Friday, December 9, 2011

Blue Murder

Tu hari aku ada cerita pasal gitarist2 whitesnake...ni last aku nak tambah...John Sykes



Blue Muder - Blue Murder (1989)

Aku tau pasal John Sykes dari Whitesnake 1987...nama dia makin melekat bila aku start dengo Tygers Of Pan Tang...pastu ada rumours dia nak join Def Leppard ganti Steve Clark (sayangnya Vivian Campbell pulak yang ganti...potong betul la Vivian ni...dah la kat Whitesnake pun dia yang ganti...haha...) masa tu la dalam tahun 1991 kalau tak silap aku berpeluang dengo kaset Blue Murder ni...aku tak beli...aku pinjam...

Ini adalah band solo pertama John Sykes lepas dia kena tendang dari Whitesnake...mungkin pasal meletupnya album Whitesnake 1987 tu...syarikat rakaman gergasi Geffen berani berabis duit untuk album ni...penerbitnya Bob Rock tu...sayangnya tak tau mana silap...album ni tak meletup..

Mendengar album ni seperti mendengar album Whitesnake 1987...tak boleh salahkan John Sykes kalau album ni tak lari dari bunyi camtu...Whitesnake 1987 tu adalah 50/50 antara dia ngan David Coverdale...dan aku rasa kalau dia masih dalam Whitesnake...mungkin ini lah antara lagu2 untuk album Whitesnake yang seterusnya...dan aku yakin....kalau album ni namanya Whitesnake bukannya Blue Murder...MTV dan radio akan main hari2 dan konpem akan terjual berjuta2 unit...kalau tak tak kan dalam That Metal Show, Eddie Trunk cakap album ni no4 dalam list favorite debut album of all time dia...



Seawal track pertama "Riot" dah dapat cam bunyi Whitesnake 1987...track ke 2 "Sex Child" sebelum part solo tu memang sebijik stail "Still Of The Night"...tapi rasanya bab lagu2 slow rock David Coverdale lagi terer...lagu slow album ni "Out Of Love" kurang menangkap...tapi lagu paling aku suka dari album ni adalah "Jelly Roll"...lagu yang agak pelik yang terbahagi kepada 2 bahagian...1st halfnya ada bunyi2 ala country...masuk 2nd half dah bunyi lagu slow rock yang sangat catchy...part 2nd half tu la yang buat lagu ni sedap...

Bab gitar tu tak yah sentuh la...solo2 John Sykes memang dasat...semua dah maklum...tapi bab suara dia tu...memang tak sangka sungguh...dia bukan takat menyanyi...tapi menyanyi dengan bagus sekali...ntah macamaner la time live dia boleh jerit high pitch dalam masa yang sama main gitar...memang dasat...ada yang kata suara dia lagi best dari David Coverdale...tapi bab tu...ikut pilihan memasing la...

Apa2 pun maafkan la gambo dressing ala2 lanun kat belakang cd tu kalau korang suka Whitesnake 1987....overall album ni OK...tapi khas untuk die-hard Whitesnake dan yang suka kerja gitar John Sykes...


***tak sabo nak dengo camner la bunyi band baru dia bersama Mike Portnoy tu..

Thursday, December 8, 2011

Keras Tangan

membalas entri En.Joad...



ini adalah t-shirt yang telah dikerastangankan...
Cara2 membuatnya sila rujuk -SINI-



dalam masa yang sama...



akhirnya....layak jugak kita ke Europa... ;)


UNITED! UNITED! UNITED!

Wednesday, December 7, 2011

Zindagi Na Milegi Dobara

Lagi layan movie kat Astro...tapi ni bukan HD tapi Astro Box Office atau cakap melayunya Astro Tayangan Hebat...



Zindagi Na Milegi Dobara (2011)

Layan cerita Hindustan????....iyer ni memang cerita hindustan...lama giler aku tak layan cerita2 hindustan sejak satu malaysia deman Shah Rukh Khan beberapa tahun yang lalu tu....

