Wednesday, March 7, 2012

Countdown to Extinction

start entri ni aku nak buat cerita pasal album2 yang rilis pada tahun yang belakangnya no 2...1972,1982,1992 ataupun 2002...rasanya ada jugak lagi album yang tahun belakangnya 1 aku terlepas pandang...takper la...as and when aku teringat aku akan buat jugak la...

1st album yang aku nak cerita...yang pada aku yang terbest  dari 20 tahun yang lalu adalah ni...



Megadeth - Countdown to Extinction (1992)

Selepas Metallica dengan black albumnya agak sedikit mengecewakan aku...album baru Megadeth ketika itu memang lah amat ditunggu2....sedia maklum...Mustaine akan cuba mengatasi apa yang Metallica buat...so masa 1st time dengar kaset ni dulu 20 tahun yang lalu...benda pertama terlintas kat kepala otak...ini 10 kali lagi bagus dari black album...

Tak kisah la ada yang kata Megadeth pun dah ikut jejak langkah Metallica...jadi komersil...takder dah lagi solo2 laju Marty Friedman macam kat Rust In Peace...ni pun di akui Mustaine sendiri...memang dia nak album yang komersil...yang boleh no 1...mana boleh dia nak kalah ngan Metallica kan...(sayangnya album ni cuma dapat no 2 jer)...tapi bagi aku ni memang jauh lebih best dari black album...


Ianya masih Megadeth...masih metal...walaupun bukanlah thrash...mungkin lebih kepada teknikal heavy metal berbandingi Metallica yang dah menjadi hard rock...masih banyak rif2 dan solo2 yang menarik walaupun dah tak selaju atau serumit Rust in Peace maupun Peace Sells...tahap permainan muziknya memang tip top...terbaik!

Bermula dari sini lah pandangan aku pada Metallica mula berubah...4 album pertama dorang memang giler best...klasik!!!...tapi album2 selepas tu memang hampeh...berbanding ngan Megadeth...mungkin Risk agak kurang la...tapi album2 lainnya tetap menarik...walaupun sebenarnya album2 selepas Risk tu agak kurang aku follow..zaman2 aku dah kurang into metal2 ni semua...



Walaupun mungkin Rust In Peace adalah album pilihan Megadeth aku...tapi ada masa dan hari2nya...Countdown to Extinction kekadangnya aku rasa lebih best...dan selayaknya jugak la ianya menjadi Megadeth's best-selling album....dan tercalon untuk Best Metal Performance masa Grammy Awards tahun 1993 yang sampai sekarang kategori ni dah di mansuhkan pun dorang tak menang2 jugak...heheh...

Semua lagu pun best...tapi yang jadi pilihan aku adalah..."Symphony of Destruction", "Architecture Of Aggression", "Sweating Bullets",  "Countdown To Extinction", "Skin O' My Teeth", "Foreclosure of a Dream" dan  "Psychotron...

cd aku ni versi ori 1992...kalau ada rezeki lebih mungkin jugak nak cari remixed version tahun 2004...dengonya  ada  perbezaan antara kedua2 versi ni

pada telinga aku...bermula 1991/1992...Megadeth > Metallica...huhuhu..

Satu lagi yang "PATUT BELI!"...





13 comments:

  1. Megadeth > Metallica

    ada review album terbaru Megadeth- Thirteen tak lagi ?

    ReplyDelete
  2. Scorps...13 lum lagi...lum beli pun...haha...

    ReplyDelete
  3. saya sangat bersetuju. saya sangat koyakan album ini mengatasi metallica waktu itu.

    ReplyDelete
  4. malangnya aku dah let-go bbrp cd megadave termasuk countdown ni...

    ReplyDelete
  5. Album ni masa mula keluar aku tak berapa suka tapi 2 -3 tahun lepas tu aku dgr balik best plak... ntah pelik huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. saya masih memilih YOUTHANASIA sbagai fav album..

    ReplyDelete
  7. tak pernah ada cd album ni, tapi kaset dah lunyai. Masih zaman walkman lagik ni haha.

    ReplyDelete
  8. Bro Tromber..
    wow dah 20 tahun album ini...
    dah semakin tua..hmmm
    i still remember buying the cassette in 93'..if still recall the initial listening
    A side...The first 4 songs for me was superb and classic
    Skin O',Symp,Architect and Foreclosure..
    B side...countdown was good but after that song the rest kurang sikit menyengat macm side A except high speed dirt
    Regarding Metallica black album and this
    I feel the guitar tone in Black Album is heavier the Countdown to Extinction...Sad but true still rules hehehe

    ReplyDelete
  9. gua mcm rasa nk bangkang plak...hahaha

    bg gua the bestest komersil elbem utk megadesk = youth
    mestalika = blek.

    ReplyDelete
  10. jemz...gua paham...kalau nama lu dave konsperm lu tak bangkang...hahaha...

    ReplyDelete
  11. sweating bullets adalah lagu yg aku tak berapa masuk nak layan time mula2 dengar album ni...
    tapi lagu ni bila layan live concert dlm bentuk video.. baru aku teruja..
    teruja dgn middle part lagu niii... headbanging mmg layan bro.. mustaine , ellefson, friedman headbanging time part tu mmg layan betul laaa... huh...... sweating bullets rules.....

    ReplyDelete
  12. album 'hidup selepas mati' dave mustaine dan megadeth. album komersil terdahsyat megadeth ni mengatasi album black metallica.

    hello me ... meet the real me

    ReplyDelete