Monday, February 9, 2015

Measured By The Richter Scale

Lagi yang dah 20 tahun...


Stompin' Ground - Measured By The Richter Scale (1995)

Ini bukan band mat salleh. Tetapi sebuah band anak melayu yang berasal dari negara jiran Singapura. Mereka bukannya band metal ataupun thrash. Tetapi mereka adalah antara pelopor muzik hardcore di Singapura. Seangkatan dengan band-band "Lion City Hardcore" yang lainnya seperti Opposition Party (saya pernah buat entrinya dulu di >SINI< ) dan Global Chaos.

Saya pun tak pasti kenapa syarikat rakaman Pony Canyon melabelkan kaset mereka sebagai "thrash". Biasalah...seperti yang pernah saya katakan dulu, pada awal-awal tahun 90an...jika anda memakai baju hitam "bon jovi" sekalipun orang akan gelar anda mat thrash...hahaha..

Sejujurnya tak banyak yang saya ketahui tentang band ini. Maklumlah saya bukannya pengemar muzik hardcore. Saya membeli kaset ini dulunya kerana terpengaruh dengan ulasan dan coverage yang diberikan kepada mereka oleh majalah BigO. Sebuah majalah muzik dari Singapura yang ujud masa awal 90an dulu.


Kalau tak silap, Saudara Deaf masih simpan cd kompilasi  "Lion City Hardcore" terbitan majalah BigO. Stompin' Ground turut terlibat dalam kompilasi tersebut. Saya pun tak pernah ada ataupun dengar cd tersebut. Maklumlah, hardcore bukannya makanan saya. Harap Deaf rajin-rajin la kembur koleksi dia tampal kat blog...heheh...

Ini sebenarnya khazanah dan sejarah muzik Singapura. Album ini pernah menduduki tangga no 2 dalam carta Billboard Australia Metal Charts di belakang album Roots dari Sepultura. Mereka jua pernah menjadi band pembuka untuk nama-nama besar band hardcore antarabangsa antaranya Fugazi, Buzzcocks dan Sick Of It All.

Tak pasti adakah mereka masih aktif. Tetapi bolah sahaja cari mereka di Facebook - StompinGroundSingapore.




Friday, February 6, 2015

The Grand Budapest Hotel

Filem ke 3 yang di tonton untuk senarai pencalonan filem terbaik anugerah academy 2015.


The Grand Budapest Hotel (2014)

Banyak ulasan yang mengatakan ini antara filem terbaik untuk 2014. Selepas menontonnya saya sememangnya tidak akan membantah. Ia dah pun ditayangkan di Fox Movies Premium HD Astro. Tak payah susah-susah nak cari link untuk download.

Awalnya saya menjangkakan ianya kisah perjalanan hidup seharian di hotel. Tetapi saya tersilap. Rupa-rupanya ianya adalah sebuah cerita dalam cerita.

Kisah seorang tua (tuan punya hotel) yang menceritakan kisah hidupnya kepada seorang penulis yang menghasilkan buku best seller bertajuk The Grand Budapest Hotel. Kita akan dibawa untuk kembali ke tahun 1932 untuk mengikuti pengembaraan seorang "lobby boy" bernama Zero Moustafa bersama boss merangkap mentornya yang bernama Monsieur Gustave.

Monsieur Gustave mempunyai perangai suka menjalinkan hubungan dengan wanita-wanita tua dan kaya yang menginap di hotel tersebut. Segala pengembaraan cerita ini bermula apabila salah seorang daripada  wanita tersebut meninggal dunia.

Pada saya filem ini ada segala-galanya. Pengembaraan, seks, penipuan, pembunuhan, cinta, perang dan juga persahabatan. Tambah menariknya ia dipenuhi dengan unsur-unsur "dark comedy". Kadang-kadang humor yang datang dari tempat-tempat  dan masa-masa yang tidak dijangka.

Tambah menarik  majoriti pelakonnya adalah bertaraf A. Ralph Fiennes, Adrien Brody, Willem Dafoe, Jeff Goldblum, Jude Law, Edward Norton, Bill Murray dan Owen Wilson (sekadar menyebut beberpa nama). Tetapi kredit patut diberikan kepada pelakon baru yang melakonkan watak Zero, Tony Revolori. Lakonan beliau yang bersahaja memang berjaya membuatkan saya tertarik.

Walaupun begitu, saya rasakan filem begini bukanlah untuk semua orang. Tak ramai kan yang boleh hadam filem-filem Wes Anderson contohnya seperti The Royal Tenenbaums dan Moonrise Kingdom. Tetapi bagi saya, The Grand Budapest Hotel cukup menghiburkan.

Terbaik!





Thursday, February 5, 2015

Vs BENGALURU FC

AFC Champions League 
Preliminary Round 1
04hb Februari 2015


Johor Darul Ta'zim 2  Bengaluru FC (India) 1
( Harris Harun 47', S. Chanturu 96')
selepas masa tambahan


1 - Perlawaan pertama saya untuk musim ini. Hari tu masa Piala Sumbangsih vs Pahang tak dapat turun kerana terpaksa ke Mersing untuk menghantar anak balik asrama.