Sebenonya aku bukanlah pengemar cerita hindustan...panjang sangat...letih nak tunggu dorang menyanyi tuko baju sampai abis satu india dorang jelajah...tapi kecik2 tahun 80an dulu atas pengaruh bapak aku yang minat filem hindi...selalu jugak tengok hindustan kat tv2 tiap2 hari jumaat lepas balik semayang jumaat (tu jam johor jumaat cuti...so jumaat tak sekolah..)

Aktiviti ni aku teruskan masa aku belajo kat ITM Segamat...lepas balik semayang jumaat...melayan mata mengantuk dengan berbaju melayu berkain pelikat lepak bilik tv layan hindustan...zaman ni johor masih cuti jumaat...(giler tua punya zaman...haha)...tapi apa ada hal...metal layan hindustan...huhuhu..

Tapi tu dulu...sekarang hari jumaat tv2 ada tayang hindustan lagi ker tak aku pun tak tau...tapi kebetulan tu hari lepak2 kat rumah takder benda nak buat...terbuka pulak cerita ni...asalnya sekadar nak ambik tau...akhirnya tertengok sampai abis...

Sungguh aku tak sangka cerita hindustan pun dah berubah...dah moden...ni memang hindustan alaf baru...takder dah adegan menyanyi tuko baju seluruh india...tak silap aku cuma ada satu part jer nyanyi2 kat filem ni...tu pun masih kena kat jalan cerita...takder la sampai 10 kali tuko baju panjat gunung turun gunung bagai...lainnya kalau ada lagu pun takat kat background...dah takder dah lagu2 ala dangdut pompuan guna suara kecik tu...muzik pun dah moden...dah macam filem hollywood...nampaknya aku yang ketinggalan...memang semua cerita baru hindustan dah macamgini ker???...ntah...

Tajuknya yang bermaksud "Life won't come twice" ni mengisahkan pasal 3 sahabat yang buat road trip ke Spain setelah salah seorang dari mereka akan berkahwin...cerita2 berunsur road movie, friendship, comedy ni memang satu genre yang aku suka...tu pasal aku berjaya nengok sampai abis...tambah2 pulak lokasi movie ni memang cantik...pengarah dapat merakamkan lokasi2 best kat sepanyol...rasa macam aku pulak nak buat road trip pergi sana...memang cantik sepanyol ni...aweknya apatah lagi...hahaha...

Aku tak kenal pun sapa pelakonnya...tapi Hrithik Roshan tu aku selalu dengo namanya...ada akak kat opis aku dulu tu memang peminat dia...boleh tahan jugak lakonan dia...heroin dia lagi la aku tak kenal...tapi boleh tahan cun la...Kajol aku tau la...takpun Zeenat Aman...ni zaman aku budak2 memang top...hihi..

Apa2 pun kalau terjumpa cerita ni...try la tengok...bollywood yang ala2 hollywood...poster dia tu pun dah macam Lords of Dogtown kan?

oh yer...cerita ni dah tak main kat Astro dah...ni tayang masa bulan lepas...sekian, terimakah.

Monday, December 5, 2011

Metal Hammer's 25th Anniversary Issue

Dah bertahun tak beli majalah2 rock/metal...ntah kenapa masa ke MPH untuk belikan buku cerita untuk anak2 sempena cuti sekolah ni tergerak hati untuk beli majalah ni..



mungkin pasal ianya 25th anniversary...mungkin jugak pasal Cliff Burton...ataupun sekadar nostalgia teringat2 zaman sekolah mencuri2 baca majalah ni kat kedai buku depan Sg Seget...dah lama takder kedai tu...tak silap dah jadi Plaza Seni kot area tu...



Metal Hammer adalah antara majalah rock/metal yang senang nak dapat masa penghujung 80an tu...antara yang sentiasa menjadi rujukan untuk budak2 rock ketika itu...reganya dalam RM10 ker RM12 jer time tu kalau tak silap...tapi sebagai budak sekolah...memang tak mampu la...



antara yang menarik isu 25th anniversary ni cerita pasal Clif Burton la...tak tau la kalau korang klik gambo2 tu boleh baca ker tak...



Ada 10 pages cerita pasal Cliff Burton...ni ayat Metal Hammer pasal majalah ni..

