Tuesday, April 2, 2013

wasted

Kebelakangan ni banyak dengar balik band2 NWOBHM. Antaranya Def Leppard.


Bila dengar Def Leppard dulu dan sekarang memang banyak perubahan. Sekarang mereka hanyalah sekadar band pop rock yang lebih sikit rocknya berbanding Bon Jovi sekarang (Bon Jovi dulu pun heavy juga). Joe Elliot pun cakap Def Leppard bukanlah band metal dan tak mau dikaitkan dengan NWOBHM. Tapi kalau kita dengar-dengarkan balik album-album dan EP awal mereka, memang tak syak lagi...mereka sememangnya antara band awal pengerak NWOBHM.

Buktinya cuba dengarkan lagu bertajuk Wasted ni. Single pertama mereka dari album On Through the Night yang diterbitkan pada tahun 1979. Kalau ini bukan NWOBHM, tak tau la nak panggil apa lagi..

Thanks kepada youtube, dapat tengok video klasik ni...zaman awal Def Leppard bersama Pete Willis dan Steve Clark. Semua muka budak-budak lagi...

 Ni pulak Wasted masa Rock-Pop Fest 1983 di Dortmund...Ni Deaf ada burnkan aku dia punya dvd (thanks Deaf). Ni zaman Phil Collen dah gantikan Pete Willis.

Dan yang bawah ni pulak versi  Live at Donington tahun 2011. Best juga bila tengok mereka dah mula main balik lagu-lagu lama yang macam ni...paling best bila tengok Vivian Campbell menyolo part Steve Clark tu...baru lah nampak macam Vivian yang dulu...sayangnya bakat dia terbazir duk kat Def Leppard.


http://youtu.be/jzxz-J6jk7w

(aku tak berjaya nak upload video ni kat blog...klik ajer la...)




Monday, April 1, 2013

Vs Terengganu


Liga Super 30hb Mac 2013
Johor Darul Takzim 3  Terengganu 2
(Daniel Güiza 37'p,45' Nurul Azwan Roya 49')



Macam biasa...lambat update pasal bz dengan hal2 duniawi di alam nyata...

Antara yang aku perasan untuk di merapukan...

1 - Macam kebiasaannya musim ni, stadium penuh sesak...kena pulak cuti sekolah...ramai betul buat rombongan Cik Kiah bawak satu famili...termasuk lah penulis sendiri (heheh..). Kalau sebelum ni masuk pukul 8 masih banyak lagi seat kosong...sekarang jangan haraplah...kesian pulak tengok yang bawak anak kena berdiri sepanjang game...harap2 perancangan nak besarkan Stadium Larkin akan jadi kenyataan...dengo2nya lepas ni takder dah trek lumba lari tu...penonton rapat ke padang macam kat Pasir Gudang...baru la macam Old Trafford...ye tak...

This is Larkin!
2 - Aku rasa macam hampir setiap game...mesti petang dalam pukul 5 pukul 6 hujan lebat...lama dah tak jumpa main padang kering....seat stadium pun kalau tak bawak alas...memang basah la seluar...aku memang siap2 bawak surat kabar buat alas...

3 - Perkembangan baru yang baik...scoreboard stadium dah ada tulis dah senarai nama2 pemain...mungkin dorang baca blog aku komplen kot...heheh...harap2 lepas ni dorang tulis pulak siapa yang gol kan...kekadang kalau jauh tu bukannya nampak sapa score...dah la tak boleh replay...tengah nak bukak kan sampul burger anak...alih2 gol...aduhai...

4 - B.O.S macam biasa...meriah...cuma macam kali ni kurang lagu la...mungkin kat seat aku tak clear sangat kot...pasal seat tempat aku majoriti famili...so...kurang la nyanyi sama2 tu semua...satu yang aku perasan...kat area B.O.S kali ni kurang baling kertas resit roll...dan pembakaran flare pun lepas abis game...macam tak meriah la...bistu nak buat camner kan...dah FAM nak penonton tengok bola macam tengok wayang...nak buat camner kan....

