Friday, October 13, 2017

Defying Gravity

Sempena kedatangan mereka ke Malaysia esok, (14hb Okt 2017)


Mr. Big - Defying Gravity (2017)

Lama dah tak “follow” mereka. Kali terakhir membeli album mereka kalau tak silap adalah ketika album “Hey Man” iaitu 21 tahun yang lalu. Tiadanya Paul Gilbert selepas itu menyebabkan rasa kurang berminat. Berita tentang kedatangan mereka ke Malaysia menyebabkan rasa tergerak hati pula untuk mencuba cd terbaru dari mereka.

Tidak pasti bagaimana arah muzik mereka yang terkini. Tak ikut langsung era Richie Kotzen dan tertinggal juga 2 album reunion mereka sebelum ini. Pertama kali dengar dah suka. Sedap! Ternyata mereka tidak mengecewakan. Mereka masih Mr Big yang lama. Menggunakan semula Kevin Elson, penerbit untuk 3 album awal mereka ternyata satu langkah yang berjaya.


Satu kekurangan yang mungkin terasa adalah tiadanya lagi lagu-lagu laju track pertama seperti "Addicted to That Rush", "Daddy, Brother, Lover, Little Boy (The Electric Drill Song)" ataupun "Colorado Bulldog". Faktor usia mungkin menyebabkan mereka tidak lagi bermain sebegitu. Track pertama "Open Your Eyes" tidak terlalu laju. Ianya bolehlah dimaafkan kerana lagu-lagu lainnya memang mengembalikan ingatan kepada Mr Big yang saya minati suatu masa dahulu. (alangkah bagusnya kalau band-band seperti Bon Jovi contohnya juga melakukan perkara yang sama...)


Bukan setakat lagu, suara Eric Martin pun tidak banyak berubah. Walaupun ada yang mendakwa sound album ini sedikit mendap. Tetapi bunyi gitar dan bass Paul Gilbert dan Billy Shehan tetap jelas kendengaran. Itu trademark mereka. Paul Gilbert tetap dengan shredding solonya. Album ini dirakamkan dalam tempoh 6 hari secara live. Ada antara solo beliau memang tidak di tokok tambah. Memang hebat.


Banyak lagu-lagu yang melodinya mudah melekat. Yang jadi tajuk album masa preview di youtube pun dah berkenan. Tapi diantaranya ada 2 lagu yang cukup menarik perhatian. "Forever and Back” sekali dengar dah terpikat.  Lagu tentang kenangan mereka berada di puncak kejayaan, "1992" juga amat menarik perhatian terutamanya trademark gitar Paul Gilbert.


Satu lagi yang perlu rasanya diberikan perhatian adalah tentang semangat setiakawan mereka. Walaupun Pat Torpey tidak lagi boleh bermain drum seperti dahulu, (beliau disahkan mengidap penyakit Parkinson) beliau tidak pernah disisihkan. Beliau masih terlibat dalam proses rakaman mahupun persembahan live. Memang tabik! (Mungkin ada satu band kat Malaysia tu perlu jadikan mereka ini sebagai contoh...hihi...)

Kesimpulannya, jika anda peminat Mr Big...ini sudah pastinya tidak mengecewakan. Jika bukan pun...ini sememangnya sebuah album hard rock terbaik untuk tahun 2017. Sayang betul tak dapat menonton mereka secara live esok. Pada yang pergi....selamat berhibur!







2 comments:

  1. Sempat lagi menyindir tu..haha..oo album ni kalo jumpa aku beli.review pun dah best tu

    ReplyDelete