Thursday, February 6, 2014

1994

20 tahun dah berlalu...


1994 adalah tahun yang menarik jika anda peminat grunge atau alternative atau mungkin juga black metal. Tetapi tidak bagi peminat heavy metal seperti saya. Tak banyak album menarik yang diterbitkan. Ini adalah permulaan tahunnya yang saya mula kurang berminat dengan muzik metal semasa. Adalah sedikit terjebak dengan grunge dan sebagainya. Tetapi minat mendengar muzik metal saya tidak lagi sefanatik seperti ketika berusia belasan tahun. Mungkin oleh kerana itu jiwa dan selera muzik saya masih tertinggal di tahun-tahun 80an.

Ini adalah antara album yang suka dari tahun tersebut. Kebanyakannya dulu dalam betuk kaset. Sedang cuba sedikit demi sedikit meng"upgrade"kan dalam bentuk cd. LP tidak mungkin kot. Tak larat nak bermula dari kosong semula.



Tuesday, February 4, 2014

Objection Overruled

Lagi dari draft yang terperuk dari tahun lepas...

Album heavy metal yang meyambut ulang tahun ke 20 21


Accept - Objection Overruled (1993)

Accept adalah band heavy metal yang sangat underated. Kalau sebut band-band heavy metal asal dari Jerman, selalu yang diingati hanyalah Scorpions dan Helloween. Padahal mereka adalah antara pencetus awal untuk genre speed/power metal.

Objection Overruled bolehlah dikatakan sebagai album re-union Udo Dirkschneider bersama Accept. Selepas kali terakhir bersama mereka ketika album Russian Roulette (1986). Oleh kerana itu juga mereka back to basic. Tak kisah lah awal 90an tu dunia mainstream kemaruk dengan grunge atau groove metal. Accept kembali ke zaman awal 80an.

Banyak juga rif-rif yang seakan-akan dari zaman Ball to the Walls ataupun Metal Heart. Itulah adalah zaman kemuncak mereka. Mereka cuba untuk kembali ke zaman itu. Sayangnya tiada mesin masa yang boleh mengulang zaman lalu. Mungkin di gemari oleh peminat tegar dan mereka yang tersangkut di era 80an tetapi bukannya untuk zaman semasa. Sebab itu lah banyak band yang berevolusi supaya dapat kekal relevan.


Pada saya banyak lagu dan rif-rif yang sedap. Sayangnya mungkin ianya dah terlampau biasa. Ianya jenis bila dengar....sedap!...tetapi bila habis tiada satu pun yang melekat di kepala. Jangan salah sangka. Ini album heavy metal yang sangat bagus sebenarnya. Mungkin lebih bagus dari album awal mereka Restless and Wild contohnya. Tetapi sayangnya diriliskan pada masa yang salah.

Kalaulah ianya diriliskan pada awal 80an. Saya yakin album ni pasti akan menjadi antara yang disebut dalam sejarah heavy metal...

Sesuai hanya untuk mereka yang gemarkan muzik heavy metal 80an.




Monday, February 3, 2014

Vs Terengganu PBDKT T-Team

Piala FA 01hb Februari 2014

Johor Darul Takzim 2  T-Team 1
(Luis Figueroa 15′, 20')
(keputusan separuh masa pertama - perlawanan ditangguhkan)


Memang tak best kalau sesuatu perlawaan bolasepak itu lebih diingati kerana sesuatu yang berlaku bukan sebab bolasepak. Tapi apa nak buat perkara dah terjadi. Aku mengambil sedikit masa untuk membuat entri ini kerana aku sendiri pun nak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Sebenarnya memang pelik. Kami di stadium tak nampak apa-apa kejadian ganjil pun. Semasa game semua ok. Aman damai ajer. Takder pula gaduh-gaduh ker apa. Yang kami tahu memang majoriti dari kami termasuk pemain memang tak puas hati dengan mutu pengadilan. Itu ajer.


Tapi bila semua pemain JDT dah keluar untuk memulakan masa ke2 tetapi pemain-pemain T-Team tak juga muncul-muncul, aku dah agak dah mesti ada sesuatu yang tak kena. Kesian kami di stadium tertunggu-tunggu. Tak ada apa-apa pengumuman pun. Bila dah 10.30 malam, nampak jurufoto akhbar dah kemas barang, budak pungut bola pun dah blah dan pemain-pemain JDT dah pakai jaket dan melambai-lambai ke sekeliling stadium. Aku dah rasa yang konpem perlawanan tak akan disambung. Time tu penonton dah start balik termasuklah aku.