Gol penalti Guiza
5 - Penyokong Terengganu boleh tahan ramai kalau nak banding ngan T-Team tu hari...mungkin ni pasukan negeri la kan...siap bawak gendang semua...tapi bila kena gol senyap...tu la kan...bukan senang setakat seratus dua nak lawan yang beribu punya suara...baru nyanyi sikit...satu stadium boo...mexican wave dorang sambung pun kena boo...tapi biasa la...penyokong Terengganu yang baca ni jangan ambik hati...adat la tengok bola...kalau hati tisu jangan berangan nak jadi penyokong...ye tak?...rasanya takder kejadian tak elok...semua ok...respek jugak kat dorang walaupun takat ni belum ada yang boleh celen penyokong  ATM yang menyanyi dari mula sampai abis...tak kira kalah ke menang...ramai pulak tu...maklum la kat JB ni ada 2 kem askar....satu lagi ada nampak gak bendera Kelantan kat situ...sabo beb...tak lama lagi lawan korang...ni pun kompen meriah...maklum la ramai orang kelantan keje Johor kan...

6 - Tentang game...ntah kenapa...dah macam badi...mesti kena dulu...asik2 nak kena buat comeback ajer...memang sakit jantung dibuatnya....pemilihan pemain dan taktikal Fandi masih tak berapa menjadi...defend masih teruk...bek kanan memang kena cepat2 tukar bulan 4 ni...Tuah tak berapa menjadi...best la jugak nengok ada pemain bangsa India main...lama dah tak tengok selain melayu dan omputeh main...tapi tak sampai berapa minit dah kena tukar...alahai...


7 - Safiq Rahim ada peningkatan...teruk juga dia kena kutuk sebelum ni kan...nampak ok dia main...Del Nero pulak macam terlalu mencuba...banyak gentel...akhirnya bola terlepas...mungkin terlalu nak membuktikan kemampuan dia...maklum lah dah ada rumour dia kena tendang bulan 4 ni kan....tapi Awe memang thumbs up!!!...ntah bila Rajagopal nak bukak mata aku pun tak tau la...

8 - Overall...main ok...tapi tu la...balik2 menang tipis...ntah hapa nasib ntah....masih tak berapa nak menjadi...tapi ok la...no 3 selepas abis setengah musim....dan sekurang2nya masih tak kalah lagi kat Larkin...

Pretty in Pink



"Luaskan Kuasa Mu!"




Wednesday, March 27, 2013

Piece Of Mind

Lagi album klasik yang dah 30 tahun.


Iron Maiden - Piece Of Mind (1983)

Seperti Kill 'Em All, Piece of Mind juga adalah satu lagi yang sering disebut-sebut sebagai yang terbaik dari tahun 1983. Oleh kerana masa tahun 1983 tu, saya masih seorang peminat New Wave Of British Heavy Metal, Duran Duran Spandau Ballet Culture Club dan lain-lain, saya cuma mengetahui keujudan album ni 2,3 tahun selepas itu.

Kaset cap "Apache"nya pula saya beli saing dengan kaset "The Number Of The Beast" pada tahun 1987. Sayangnya saya dah kehilangan kedua-dua kaset tersebut. Walaupun saya meletakkan POM di kedudukan ke 5 album pilihan Maiden saya selepas SIT, SSOASS, PS dan TNOTB, tapi perlu saya akui. POM adalah antara album Maiden yang saya suka kesemua lagu-lagunya, jenis kalau dengar memang tak der fwd fwd...memang takder filler...


Kekuatan album ini pada saya adalah melodinya, gitar harmoni yang merata-rata, chorus yang sangat-sangat catchy sehinggakan lagu yang ramai anggap paling kurang best dari album ni, "Quest For Fire" pun chorusnya tersangatlah catchy. "Where Eagles Dare", "Revelations", "Flight of Icarus", "Still Life" adalah antara lagu yang sampai sekarang pun tak pernah jemu2 saya dengar. Manakala "The Trooper" pula adalah lagu Maiden yang pertama saya belajar dan berjaming.

