Friday, January 27, 2012

Thundersteel

Dah lama aku berhajat nak buat entri pasal cd ni...tapi asik la tertangguh...tapi bila dapat berita pasal kematian Mark Reale...terus aku selongkar rak cd aku...



Riot - Thundersteel (1988)

Sebetulnya aku patut berterimakasih kepada En Hafiz yang mengenalkan album ni kepada aku...tak silap masa zaman trade MP3 dulu2 (tahun 2000 kot)...agak lambat jugak aku follow album ni...tapi bak kata orang kampung aku..."better late than never"....heheh...

Masa zaman2 late 80's tu...aku memang selalu nampak kaset ni kat kedai2...ntah kenapa tak pernah pulak  tergerak hati nak beli...tambah pulak takder sorang pun member2 aku yang into Riot ni...mungkin pada masa tu aku tak sangka pun muzik Riot ni dah berubah arah...Riot yang pertama kali aku dengar adalah semasa zaman pertengahan 80an dengan album Fire Down Under...muzik yang ala2 hard rock NWOBHM...dan aku pada mulanya pun ingat Riot ni band dari UK...tambahan pulak late 80's tu dah sibuk thrash...so benda ni jadi punca kenapa aku ketinggalan kapal...


Zaman2 trade MP3 tu pun kalau tak silap aku cuma nak Fire Down Under...tapi En Hafiz ni la yang cadangkan aku dengar "Thudersteel"...memang sejak tu  album ni jadi salah satu album kegemaran aku...hinggalah bila zaman pandai mengebay ni...antara cd pertama yang aku cari adalah cd ni...

Thundersteel memang berbeza ngan rilisan awal Riot...Mark Reale mengubah Riot menjadi speed/power metal...mungkin kerana vokalis baru Tony Moore yang suaranya sesuai bernada tinggi...ada sikit2 high pitch ala Rob Halford...1st time dengo pun aku terbayangkan Judas Priest Painkiller...tapi ini 2 tahun sebelum Painkiller...tak timbul isu copy mengcopy....tak pasti adakah Judas Priest yang ambik Thundersteel sebagai rujukan...mungkin jugak kot....Bobby Jarzombek pun main ngan Rob Halford selepas tu kan...

lagu majoritinya jenis laju2 tapi sangat melodic...konpem terasa nak menyanyi bersama...takder filler...ni jenis album yang korang bukak..dengar dan tak yah nak skip2 sampai abis...dan dah tentu2 highlight utama album ni adalah permainan gitar Mark Reale...riff2 berhantu dan giler dasat dia punya shredding...tabik!!

jangan terpedaya ngan rambut ala2 Poison tu....heheh...

Susah aku nak cakap mana lagu paling favourite...mungkin Flight Of The Warrior (Hammerfall ada kaver lagu ni)...tapi lagu mid-tempo Sign Of Crimson Storm pun sedap jugak...senang cerita..yang speed macam Thundersteel, Fight of Fall, On Wings Of Eagles, Run For Your Life dan Buried Alive atau pun sedikit ringan macam Johnny's Back ataupun yang semi ballads macam Bloodstreets semua pun best...

Sayangnya...mungkin kerana kurang promosi...takder video MTV...album ni tidak mendapat sambutan....tapi ianya menjadi hidden gem bagi peminat metal...senang cerita...aku cukup setuju ngan En Flaming Skull...Thundersteel memang wajib kalau korang adalah mat metal terutamanya yang suka genre speed/power metal...

Highly Recommended !!!

THANK YOU FOR THE MUSIC



4 comments:

  1. Lah.. dah mati rupanya. Baru tau..

    Thundersteel is the best of the best. Glad to be a part of your discovery pakcik Nasaruddin. Haha..

    ReplyDelete
  2. aku rasa album nie tak dapat sambutan kerana time tu thrash tengah naik kot.... lagipun imej diorang sikit2 cam glam metal... tapi don't judge the music by its cover album...betui tak?

    ReplyDelete
  3. dulu aku ingat helloween bawak lagu ni... check rupanya Riot.. apapun RIP to Mark Reale.... terima kasih kerana Thundersteel!!!!!

    ReplyDelete
  4. walau ilustrasi cover yang hampeh tapi gile best album thundersteel ni!antara album/lagu layan hangguk kepala selaju 280km terbaik gua sambil lukih kartun!

    ReplyDelete