Masa aku dah kat luar stadium barulah terdengar pengumuman yang perlawanan ditangguhkan. Tiada penjelasan kenapa dan apa yang berlaku. Memang semua penonton pun tertanya-tanya. Aku buka facebook baru tau adanya kes gaduh kat terowong bilik persalinan. Orang yang kat luar stadium lebih tau apa yang berlaku dari kami yang di dalam stadium rupa-rupanya.


Sedikit coretan pasal perlawanan tersebut.

1 - Stadium macam biasa penuh. Tapi yang menariknya pertama kali aku terserempak dengan 4 orang peminat berbangsa cina. Yang kaum india dah biasa dah. Semua berjersi JDT yang perempuan siap ada nama kat belakang jersey. To Jennifer, i respek you.

2 - Yang agak lawak brader kat depan aku bagi arahan untuk kawannya yang berada kat bawah menggunakan handphone. Dengan suara kuat memberi arahan pandang ke kanan sedangkan sepatutnya suruh pandang ke kiri. Sampai sudah pun kawannya tak akan nampak.Kami disekeliling dengan sporting menjerit dan melambai ramai-ramai dengan arahan yang betul. Kesian pulak aku tengok brader dan kawannya tu pulak yang tersipu-sipu malu...hahaha...

3 - B.O.S ada beberapa lagu baru untuk pemain. Antaranya lagu untuk Pablo Aimar dan Luis Figueroa.

4 - Bosan menunggu game tak mula, selepas lagu FAM Bangsat...keluar pula lagu "Kami bayar tiket 10 ringgit"...siap satu stadium keluarkan tiket melambai sambil nyanyi bersama-sama. Bosan lagi keluar pulak lagu "Esok kami kerja"...hahaha...dalam kebosanan menunggu...benda-benda macam ni lah dapat menghiburkan hati...memang rasa meriah...tambah pulak lepas tu semua main flashlight handphone...memang nampak cantik la...

Senang cerita secara kesimpulannya, pemainan masa pertama memang best. Main cantik. JDT control game abis. Yang tak bestnya mutu pengadilan masih hampeh. Tackle2 keras macam masa lawan Lions X11 terus berleluasa. Penonton pun meriah dan sporting. Lebih meriah dari geme tempohari. Sayangnya game pulak tak abis...

Tak berani nak tuduh sesiapa tetapi dari sumber orang yang berada di tempat kejadian (bukan sumber dari internet) dapat aku rumuskan takder angin tak akan pokok bergoyang. Kerana mulut/perbuatan badan binasa. Tak ada sesiapa membeli jika tiada yang menjual....tunggu ajer la apa keputusan FAM...


"LUASKAN KUASAMU!"



Thursday, January 30, 2014

Cuts Like a Knife

Lagi yang tersangkut dari draf tahun lepas...

Antara yang mengamit memori dari 30 31 tahun yang lalu..


Bryan Adams - Cuts Like a Knife (1983)

Mendengar lagu "Cuts Like a Knife" dan "Straight from the Heart" dari album ini benar-benar mengembalikan memori saya di zaman budak-budak. Ketika itu (1983 dan 1984) abang saya cukup rajin mendengar lagu-lagu inggeris dari radio 1 Singapura. Disebabkan kami berkongsi bilik, apa yang beliau dengar secara otomatiknya menjadi pendengaran saya juga.

Terasa diri sangat advance ketika itu. Apakan tidak, ketika rakan-rakan sekelas saya sibuk menyanyikan lagu-lagu Alleycats, saya sudah pandai menyanyikan lagu Duran Duran. Maklumlah budak felda seperti saya. Manalah ada yang dengar lagu orang putih. Rancangan Saturday Spin kelolaan Roger Kool adalah antara rancangan kegemaran kami. Manakala rancangan permintaan pula adalah tempat untuk kami merakam lagu-lagu kegemaran kami. Paling tak suka selalu bab intro ada jer suara dj jadi pengacau...hehehe...

Walaupun saya banyak didedahkan dengan lagu-lagu new wave, tetapi jiwa saya cukup tertarik dengan lagu-lagu yang guitar oriented. Makanya lagu-lagu Bryan Adams menjadi pilihan. Mungkin itu petanda awal yang saya sukakan muzik rock. Lama dah saya cuba mencari album ini. Ebay dan Stok E sekali lagi membantu. Dengan harga yang tak sampai pun RM14...memang pucuk dicita ulam mendatang la...


