Sambungan misi menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence kerana >INI<
The Hunger Games (2012)
Dah lama tau pasal The Hunger Games, bukan filemnya tetapi bukunya. Anak saya adalah salah seorang peminat novel remaja tulisan Suzanne Collins ni. Meng"download" filemnya pun atas permintaan beliau. Kalau tak kerana hendak menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence, pasti saya tak akan menontonnya.
Amaran dari anak saya, novelnya lebih bagus dari filem. Tetapi disebabkan saya tak pernah membaca novelnya, tak boleh lah saya nak bandingkan. Seperti Harry Potter dan Twillight, cerita adaptasi novel fantasi remaja begini sudah pasti sasarannya adalah untuk golongan remaja. Tetapi saya agak terkejut juga kerana ceritanya ada unsur keganasan iaitu bunuh membunuh. Tak pasti adakah ianya sesuai untuk remaja?
Ceritanya pada saya biasa-biasa sahaja. Ianya mengingatkan saya kepada filem The Running Man. Selian dari scene yang gambarnya bergoyang-goyang memeningkan kepala, sesuatu yang menarik dari filem ini pada saya adalah lakonan Jennifer Lawrence. Tidak syak lagi beliau pastinya akan menjadi bintang kelas A di masa hadapan.
Thursday, January 31, 2013
Wednesday, January 30, 2013
Tuesday, January 29, 2013
What Hits!?
Lagi koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (kes tersadai dalam draf dan malas nak siapkan)
Kaset yang dah20 21 tahun.
Red Hot Chili Peppers - What Hits!? (1992)
Mula terjebak mendengar RHCP adalah di masa album "Blood Sugar Sex Magik". Dari situ mula teruja untuk mendengar material mereka yang sebelumnya terutamanya album "Freaky Styley", "The Uplift Mofo Party Plan" dan "Mother's Milk". Maklumlah banyak terbaca review yang positif sehinggakan Sacred Reich pun tulis pasal mereka dalam lirik lagu 39 Flavors.
Disebabkan dulu tiada download, tiada youtube,maka kaset kompilasi ini sahaja yang dapat di jadikan bahan untuk ujikaji trial & error. Tambahan pula pada ketika itu video clip lagu "Behind The Sun" sering diputarkan di MTV sebagai lagu promosi untuk album ini. Dan saya amat tertarik dengan melodi lagu tersebut.
Kompilasi ini adalah himpunan lagu2 di zaman sebelum mereka menjadi popular (zaman Hillel Slovak, zaman EMI, sebelum zaman "Blood Sugar Sex Magik") kecuali "Under the Bridge", semua lagunya tidak pernah saya dengar sebelumnya.
Ternyata album ini tidak mengecewakan. Ianya adalah berbeza dengan RHCP yang kemudiannya seperti zaman One Hot Minute ataupun Californication. RHCP lama adalah sebuah band yang benar-benar berkonsepkan funk dengan elemen rap-rock dengan bass Flea yang meletop-letop
Banyak juga lagu-lagunya yang sedap antara yang jadi highlightnya adalah cover Stevie Wonder "Higher Ground", "Brothers Cup", "Johnny Kick a Hole In The Sky", "Behind The Sun"...
Kaset yang dah

