Mersing lagi...
Bukannya apa...cuma aku agak tertarik ngan salah satu resort kat pantai Air Papan ni...tertarik pasal suraunya...
jarang aku jumpa resort/chalet yang menyediakan surau yang macam ni...ok masa kat Tunjuk Laut Beach Resort pun ada surau...tapi sekali pandang tak perasan pun itu surau...dan sentiasa pulak berkunci....kalau nak pakai kena gi mintak kunci kat reception yang jauhnya sampai 200 hingga 300 meter...begitu jugak halnya kat Dataran Pulau...suraunya berkunci....
Tapi yang ni memang tak berkunci..rasanya memang dibuka untuk orang awam...bukan setakat penyewa chalet sahaja...kalau tak...takkan la aku yang tak duk situ pun boleh masuk...lokasinya pun memang cun...ngam2 kat pintu masuk pantai Air Papan...ngan rekabentuk dan pilihan warnanya tu...kalau kata tak nampak tak tau la aku nak kata apa...
Mula2 aku ingat ni masjid...tapi bila bertanya kat orang2 di situ rupanya ianya hanyalah sebuah surau...dalamnya pun agak luas...kira selesa la nak bersolat...cuma ruang untuk ambik wuduk bagi kaum wanita tu sepatutnya bertutup...ambik wuduk kena dedah aurat la kan...bila ianya berkeadaan terbuka...jadi macam dah tak sesuai la pulak...
Apa2 pun tahniah lah kepada pengurusan Sri Mersing Resort ni...mungkin ada rezeki boleh la aku try duduk sini...
**kekadang bila pegi tempat2 peranginan ni memang susah nak cari tempat2 solat yang selesa...teringat aku Plaza Kotaraya JB...satu2nya shopping complex yang ada masjid didalamnya....tu pun selalu bebeno aku nampak muka2 melayu Islam yang buat2 tak nampak masjid kat situ time semayang jumaat....
cantik surau ni...harap ada la orang guna ketika waktu solat..bukan untuk tempat tidur
ReplyDeletePlaza Kotaraya JB memang the best, ada masjid best, ada tempat makan best, ada kedai kaset best...
ReplyDelete