2 - Ada beberapa perubahan keadaan di Larkin berbanding musim lepas. Antaranya lampu makin terang. Pagar di bawah dah diganti dengan pagar cermin yang lebih rendah. Tak la menghalang penglihatan yang duduk di bawah. Tapi kalau bola leret tetap apa pun tak nampak pasal kena lindung dengan LED board tu.

3 - Tempat duduk pemain simpanan pun dah lain. Jenis dalam tanah. Tetapi yang paling nampak lainnya bab marshall stadium  ni la.


4 - Rasa macam kat EPL la pulak. Yang jaga bawah tu takder can la nak tengok bola. Semua kena ngadap ke penonton. Penat juga kena berdiri sepanjang game kan...


5 - Pertama kali duduk kat kawasan B.O.S. Memang meriah. Walaupun "overtime" nyanyi 120 minit pun tetap masih steady. Untuk AFC, dorang siap nyanyi lagu omputeh...heheh..

6 - Sejak ada marshall ni best sikit. Orang tak boleh nak booking seat. So takder la tengok dari jauh macam kosong. Sampai dekat oarng dah booking letak beg la, mafla la, air la...tension jer...Kalau datang lepas maghrib pun masih ada can ler untuk dapat tempat duduk.

7 - Tambah ini game AFC. Peraturan ketat. Tak boleh duduk atas tangga atau kaki berjuntai kat ruang atas tu. Baru best. Rasa macam kat EPL. Lagipun dari segi keselamatan ini memang bagus. Nak pergi toilet pun senang. Takder terkial-kial nak lalu celah orang.

8 - Harap perlawanan liga super pun ikut undang-undang macam ni. Tapi malam tadi cuma 17,400 lebih penonton ajer. Hari kerja la kan. Kalau sendat macam biasa rasanya takder pilihan kot tetap kena duduk atas tangga. Ni tanggungjawap pihak stadium la jangan jual tiket lebih kapasiti.


9 - Jenuh juga kena gol last minit. Tak pasal-pasal kena tambahan masa. Dah la perut kebulur lapar. Musim ni takder orang jual "burger keras" dalam stadium. Orang jual air kat dalam stadium pun sold out. Sabar jer la...kebulur sepanjang game...hahaha..

10 - Nak buat macamana. Standard liga dan ranking Malaysia teruk. Kena la main preliminary round untuk layak champion league. Bukan satu...tapi 3 round. Ni minggu depan lawan kelab Thailand. Lepas tu kalau memang kena pulak lawan kelab dari China. Menang tu baru layak. Jenuh la banyak game.

11 - Malam tadi banyak peluang untuk gol. Tapi nasib tak baik. Mungkin baru awal musim. Player pun belum panas. Tapi memang nampak semua pancit la kena main 120 minit. Tapi tak kisah la...yang penting menang.


12 - Satu aku nak komplen adalah keadaan tandas dan tempat nak ambil air sembahyang. Tak banyak. Dah tu tandas pun sumbat...air meladung kat lantai. Pulak tu air pili tu halus bebeno. Memang masalah nak ambil air sembahyang.

13 - Tapi bab surau memang patut kena puji la. Luas. Ni pertama kali berpeluang ke sini. Biasa sembahyang kat luar stadium. Maklum la tak pernah masuk ikut pintu B (kawasan B.O,S).

kali ni takder gambar kepala anjing...hahaha..
14 - Itu ajer la kot. Ni jer yang teringat buat masa ni. Tulis panjang-panjang pun belum tentu ada yang baca...banyak tengok gambar je kan?  hahaha

Ok..till next game...kalau pergi la...


LUASKAN KUASAMU!!!





Wednesday, February 4, 2015

MAY - Platinum Album Edisi Khas


Kali ni saya nak kongsi sebuah album rock melayu yang dah pun 20 tahun usianya. Tak pasti senang nak dapat lagi ke tidak. Kalau "rare" mengikut macam entri kat blog Uvianhell696 >SINI< rasanya boleh kot kalau dijual dengan harga RM500...hahaha...kaya...kaya...



MAY - Platinum Album Edisi Khas (1995)

Rasanya ini album kompilasi pertama yang diterbitkan untuk kumpulan MAY. Lagu-lagunya adalah dari 3 album awal mereka (Dilema - 1988, Hakikat - 1989 dan Rahsia - 1990). Yang menariknya pada saya pada ketika (20 tahun yang lalu), ini kali pertama lagu-lagu dari album tersebut dikeluarkan dalam bentuk cd. Sayangnya kecuali Hakikat, 2 album lainnya tidak pernah pula saya jumpa dikeluarkan semula dalam bentuk cd.


Sebenarnya sebelum cd, kompilasi Platinum Album ini telah diterbitkan dahulu dalam bentuk kaset pada tahun 1994. Yang berbezanya versi cd mempunyai tambahan 2 buah lagu. Gambar di cover depan antara kaset dan cd pun tak serupa.

versi cd
Begitu juga dengan gambar yang digunakan di dalam inlay, Cd adalah gambar-gambar semasa album Dilema manakala kaset adalah gambar album Rahsia (kalau tak silap).

versi kaset
Tulisan dalam inlay juga berbeza. Cd tiada catatan cuma lirik tetapi versi kaset mempunyai sedikit info tentang discography kumpulan MAY.