"Metal Hammer is 25 years old this month, and this is our very special 25th Anniversary Edition! Our biggest issue ever features a massive 164 pages of heavy fucking metal and a brand-new look, and to celebrate, we pay tribute to METALLICA bassist Cliff Burton who was tragically killed the year Hammer was born: on the cover and with an extensive feature with new interviews with his friends and comrades from ANTHRAX, MEGADETH and FAITH NO MORE amongst others."

"Also in celebration of our 25 years, Hammer takes a retrospective look at the heaviest stories of two and a half decades: GUNS N’ ROSES split, METALLICA cut their hair, Bruce leaves IRON MAIDEN and all the biggest stories of our lifetime!"



ada skit cerita John McMurtrie pasal On Board Flight 666



jugak peristiwa2 rock menarik sepanjang 25 tahun Metal Hammer...album2 terbaik pilihan dorang dari 1986 ke sekarang...



interview Joey DeMaio pasal Manowar Battle Hymns MMXI...ni cd wishlist aku untuk 2011 yang akan di bawa ke 2012...heheh..



review album terbaik 2011...haha...



ngelat tul la dorang...Lulu dapat 3...Th1rt3en dapat 8...huhu...



lastly...ni gambo paling aku suka....
gambo2 cengini boleh buat aku sentiasa rasa muda...hahaha...


btw...ingat nak cari jugak Kerrang 30th anniversary...tapi macam takder jual kat sini la pulak...

Friday, December 2, 2011

Hell Bent for Leather

sambung lagi cerita pasal rock 70's....bersempena ngan dorang nak turun Singapore tahun depan...kali ni Judas Priest...



HELL BENT FOR LEATHER (1978)

Hell Bent For Leather ataupun dikenali sebagai Killing Machine di UK merupakan album Judas Priest ori pertama aku...membelinya dulu di Salem Power Station Ampang Point (dah lama bungkus kedai kaset ni..) adalah semata2 kerana adanya lagu "Before The Dawn"...Iyer...aku start kenal Judas Priest bukan dari lagu2 heavynya...tapi lagu slow "Before The Dawn" dari satu kompilasi kaset apache...so masa membelek deretan cd Judas Priest kat kedai tu...cd ni lah yang aku pilih dulu...

Apa yang aku teringat masa dengar cd ni adalah aku tak boleh lari dari membandingkannya dengan Turbo (1986)...ok...Hell Bent For Leather bukannya synthesizer-driven sound macam Turbo...tapi dari segi sound komersil hard rocknya...sedikit sebanyak memang ada persamaan...

Masa Turbo rilis dulu...(aku ada versi apache...tapi sayangnya dah hilang la pulak) dorang kena kutuk giler2 pasal Turbo tak metal...hard rock guna keyboard...radio friendly...komersil...tapi sebenonya Judas Priest bukanlah sentiasa meriliskan album2 heavy...mungkin selepas album2 berat yang hebat seperti British Steel(1980), Screaming For Vengeance(1982), Defenders Of The Faith(1984)...Turbo bukanlah apa yang peminat harapkan...tapi mungkin dorang lupa album2 70an Judas Priest seperti Hell Bent For Leather pun bukanlah heavy mana...cuma hard rock ajer...mungkin cd ni di maafkan...kerana dari sini la bermulanya era Judas Priest dengan jaket kulit dan imej metalnya...dan ianya menjadi trend untuk band2 metal selepas tu... metal = leather

Walaupun begitu kebanyakan lagu2 dalam Hell Bent For Leather ni memang sedap2 belaka...catchy...cuma yang aku tak sukanya soundnya agak tengelam...bunyi gitar pun agak terkebelakang...biasanya kalau dengo kat radio dalam kereta...volume no 6 tu pun dah kuat giler...tapi album ni kena bukak 10 atau pun 11 baru la kuat bunyinya...tak tau la kalau yang remastered version punya...

Seperti biasanya...twin guitar dari K.K. Downing dan Glenn Tipton tetap best cumanya trademark high-pitch Rob Halford memang kurang untuk untuk album ni...dia lebih banyak guna suara mendatar...tapi sedap jugak sebenonya...cekidot lagu "Burnin' Up"...ada kelainan dari segi vokalnya...mungkin kerana album ni sasarannya adalah pendengar USA...tu sebabnya ianya agak komersil mainstream berbading album2 sebelumnya contoh seperti Stained Class..



