between The Hammer & The Anvil" mengingatkan aku ke era Screaming for Vengeance...tapi ntah kenapa masa 1st time dengar dulu...lagu pertama yg melodinya melekat terngiang2kat kepala aku sehinggalah sekarang kalau sebut pasal album ni adalah "All Guns Blazing"...

Album ni rasanya dapat mengembalikan keyakinan peminat terhadap mereka termasuk lah aku...kemasukan drummer baru ketika itu Scott Travis (Racer X)...berjaya memberi nafas baru kepasa mereka...drum kat lagu Painkiller tu memang mengegarkan...tapi sebagai peminat gitar...aku memang puas dengar shredding Glenn Tipton dan K.K. Downing....gila dasat...

Apa2 pun...walaupun nampak macam Painkiller semuanya baik...tapi inilah album terakhir Rob Halford bersama mereka sehinggalah dia masuk kembali kemudiannya...bagi aku tanpa Rob...Judas Priest bukan lagi Judas Priest...jeritan Rob tu la antara identiti penting Judas Priest...samada boleh buat orang suka...ataupun  menyampah terus...



Bagi pendapat aku...ini adalah antara album mereka yang aku rekomen...tapi cuba cari  Screaming for Vengeance dulu...tapi kalau nak cakap ini album terbaik bagi genre speed metal cenggini...aku lebih rekomen Riot - Thunderstell.


last...buat sapa2 yang gi Judas Priest esok...terutama Deaf...enjoy!!!








5 comments:

  1. yeah...i love this album... this is the album that introduce me to Judas Priest... a little bit late to know them...but better late than never!!!

    ReplyDelete
  2. Yup..enjoy it Deaf... looking forward to hear the review

    ReplyDelete
  3. baru jer aku nak request album ni tapi dah buat kira ok la... aku suka album ni!!! sampai aku nak buat band projek kasi nama painkiller

    ReplyDelete