Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 28hb Mac yang lalu.
Skid Row - sUBHUMAN rACE (1995)
Salah satu lagi cd terawal dalam koleksi. Sememangnya tahun 1995 adalah tahun saya mula mengumpul cd berbanding kaset. Dibeli di Plaza Kotaraya JB. Sememangnya pada zaman tersebut boleh dikatakan hampir hari-hari selepas balik dari kerja (kecuali time berdating) melepak di kedai kaset di Plaza Kotaraya. Maklumlah ofis pun di bangunan berdekatan. Kadang-kadang time berdating pun sempat juga menyinggah ke kedai kaset...hahaha..
Saya sememangnya peminat Skid Row. Sayangnya 1995 bukan lagi zaman mereka. sUBHUMAN rACE sekadar meduduki tangga ke 35 dalam carta Billboard berbanding album sebelumnya "Slave to the Grind - 1991" yang berjaya menduduki no 1.
Muzik mereka tidak terpengaruh dengan grunge. Tetapi yang mengharapkan lagu-lagu seperti "I Remember You" pasti tak akan suka. Skid Row telah berubah. Tetapi bukan ke arah grunge atau pop seperti kebanyakan band-band rock/metal 80an. Sebaliknya mereka berubah menjadi band yang lebih berat. Sound yang lebih aggresive dan metal. Tak banyak band yang begini. Yang saya boleh terfikir mungkin Pantera.
Jika anda mahukan straight heavy metal 90an yang aggresive, harsh, angry bukannya meleweh depressing gloomy sound, Inilah yang patut anda cari. Memang tiada dah lagu-lagu radio friendly ala "Wasted Time" ataupun "In a Darkened Room". Sayangnya inilah album terakhir Sebastian Bach bersama mereka. Dan sehingga kini memang tiada ura-ura dia nak kembali bersama.
Tuesday, March 31, 2015
Monday, March 30, 2015
Cinderella
Aktiviti rutin semasa cuti sekolah yang lalu....
Cinderella (2015)
Ini bukan cerita pasal Cinderella band glam metal tu. Kalau yang itu memanglah suka sangat. Kalau ikutkan lebih berminat untuk menonton The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water, tapi apakan daya terpaksa mengikut suara majoriti. Anak-anak semua perempuan lah kan.
Mengharapkan ada "twist" atau kelaianan yang tidak dijangka tetapi rupa-rupanya filem ini benar-benar "stay true" kepada cerita kartun yang asal. Apa yang kita baca atau kita tonton masa budak-budak dulu itulah yang dipaparkan.
Yang menariknya mungkin teknik CGI dan lakonan ibutiri yang jahat dari Cate Blanchett. Ok lah, Lily James pun boleh tahan comel untuk watak Cinderella. Lain-lain biasa-biasa sahaja.
Sesuai kepada sesiapa yang suka cerita-cerita fairy tales. Ada juga bonus filem pendek Frozen (Frozen Fever) di awalnya. Budak-budak perempuan mesti suka.

Friday, March 27, 2015
7800° Fahrenheit
Yang genap berusia 30 tahun pada hari ini, 27hb Mac.
Bon Jovi - 7800° Fahrenheit (1985)
Bon Jovi memang sentiasa ada tempat yang istimewa pada saya. Tak kira metal hantu atau ketika sedang melaui zaman true sekalipun, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Maklumlah selain Iron Maiden, mereka adalah antara cinta pertama saya kepada muzik heavy metal. (dulu-dulu Bon Jovi pun masuk kategori heavy metal)
7800° Fahrenheit tidak pernah saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maklumlah album pertama Bon Jovi saya adalah "Slippery When Wet (1986)". Penghujung 80an dulu, ketika lagu "In and Out of Love" dimainkan oleh DJ Lyn Saadon dalam rancangan radionya "Rock On One" (Radio One Singapore - dah tak ujud kot stesen radio ni) saya sangkakan ianya dari album baru. Maklumlah zaman belum ujudnya internet. Jenuh juga mencari album ini kerana memang tak pernah jumpa kasetnya pada ketika itu walaupun versi "apache". Tapi sekarang dah boleh eksyen la...dah ada versi cd dan lp...heheh...
Lagu- lagu dari album ini kebanyakannya pertama kali saya dengar melalui video clip dari tape video VHS Bon Jovi Slippery When Wet. Zaman tu hampir hari-hari duduk mengadap video tu bila balik dari sekolah. Sesekali dapat tengok band rock memang kemaruk. Sekarang senanglah semua dah ada kat youtube.
Saya memang sukakan Bon Jovi pada zaman ini. Soundnya agak kasar dan mentah. Straigh hard rock/heavy metal bukannya AOR atau country rock macam zaman sekarang. Richie Sambora pun masih pakai gitar cabang-cabang la kan. Tak rasa pun muzik mereka akan kembali ke zaman ini. Mereka dah "move on". Tambah-tambah Richie Sambora pun dah blah. Saya sahaja yang tetap bernostalgia.
Kenangan zaman sekolah...