Saturday, January 26, 2013
Vs Perak....lagi
(sekali lagi cadangnya nak tampal gambo tiket kat sini...sayangnya tiket kali ni takder tulis game apa...tarikh pun takder...malas aku nak tampal...tak best langsung kalau jenis yang rajin nak collect...)
FA Cup 25hb Jan 2013
Johor Darul Takzim 1 Perak 0
(Aidil Zafuan)
antara yang menarik...
1- Stadium tak sepenuh dan sesesak game liga super vs Perak dan ATM tu hari...masih ada ruang bahagian bawah kat belakang tiang gol...mungkin pasal game ni ada live kat Astro.
2- Bahagian tengah JDT nampak makin serasi...banyak control ball...defend pun makin bagus...cumanya masih tak nampak nak kenduri gol.
3 - Ada kucing masuk padang...tengah bersorak pasal kucing time tu lah JDT score gol...hasilnya aku tak nampak pun siapa yang score...hampeh betul...apsal la stadium kat Malaysia ni takder layar besar boleh replay...
4- Ada seorang penyokong Kelantan buat provokasi. Pakai jersey Kelantan duduk kat atas tembok tengah2 supporter Johor...Ni namanya berani tak bertempat. Nasib "This is Larkin"...tak kena baling...tak kena kepung...Bila hampir suku stadium jerit suruh bukak baju...dan dah ada yang datang nak bukak baju mamat tu...polis datang iring mamat ni keluar...bagus...takder yang buruk berlaku...kalau iyer pun nak menyokong agak2 la...ni bukan lawan Kelantan pun...ni namanya bangang dan saja cari pasal...
![]() |
| 1st time nengok bola ngan anak..ni anak aku yang no 2...memang kaki bola... |
"LUASKAN KUASAMU"
Thursday, January 24, 2013
House at the End of the Street
Menjejaki filem Jennifer Lawrence kerana >NI<
House at the End of the Street (2012)
Twist ending adalah elemen paling penting dalam filem2 horror zaman sekarang. House at the End of the Street juga tidak terkecuali. Selain hal lakonan, dengan plot dan jalan cerita sama yang dah berulang-ulang kali kita tonton, kekuatan twist endinglah yang membezakan sesuatu filem horror tersebut.
Selepas 10,15 minit awal lagi saya sudah tercari2 apakah twist yang akan berlaku kerana jalan ceritanya agak straight forward dan awal2 lagi telah ditunjukkan yang pembunuh yang membunuh di awal ceritanya masih hidup. Ini bermakna sudah pasti bukan beliau yang membunuh. Takkanlah filem ini semudah itu.
Ternyata tekaan saya benar. Walaupun twistnya agak menarik (saya hampir menekanya dengan tepat) tetapi filem ini agak kurang elemen seramnya. Mungkin pasal ianya lebih kepada filem thriller berbading horror.
Kesimpulannya ok ok ajer la...tak tengok pun anda tak rugi apa...kecuali kalau nak tengok Jennifer Lawrence macam saya :P

Wednesday, January 23, 2013
Monday, January 21, 2013
Evolusi
Lagi koret-koret entri tersangkut dalam draft dari tahun lepas
Album rock melayu yang dah10 11 tahun.
Viper - Evolusi (2002)
2002 adalah tahun-tahun yang saya kembali membeli kaset dan cd terutamanya band2 rock melayu. Sudah lupa bagaimana saya boleh terjebak membeli kaset ini. Mungkin juga atas faktor XPDC dan rasa ingin tahu bagaimana agaknya muzik Zuar selepas keluar dari XPDC.
Mungkin ini album balas dendam Zuar untuk membuktikan dia boleh bergerak sendiri tanpa XPDC. Lirik "Nekad" jelas adalah luahan yang terbuku di dalam hati beliau. Dia memilih untuk bermain gitar sambil menyanyi. Bukannya bermain bass semasa bersama XPDC. Sayangnya pada saya album ini agak kurang menjadi. Saya akui Zuar memang berbakat tapi lagu-lagunya tidak cukup kuat. Mungkin atas dasar itu lagu-lagu XPDC kebanyakannya hasil ciptaan Izo dan Mael.
Tetapi kelemahan yang ketara pada saya adalah vokal Zuar sendiri. Ternyata beliau bukanlah lawan Mael mahupun Ali. Growlnya memang tak menjadi. Pengunaan teknologi studio sedikit sebanyak membantu menutup kelemahan vokalnya. Rasanya cuma lagu Memori dan Nekad sahaja kot yang agak diketahui.
Senang cerita, eloklah dia kembali bermain bass dan bukannya menyanyi. Antara kaset yang akan hilang dimakan zaman.
Album rock melayu yang dah

Subscribe to:
Posts (Atom)