Dengan ini saya sudah hampir mempunyai kesemua album kegemaran dari zaman hard rock beliau. Reckless, Waking Up the Neighbours malah kompilasi So Far So Good. Yang lainnya saya kurang berminat. Album-album selepas itu beliau sudah jadi meleweh dengan lagu-lagu balada pop rock.

Ini adalah album yang memperkenalkan beliau di peta dunia. Mungkin ada yang tidak tahu, lagu "Don't Leave Me Lonely" adalah lagu ciptaan beliau bersama drummer KISS, Eric Carr. Beliau terlibat dalam proses penciptaan lagu untuk album KISS - Killers (1982). Lagu "Don't Leave Me Lonely" asalnya hampir digunakan untuk album KISS - Creatures of the Night.

Zaman terbaik Bryan Adams. Sekurang-kurangnya untuk saya...

"Everywhere I go, the kids want to rock..."









Wednesday, January 29, 2014

Vs Lions XII

Liga Super 28hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 2  Lions XII 2
(Luis Figueroa 27′, Pablo Aimar 41′)

Macam biasa...coretan ringkas..


1 - Hari bekerja...stadium takder lah sendat macam lawan Perak. Bahagian bawah area score board kat pagar tu ada yang kosong. Rasa selesa sikit. Tangga pun takdalah orang duduk. Senang la kalau nak turun naik pun. Kan best kalau setiap game selesa macam ni.

2 - Nampak ada banyak tong sampah disediakan. Baguslah...dulu jangan harap. Tapi kat kawasan tepi pagar. Susah juga kalau nak buang sampah kalau time stadium sendat. Sekurang-kurangnya pun kalau susah nak pergi tong sampah pun ikat la sampah korang dalam plastik. Senang sikit pekerja nak bersihkan nanti. Kalau bersih kita nak duduk pun selesa. Bagus juga dah takder budak-budak jual kuaci. Kulit kuaci memang bersepah.


3 - Disebabkan kerja dan kena ambil anak dulu, aku sampai dah dekat maghrib dah. Suasana tak jem sangat. Parking pun tak susah. Mungkin ramai orang pun macam aku datang lambat jugak. Tapi kalau hari sabtu jangan harap nak suasana aman damai macam ni. Sesak dari Terminal Bas Larkin pun dan sangkut.

4 - Disebabkan aku masuk lepas maghrib. Port yang cantik-cantik semua orang dah kebas. Tinggal belah bawah scoreboard. Nasib juga tak bawah sangat. Situ memang suwey. View terlindung pagar. Tapi tempat aku duduk pun kalau bola leret tak nampak. (rujuk gambar di atas) 1st gol JDT tu aku tak nampak pun bolanya. Orang jerit gol...aku pun ikut jer la...

Kawasan kosong tu kawasan season pass...dah pukul 8 pun kosong lagi...untunglah dorang bolah datang lambat ngam sebelum game. Seat bernombor takder siapa boleh ambik.

3 - Tentang game. Frust jugak la cuma seri. Main dah cantik. Midfield memang control abis. Tapi penyudah hampeh. Dah masuk kawasan penalti tarik belakang balik. Ntah bila nak try ntah. Aku makin rasa gaya dorang main dah macam arsenal dan team2 spain. Bosan beb. Aku nak tengok gol bukan takat main cantik ajer. Tu pasal aku lebih suka bolasepak inggeris. Main laju...tak ngantuk tengok...

4 - Lions XII ni boleh tahan bagus walaupun muda-muda. Aku ingat Baihakki dah takder senang la sikit, Rupa-rupanya yang ganti dia pun besar-besar dan tonjang-tonjang belaka. Apa orang Spore ni makan Deaf?...hehehe...Aku rasa kalau 1st half tu dorang lebih main bola daripada nak taji kaki orang mungkin dorang ada can lebih nak menang. Apa-apa pun tahniah la Fandi.

5 - Takper lah mungkin JDT takder nasib. Dorang belum panas dan serasi. Bagi masa sikit la. Tapi aku suka Fazly Mazlan bek kiri JDT tu. Dalam ramai-ramai dia yang bukan star. Tahun lepas cuma main untuk Piala Presiden. Cool jer mamat ni. Ada potensi besar. Ni  buktikan dalam JDT tak kira siapa star kalau main hampeh kau memang duduk bangku simpanan la...