Gambar Eddie didalam kaver album ni pernah saya gunakan sebagai lukisan ilustrasi saya untuk sebuah sajak  berkenaan dadah dalam buku tahunan sekolah saya. (saya di lantik menjadi pelukis ilustrasi bersama untuk majalah tahunan sekolah). Sayangnya saya tak pasti kemana ntah hilangnya buku tahunan tersebut. (nak kena cari kat kampung ni...)


 Rasanya jika anda seusia dengan saya, bukan Metallica, bukan Megadeth maupun Slayer...tapi Iron Maiden dengan album seperti Piece Of Mind lah yang menjadikan anda sebagai seorang mat rock . Mungkin anda perlu berada disitu untuk memahamai apa yang generasi saya rasakan...mungkin kerana itu (dan sedikit rasa bias di hati) saya sering merasakan Piece Of Mind adalah album pilihan saya untuk tahun 1983.


REKOMENDED!





Monday, March 25, 2013

Rock Oo!




Rock Oo! (2013)

Entri ni bukanlah bertujuan nak me"review" sangat. Nak baca review aku rasa dah melambak2 dah blog lain buat (ni aku perasan masa nak search gambar poster kat atas tu)... nak baca review dari metal blogger pun boleh jer baca kat blog Xyrus Zone...(btw nice review bro)

Cuma nak sentuh beberapa perkara ajer...(kepada yang belum tengok...jangan takut...tak der spoiler..)

1- Cerita ni memang lawak...kalau anda biasa dan suka dengan komedi kartun Mamat Khalid...tentu Rock Oo! tak jadi masaalah...dah memang trademark filem dia macam tu kan....banyak adegan yang buat aku tersengeh...thumbs up!...cumanya sama seperti filem Rock (2005) aku mengharapkan ianya tidaklah kartun sangat...jalan cerita dah bagus dah...tapi bila dah kartun sangat...jadi kurang sikit la...tapi nak buat macamana...dah trademark di gitu kan..an..an...

2- Pasal kostume...aku rasa kekadang macam over sangat....atau mungkin memang Mamat Khalid saja jer buat camgitu...dia memang suka parodi kan...satu lagi rambut palsu tu...dari Rock (2005) pun...sungguh irritating...mungkin sekali lagi ianya hanyalah parodi Mamat Khalid...

3- Dari segi lakonan...Que Haidar dan Khir Rahman memang bagus...jalan cerita pun bagus...sayangnya aku rasa penghujung ceritanya macam terlalu cepat...macam nak cepat2 abis...aku rasa kalau cerita ni panjangnya 2 jam pun takder siapa nak komplen...mungkin budget constraint kot...

4- Rock Kapak (aku tak tau mana datang term ni...dulu2 masa 80an tak pernah ujud pun)..menurut filem ni rock kapak mati selepas tahun 1990...selepas kes potong rambut...kes gomen haramkan rock...sebenarnya aku tak berapa nak setuju sangat dengan statement ni...kalau di barat...hair/glam metal mati pasal grunge...tapi kat kat Malaysia ni mati pasal masuk tahun 1990...ujudnya kumpulan2 rock majalah..jenis takat pandai bergambar kat majalah...main muzik hancus...rakaman pun orang lain main, main lagu2 meleweh...cintan...satu album cuma ada 2,3 jer lagu heavy...lain semua leleh...mungkin jugak salah syarikat rakaman dan media...rock terus parah bila munculnya kumpulan2 huruf "S"...Spring,Spoon,Scoin,Scan dan ntahapahantah lagi....yang lebih menonjolkan lagu leleh....peminat rock sebenar (penulis antaranya) jadi meluat dan mula mendengar muzik yang lebih keras...thrash, death metal dan munculnya berderet2 band2 underground...itulah punca yang sebenarnya...mana nak jumpa band yang betul rock lepas 1990...SYJ (Sofea) yang ganas dari Hati Syaitan, Anak Liar pun jadi lembik dengan Mimpi dan Airmata....semua jadi leleh...filem ni pun sama...lebih banyak mempromosikan lagu2 leleh...mana lagu2 heavy???...sampaikan generasi sekarang kenal Rock Kapak adalah lagu "Suci Dalam Debu"...hampeh!!!...