Dari segi lagu2nya...yang jadi favourite aku adalah "Delivering the Goods" dan "Hell Bent for Leather"...ni 2 lagu yang heavy sikit walaupun versi live dalam Priest...Live! lebih menarik sebenonya...yang lain2 bunyinya agak pop dan catchy...yang tak rock pun boleh suka...terutama "Evening Star","Take On The World" dan "Burnin' Up"....tu tak masuk cover Fleetwood Mac "The Green Manalishi (With The Two-Pronged Crown)" lagi tu...tapi memang sedap la layan...tak yah susah2 nak dengo ulang2 untuk hadam...

tapi macam aku cakap awal tadi...sebab utama aku beli cd ni asalnya adalah kerana "Before The Dawn"...dulu2 lepas subuh mandi nak pakai baju sekolah...ini adalah antara lagu yang memulakan hari aku...syahdu kalau dengo time pukul 5.30 pagi....lagu yang membuktikan kehebatan range vokal Rob Halford...bukan takat heavy yang jerit2...yang emotional macam ni sangat sedap bunyinya...

Rekomended untuk pengemar hard rock..

Thursday, December 1, 2011

J.S.A.

lama tak review wayang...Ok...yang ni bukan kat Astro HD...



J.S.A (Joint Security Area) - 2000

Walaupun aku menyampah ngan K-Pop...tapi tak semua yang benda korea tu mengarut...kereta,park ji sung dan awek2 nya ok aper...heheh...tapi seriously cakap...movie dia banyak jugak yang best...

aku start terlayan cerita korea bila temankan wife nengok drama Winter Sonata beberapa tahun yang lalu...feeling pulak layan cerita cintan tu sampai aku nak tau ada ker cerita2 wayang dorang yang best...ternyata memang ada...salah satunya J.S.A ni...

cerita ni berlatarbelakangkan kawasan DMZ (demilitarized zone)...ataupun sempadan antara Korea Selatan dan Utara...kisah bagaimana 4 orang askar pengawal (2 dari Selatan, 2 dari Utara) yang secara tak sengajanya menjadi sahabat baik...tapi bila persahabatan ini diketahui...maka jadilah kes pembunuhan yang tragik...yang mengegarkan perhubungan antara 2 negara yang sememangnya tengah bertelagah...

konsep cerita secara flashback ni pada aku memang sangat menarik...kita secara perlahan2 diperkenalkan dengan satu2 watak yang terlibat...membuatkan kita rasa dekat dengan watak2nya...merasai emosi2nya...jarang aku nengok cerita yang aku pun terbuai dengan emosi suka sedih tension sepanjang cerita...selalu aku rasa nak forward jer...

ni memang wajib tonton...memang terbaik...suka aku kat part last tu...sekeping foto yang boleh membawa seribu cerita...ni yang buat aku gian nak layan cerita korea lagi ni...

REKOMENDED!

Wednesday, November 30, 2011

hadiah

makbapaknya kalau tak pasal2 memang tak mampu nak beli bendalah ni...tapi anak punya pasal...terpaksa la jugak....harapannya dia makin bersemangat la nak belajo...dah terlepas janji...terpaksalah jugak ditunaikan..iskh...

ni hadiah 5A UPSR untuk anak aku...




sekurang2nya....dapat la jugak makbapaknya tumpang guna...tambah2 kalau dia dapat masuk asrama tahun depan...heheheh...


btw...tu hari jalan2 Danga City Mall...ada satu kedai tu tanya..."anak abang ni baru lepas UPSR ker?...tak nak belikan dia laptop...ni baru 2 org customer saya belikan anak dia buat hadiah"....mak aiii...dasat mak bapak zaman sekarang...hadiah mahal2...dulu zaman aku budak2 jangan harap ler...makbapak bukan orang senang la kan...kita pun paham2 sendiri tak berani nak mintak...ada la sekali aku dapat hadiah bmx...tu pun mungkin dorang kesian nengok majoriti kawan2 aku naik bmx...aku jalan kaki gi sekolah...aku punya senyum seminggu pun tak sudah...hihi...