Masih berharap pemegang hakcipta untuk lagu-lagu MAY akan mengeluarkan semula album Hakikat dan Rahsia dalam bentuk cd.

err...agak-agak ada ker yang nak beli harga RM500 ni...hahaha...








Tuesday, February 3, 2015

@ Seri Mersing Resort, Air Papan

Walaupun dah masuk tahun ke 4 berulang-aling ke Mersing...ini baru kali ke 2 menyinggah dan kali pertama pula bermalam di Air Papan.


Itu pun kebetulan masa tu baru balik dari Pahang dan singgah ke Mersing untuk mengambil keputusan PT3 anak. Malas nak berulang alik dari JB.  Makanya cari ajer la chalet di sekitar Air Papan.



Dulu dah pernah buat entri pasal Masjid di Seri Mersing Resort >SINI<.  Kali ini baru berpeluang untuk mencuba chaletnya pula.

Ianya jenis chalet berkembar. Barang lama...maka faham-faham lah kalau keadaannya agak uzur. Tapi pantai Air Papan semakin maju. Banyak juga chalet/hotel yang baru.



Salah satu sebab pilih resort ini adalah kerana anak bongsu nak mandi pool. Ok la ada 2 kolam untuk budak-budak dan satu pula untuk dewasa. Pergi time hari kerja..memang satu resort kami punya. Chalet lain memang tiada orang langsung.


Bulan desember, ombak kuat. Tak sesuai untuk mandi laut. Kononnya nak menunggu terbitnya matahari...


Sayangnya...cuaca mendung...pukul 7.30 pagi pun matahari tak muncul...nak buat macamana...pergi time musim hujan...itu pun dah untung hari tu hujan tak lebat sangat...


Ok itu ajer....entri lama yang baru sekarang dapat disiapkan...




Saturday, January 31, 2015

Berita Gempa

Album rock lejen melayu yang dah 30 tahun...


Sweet Charity - Berita Gempa (1985)

Album studio terakhir Sweet Charity bersama Ramli Sarip tetapi ianya merupakan album pertama Sweet Charity yang saya jumpa/dengar secara sendiri bukannya melalui abang seperti album-album yang sebelumnya. Maklumlah pada ketika itu abang saya lebih kemaruk mendengar lagu-lagu pop "new wave" mat salleh berbanding lagu rock melayu.

Walaupun begitu saya tidak pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Sekadar meminjam dari kawan. Agak kurang "sentimental value" nya kepada saya. Walaupun ianya diterbitkan pada tahun 1985, tahun yang saya mula untuk mencuba-cuba dengar muzik rock. Tetapi kesannya tidak besar seperti seperti album "Cinta Buatan Malaysia" yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.

Sebab utamanya pada saya adalah kerana Sweet Charity masih memainkan muzik rock 70an. Saya yang telah mula kenal apa dia NWOBHM dan Iron Maiden lebih tertarik dengan muzik rock semasa pada ketika itu. Darah muda la katakan. Tetapi yang menariknya semenjak dari album Batu (1983), Sweet Charity telah mula meninggalkan pengaruh rock dangdut dari Indonesia.

Mereka lebih berani untuk memainkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Hanya lagu "Dendang Remaja" yang merupakan lagu cover. Tetapi seperti biasa, perihal ciplak di sana sini pastinya ada. Dengarkan lagu "Langsung Tak Faham" sudah pastinya riff  Joe Perry dalam lagu "Walk This Way - Aerosmith" terngiang-ngiang di kepala.


Tetapi ada lagi yang dulunya saya tak pernah tahu. Rupa-rupanya lagu "Berita Gempa" juga adalah sebuah lagu cipak. Lagu asalnya adalah dari kumpulan SAS dari Indonesia yang bertajuk "Larantuka" yang di petik dari album mereka bertajuk "Baby Rock" terbitan tahun 1976. Tambah malangnya lagu ini diberkan kredit kepada Ramli Sarip sebagai penciptanya. Biasanya sebuah lagu cover dituliskan sebagai "Copyright Controlled" untuk menunjukkan ianya dirakamkan dengan kebenaran. Tidak pasti adakah Sweet Charity merakamkan lagu ini dengan kebenaran.

Yang pastinya pada saya album ini mengandungi "hidden gems" dalam lagu "Bunga Bunga Cinta". Sila rujuk ulasan saudara Saudara PC Kokak di >SINI<. Melodinya sedap dan solo Rosli Mohalim sungguh mendayu-dayu. Sayangnya produksi sebu album ini sedikit mencacatkannya. Lebih sayangnya, ramai yang tak tahu berkenaan lagu ini. Sweet Charity pun macam tak pernah (maaf...saya tak pasti) membawakan lagu ini secara live.

Ramli Sarip mula bergerak secara solo selepas terbitnya album ini. Maka disinilah berakhirnya band lagenda rock 70an melayu, Sweet Charity.





Friday, January 30, 2015

Belated




idea/ilustrasi dari anak sulung