Ok la...tu ajer...sekurang2nya nengok cerita ni boleh la bernostalgia 80an...paling seronok bila nengok poster2 yang tertampal...ada yang dulunya aku ada...bab2 ni memang betul2 mengamit memori...


REKOMENDED walaupun anda bukan mat rock pun..



Friday, March 22, 2013

Kill 'Em All

Album klasik yang dah 30 tahun.


Kill 'Em All - Metallica (1983)

Boleh dikatakan majoriti peminat metal akan memilih album ini sebagai album terbaik untuk tahun 1983. Siapalah saya untuk menafikannya. Tak kisah la berapa meluat dan menyampahnya anda kepada Metallica sekarang tetapi Kill 'Em All memang hebat.

Saya bukanlah genarasi awal yang mendengar Metallica. Tahun 1983, saya masih kemaruk Duran Duran. Mula  benar-benar meminati metal menjelang tahun 1985. Tu pun metal bagi saya adalah band-band seperti Iron Maiden, Dio, Ozzy, Twisted Sister,Motley Crue, Quiet Riot dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Pertama kali mendengar Metallica (album Master Of Puppets), saya dah rasa kelainannya. Kemudian bila berpeluang mendengar Kill 'Em All, ianya membuatkan saya tergamam...takut pun ada....tapi takutnya tak sama macam pertama kali mendengar Mercyful Fate...ni memang seram...band setan ni...iyerla...tu jam saya masih budak-budak...heheh...tapi Kill 'Em All buat saya rasa takut yang mengujakan...tak sangka muzik boleh dimainkan seberat..seaggressif...selaju itu...kemudiannya saya tahu inilah yang dikatakan thrash.


Saya tak jumpa mana-mana album Metallica di"apache"kan, sebab itu saya hanya memiliki kaset album ni pada tahun 1990, masa zaman thrash tengah meletup di Malaysia. Polygram Malaysia ada meriliskan balik semua album2 Metallica dalam bentuk kaset. Sebelum tu memang harap kaset dubbing dari member ajer la.


Banyak lagu yang saya suka. "Seek And Destroy" adalah lagu pertama Metallica yang saya belajar dan berjamming. Paling tak lupa pertama kali mendengar lagu "(Anesthesia) - Pulling Teeth"...pergh...macam tak caya sound tu datang dari gitar bass. Disebabkan dulu saya main bass, otomatik Cliff Burton menjadi idola saya selain Steve Harris.


REKOMENDED!



Tuesday, March 19, 2013

Dewi

Dipetik dari FB Belantara

Q - "Any chance of getting re-issues of your 3 albums, brothers?"

Shukri Salleh - "in the works, i think. Soon, very soon"

Zaid Yusoff - "Insyallah, hopefully, in a month time, together with Belantara official website. Shuk is pushing hard at this.."


Berita gembira buat peminat2 Belantara macam aku…kalau berita ni datang dari mereka sendiri…Insyallah konpem la kot…lama dah tunggu Belantara, Srikandi Di Sisi dan Infiniti dalam bentuk cd.

Buat sesiapa yang tak kenal Belantara, dulu aku ada buat review sikit pasal album pertama mereka kat >SINI<...yang respeknya mereka turut serta memberi komen...thanks bro.

Sambil tu aku nak share satu lagu dari album pertama mereka yang cukup aku suka. Dari segi melodinya...guitar worknya....memang awesome!
Ni antara lagu dari zaman sekolah...zaman kat ITM...bila lepak ramai2 pegang gitar tong...walaupun kawan sekolah ngan kawan ITM orangnya lain...bila sebut main lagu Belantara...konpem semua nak lagu ni...macam ada perjanjian pulak...ni memang antara lagu favourite aku...DEWI


*masa aku buat entri pasal Belantara ni dulu...susah betul nak jumpa lagu2 mereka kat youtube...sekarang dah banyak dah....harap2 projek cd mereka akan menjadi kenyataan...