Tuesday, April 27, 2010

Burnmark

Last kopek untuk entry aku pasal Juara Juara Rock…selepas MAY, Febians, Metalian dan kini band yang berasal dari Segamat Johor…Burnmark…sebenarnya ada satu lagi band dari JJR ni..Scandal…aku suka band ni…sayangnya dorang takder keluar album solo..mungkin dorang dah berpecah sebelum sempat buat album solo…ruginya…2 gitaris kidal dorang Joe masuk Wings…Opie masuk Bloodshed…bassist dia Bad (betul ker nama dia??) join Handy Black (kalau aku tak silap)….sayang..ni band memang best…suka aku lagu Kuasa 2..



Ok ni bukan pasal Scandal…Tapi Burnmark…album solo dorang ni diterbitkan pada tahun 1988…Dalam banyak2 band zaman JJR1 hingga 3…Burnmak lah yang lagu2 heavy dia pada aku kurang best…tapi aku suka lagu slow Secebis Rayuan…aku suka gitar work/solo gitarist dia Joe dalam lagu tu…walaupun lagu ni meleweh…tapi gitar dia heavy dan banyak solo..

Aku memang mengharapkan album ni sebuah album yang gitar..gitar..dan gitar…maklum la rasanya semua pun tahu kehebatan Joe ni…kalau tak..takkan la MAY jemput dia untuk menyolo lagu Sendiri masa Juara Lagu TV3 dulu tu kan…sayangnya time tu tali gitar putus la pulak…potong betul kan….tapi nampaknya album ni tak la semuanya pasal gitar…bunyi keyboard jugak banyak mendominasi…tak tau la..mungkin dorang nak buat ala2 Malmsteen Rising Force...ada part solo keyboard kan...tapi rasanya lebih tepat dorang ni mungkin nak jadi Europe kot…Joe jadi John Norum…tak tau aku siapa nama keyboardist dia ni mungkin jadi Mic Michaeli...pasal ada jugak lagu2 yang intro dan solo keyboard ala2 Europe macam lagu Snooker dan Iri…tapi John Norum walaupun lagu penuh keyboard…contoh lagu Final Countdown tu…tapi bila masuk solo gitar…mak aiii….hebat…solo membunuh...part ni yang rasanya Joe ni kurang sikit…standard la...mencilok senang...tang nak buat sendiri tu yang susah...

Bukanlah nak kata ada solo keyboard ni tak best…dasat jugak mamat yang main keyboard ni…dasat solo dia…kekadang ada bunyi macam John Lord pun yer jugak…respek aku…ada kelainan la ngan band2 lain pada masa tu...tak tau apa jadi ngan mamat ni...rasanya dia lagi bagus kot dari Acis Gersang..



Album ni sebenonya ada 8 jer lagu baru termasuk 1 instrumental…manakala 2 lagu dari JJR iaitu Secebis Rayuan (dorang rakam semula lagu ni..tapi aku prefer versi asal walaupun ada org cakap bunyi gitar Joe sumbang…tapi itu yang uniknya…lebih raw…) dan Snooker ...walaupun takder la suka sangat lagu ni…tapi lirik pasal Snooker tu memang kena pada zaman tu…time tu memang aku tengah gila main snooker…walaupun tak terer2 pun…Pot Black sebelah Warta kat Segamat tu memang menjadi port aku zaman kat ITM dulu…mungkin budak2 Burnmark ni pernah lepak sana kot…tapi tak pernah pulak terjumpa…ada la sekali terjumpa dorang kat Great Wall Segamat…ntah wujud ker tak ntah tempat2 ni kat Segamat sekarang…err..off topic jap…kalau ada sesapa orang Segamat baca..wujud lagi tak panggung wayang Lilok?..port bebudak ITM dedulu ni…heheh

Bagi aku gitar work/solo Joe banyak membantu album ni...kalau takder Joe...aku rasa album ni memang kurang la...ada 2 lagu yang aku suka gitar work dia...Waspada dan Ayah...lagu lain tak berapa menonjol sangat...lagu2 slow pulak terlampau mendayu2...tak berapa masuk untuk aku...lagu Kasih Dalam Memori ada sikit ciri2 macam Secebis Rayuan...tapi sound gitarnya tak cukup power la...Satu lagi yang menarik pada aku ialah lagu instrumental Terbakar...layan la dengar solo Joe dan keyboardist dia tu...tapi yang kurangnya pada aku suara vocalistnya Jef tu la...aku rasa dia lebih sesuai lagu2 slow…part high pitch…lagu2 heavy…macam tak kena jer kat telinga aku…ntah la...lain orang lain lain telinganya kan...



Secara keseluruhannya bagi aku album ni tak cukup kuat…tak cukup catchy yang boleh buat melodinya terngiang2 kat kepala…tak der satu pun yang boleh jadi favourite aku…jenis yang kalau dengar…ok…pastu lupa….lagu2 slow dia pun tak cukup kuat…tu pun pasal album ni tak popular agaknya…mamat/minah jiwang pun tak sangkut…rasanya memang Joe la jadi penyelamat untuk aku terus dengar album ni...apa2 pun tahniah la pada dorang…semua lagu cipta sendiri…respek!

Err..ada desas desus kata album MAY – Dilema tu Joe yang main…mungkin jugak kot…pasal album tu memang lain sound gitarnya dari lain2 album MAY…ntahkan betul atau tidak…hanya dorang sendiri jer la yang tau…

10 comments:

  1. Ko simpan lagi keset ni... banyak lagi ke yg ko simpan..hehehehe!!

    ReplyDelete
  2. zaman ni kaset saja ke relis? lp dah x kot? siap cap jari lagi...

    ReplyDelete
  3. Klu tak silap aku lagu 'Ayah' tu diorng copy betul2 sebijik dari lagu Gary Moore( dh lupa plak tajuk nye..)cuba kau cek album Gary Moore pertengahan tahun 80an tu, biasa lh kn dlu tu semua asik main cilok aje,hahaha..

    ReplyDelete
  4. scandals kuasa II rules!!!

    ReplyDelete
  5. skid...ada la skit2 yg dapat diselamatkan...

    mhagnoth...masuk 80an memang dah x rilis lp...semua pun kaset..sebelum tu ada la katrij sekejap..

    Pertapa...mungkin kot..aku Gary Moore x berapa folo la...cuma pernah dengar album Wild Frontier...tu pun dah x berapa ingat lagu2nya kecuali lagu "Over The Hills & Far Away" ajer..best lagu tu..

    Jairo...simpan buat muzium...kalau ada org offer 8 juta baru jual..heheh..

    En. Hafiz... \m/

    ReplyDelete
  6. dalam banyak band2 JJR ni , yang gua rajin dengar adalah Febians...

    gua suka bassline dia terutama untuk lagu2 ballads...meletup2 kat intro contoh lagu Kehancuran Sebuah Cinta, Untukmu sayang dan Demi cintaaaaa iniiiiii.....

    ReplyDelete
  7. pawagam kat segamat tu..tak silap dh jd kedai jual baju/pasaraya ..heh

    tak brp kenal sgt band ni...biasa dengar 1 lagu tu jela secebis rayuan tu...huhu

    ReplyDelete
  8. Bro pertapa, lagu Ayah tu amik dari Shapes of Things - G.Moore.... hehe
    GM pun cover gak lagu tu, asalnye lagu Yardbirds...

    ReplyDelete
  9. rasanya keyboard tu joe sendiri yang main

    ReplyDelete