6 - Sabtu ni ada Piala FA. Misi balah dendam dengan T Team. Tapi tak pasti aku dapat pergi tak. Akak Ipar aku ada buat kenduri. Tengok la camner nanti...

7 - Ok dah....oh ye...budak-budak sokong Man Utd dah boleh keluar dari gua dah...RVP dan Rooney dah main balik. Tambah pulak adanya Mata. Harap layak Champion League jadi la....Tapi aku tengok Arsenal pun dah goyang dah...gayat kot jarang-jarang duk atas...hahaha...


***Hari ni birthday orang rumah...Happy Birthday Dear...



Monday, January 27, 2014

Oriental Village

Sambung pasal cerita kat Langkawi bulan lepas.



Antara benda yang dulunya aku pergi Langkawi belum ujud adalah cable car. Tetapi sebelum boleh cerita pasal cable car kena cerita perihal Oriental Village ni dulu pasal kalau nak naik cable car mesti kena masuk tempat ni dulu.


Oriental Village ni terletak di kawasan Pantai Kok iaitu di kaki Gunung Mat Chincang. Sinilah gateway untuk menaiki cable car ke puncak Gunung Mat Chincang. Memang takder laluan lain...mesti pergi sini untuk naik cable car.


Jangan bimbang...masuk free...tapi benda-benda lain kat dalam ni termasuk toilet takder la free...hehehe...


Dia macam satu pekan yang tersendiri...ala-ala macam Bukit Tinggi. Ada kedai-kedai, hotel, tasik dan macam-macam aktiviti yang disediakan. Yang penting sediakan ajer duitnya. Contohnya aktiviti menunggang gajah yang mahal giler. RM80 untuk beberapa minit...pergh!!!


Aktiviti yang paling murah sekali ialah bagi ikan makan...tu singgit jer sepeket..hihi...


memang cantik tempat ni...tapi time tengahari memang panas giler...cuma harap penyelengaraan tempat ni berterusan...takat masa aku pergi ni memang cantik dan bersih...


Ada macam-macam la kat sini...termasuklah aktiviti lasak outdoor macam ATV dan Segway. Boleh juga menonton wayang 6D kat panggung 6D Cinemotion (ntah manarupa 6Dnya aku pun tak tau..). Tengok galleri harimau, rama-rama dan boleh main naik turun jambatan pasal kalau tak silap aku 6 jambatan yang merentasi tasik kat sini ternasuklah jambatan gantung macam kat bawah ni.


Sebenarnya kalau nak jimat masa tak nak kena tunggu lama beratur untuk naik cable car, ada baiknya duduk jer kat sini. Ada Geopark Hotel tapi tak pasti ok ke tak pasal tu hari aku nak tidur sini tak dapat pasal dah penuh dah..


alamak...belum cerita pasal cable car pun dah panjang entri ni....nanti-nanti jer la sambung lagi...



Friday, January 24, 2014

Holy Diver - Live

Lama dah cari cd ni....


Dulu masa buat entri sempena 30 tahun >SINI< pun ada cerita pasal ni...tak sangka pula terjumpa dengan harga yang tak masuk akal RM18++....(e-stock rules!!!!)


Ni bukan nak review pun...tapi Holy Diver ni banyak kenangannya...mungkin bukan yang terbaik dari Dio...tapi dia punya influence tu sampai ramai budak-budak melayu zaman 80an jadi mat rock...termasuklah yang menulis ni...


Walaupun yang main ni bukanlah klasik line-up Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice tapi ada antara lagu-lagunya Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright pukul abis dari yang ori...

Rudy Sarzo dan Simon Wright tu memang dah lejen la kan...tapi yang paling menarik Doug Aldrich la...dia cuma penganti ajer....main pun sebab Craig Goldy injured...tapi dia punya solo memang anytime boleh beat Vivian Campbell dan Craig Goldy...hebat!


Best la dorang main lagu Rainbow dan Black Sabbath....Gates of Babylon dan Sign of the Southern Cross yang jarang-jarang tu kan...tapi pada aku kalau dia main satu dua lagu-lagu dari “Sacred Heart” dan “Dream Evil” lagi best...dan nasib ada "We Rock"...yang pada aku lagi best gitarnya dari yang ori...

Doug Aldrich > Vivian Campbell   (tambah-tambah pulak sejak dia main pop dengan Def Leppard...hahaha..)