Labels:
1985,
Bon Jovi,
cd,
LP,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, March 26, 2015
Scorpions....lagi
Merujuk kepada entri >SCORPIONS< tempohari
yer...telah pun berjaya dimiliki...heheh...(giler pantas pos dari jerman ni...tak sampai 2 minggu dah sampai)
p/s...En. Ijau...saki baki viral masih ada...huhu...

1975,
LP,
Piece Of Mind,
rock omputeh,
scorpions,
Steamrock Fever 70's
Wednesday, March 25, 2015
Wordless Wednesday
Yang sempat dibeli di Popular Bookstores Warehouse Sale for Books Expo Clearance 12 March- 22 March 2015 di Sutera Mall, Johor Bahru. (buku RM5, cd RM9.90). Sayangnya takder pulak jual LP.
Bertindak atas maklumat...Terimakasih Portdy.
Labels:
buku majalah fanzine,
cd,
Darul Takzim,
Piece Of Mind
Tuesday, March 24, 2015
Mass Slaughter: The Best of Slaughter
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mac yang lalu.
Slaughter - Mass Slaughter: The Best of Slaughter (1995)
Ni Shannen Doherty punya angkara lah ni. Tak kenal? Sila google. Rasanya yang membesar zaman 90an pasti kenal dengan mak cik ni. Nak tahu lebih lanjut macamana saya terjebak dengan Slaughter boleh rujuk >SINI<
Kalau tak silap ini adalah antara cd terawal yang saya beli. Tahun 1995 adalah tahun-tahun awal album dalam format cd mula di jual secara meluas di seluruh negara. Di beli di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Kedai kaset besar sebelah Muzika tu. Lupa dah nama kedai dia. Sekarang semua pun dah tinggal kenangan. Semenjak Plaza Kotaraya dah diubahsuai menjadi Galleria@Kotaraya. Satu kedai kaset/cd pun dah tak ujud kat situ. Ni semua "port" aktivis underground metal Johor Bahru satu masa dahulu. Budak-budak 80an lepak KOMTAR, yang 90an lepak Kotaraya. Saya merasa kedua-duanya walaupun saya bukanlah terlibat secara langsung. (Saya hanyalah seorang lone ranger yang poser...hahaha..)
Ok..kembali kepada tajuk. Awalnya memang tak sangka akan minat dengan Slaughter. Hanya mula mendengar mereka selepas berakhirnya era "true" dalam kamus hidup... Hahaha..
Memang sedap tak kira lagu heavy, mid tempo atau slow...semua pun sedap. Mungkin dalam banyak-banyak band "3rd wave hair metal" seangkatan dengan mereka contohnya Firehouse,Trixter, Nelson dll, mereka yang paling best.
Jika anda sukakan hard rock 90an, Mass Slaughter dijamin akan memberi anda kepuasan. Cheesy tak chessy...yang pentingnya sing-along chorus, catchy melodies dan killer guitar solo. Bukankan itu yang kita mahukan bila sebut genre hard rock?
Terbaik!

1995,
cd,
rock omputeh,
Slaughter,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, March 23, 2015
A.J PERO
Tribute to A.J. Pero
Sekitar tahun 1986 kalau tak silap...hampir setiap malam...bertemankan kaset cap "apache"...radio kaset cap "National"...pasang lagu "The Price" kuat-kuat ....dan ketuk meja sambil berangan bermain drum seperti A.J Pero...entah kenapa suka betul dengan bunyi ketukan dram lagu tersebut....
(btw...kaset apache tersebut masih tersimpan sehingga kini...)
Kini semuanya tinggal kenangan...seorang lagi hero saya di zaman meningkat remaja telah pun tiada....terimakasih A.J Pero...

Anthony Jude Pero
(October 14, 1959 – March 20, 2015)
Thank you for the music
Subscribe to:
Posts (Atom)