Monday, March 21, 2022

Rock Believer

Album terbitan 2022 yang pertama untuk tahun ini...

Scorpions - Rock Believer (2022)

Perasaan teruja nak dengar album baru Scorpions rasanya dah lama hilang. Kali terakhir mungkin ketika Face The Heat (1993). Selepas mereka semakin berubah dah menjadi semakin mellow, saya agak kurang mendengar mereka walaupun kaset dan cd mereka tetap dibeli. Branding "Scorpions" itu mejadi penyebab untuk saya terus membeli. Maklumlah muzik rock ketika saya kanak-kanak adalah Scorpions. Besar pengaruh muzik mereka untuk saya.

Tetapi percubaan mendengar album terbaru mereka, Rock Believer di spotify menyebabkan saya kembali teruja. Muziknya benar-benar membawa saya melayang ke era 80an. Selain Iron Maiden, belum pernah lagi saya membeli sebuah album baru terus dalam bentuk piring hitam. Ini adalah yang pertama. Tetapi Iron Maiden adalah pembelian buta (janji Maiden mesti beli)...tetapi yang ini kerana saya benar-benar sukakannya.

Rasanya kalau Rock Believer diputarkan secara "back to back" bersama dengan Animal Magnetism atau Blackout mahupun Love at First Sting, memang tak akan rasa yang jarak masa antara mereka adalah hampir 40 tahun. Kalau kurang pun rasanya Matthias Jabs sepatutnya lebih aktif dengan lebih banyak menyolo.

Dengan umur mereka yang rata-ratanya dah melebihi 70 tahun, memainkan kembali muzik ketika mereka muda mungkin adalah satu tribute untuk diri mereka sendiri. Memang banyak persamaannya dan jika anda pengemar mereka di tahun 80an pastinya akan dapat menangkap persamaan tersebut.

Harapnya band-band lama yang lain juga akan mendapat inspirasi dari mereka. Letih dah nak dengar lagu panjang-panjang dari Iron Maiden...




3 comments:

  1. rasanya album Scorpions yang last aku dengar era orchestra tu apa nama? yang cover ada t-rex tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moment Of Glory...aku takder album ni...kurang minat la orkestra2 ni...sama kes macamm Metallica S&M

      Delete
  2. Setuju dengan ulasan ini 100%

    ReplyDelete