Wednesday, April 29, 2015

vinyl passion 6 : Asli vs Cetak Rompak

Sedikit info bagi sesiapa yang baru nak terjebak dengan dunia piring hitam...(kalau boleh jangan...hahah)



Nampak sama tapi tak serupa. Cetak rompak bukan benda baru. Dari dulu pun dah ujud. Maka tak hairanlah kalau piring hitam pun ada versi pirate.

Sepert gambar di atas, Ianya memang ada perbezaan. Yang kiri adalah versi asli. Kaler gambarnya pun dah berbeza. Yang cetak rompak juga biasanya tidak mempunyai logo syarikat rakaman contohnya EMI,WEA dan lain-lain.


Cover belakang pun biasanya yang cetak rompak akan menggunakan gambar yang sama dengan gambar cover depan. Info lagu juga biasanya tidak lengkap.


Piringnya pun agak berbeza. Pegang pun dah rasa lain. Tetapi yang paling senang nak cam adalah label di tengah piring hitam tersebut. Yang pirate tidak mempunyai info mengenai pencipta/penulis lagu dan lirik.

Dari segi soundnya pula susah nak cakap. Bukanlah pakar. Tambahan pula sound sistem kat rumah pun jenis ala kadar. Nasib kot. Ada juga yang kata cetak rompak pun soundnya ok.

Makanya...kalau nak beli tu pandai-pandai la....jangan sampai terpedaya...barang cetak rompak pun ada peniaga cekik darah yang jual sama macam yang asli.

Sekian. Terimakasih.




Monday, April 27, 2015

Show Business

Yang dah berumur 20 tahun...


Kix - Show Business (1995)

Sebuah lagi band hair/glam metal yang agak underated. Mungkin ini bukan untuk peminat extreme metal. Kalau anda tak suka tidak mengapa. Blog Berteromber bukanlah blog extreme metal. Ianya ditulis hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang di samping bercerita perihal koleksi dan apa yang terlintas di kepala.

Kix bukanlah nama baru. Mereka telah ujud sezaman dengan Twisted Sister ataupun Motley Crue. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Hanya mula dikenali pada sekitar penghujung 80an bila lagu power ballad mereka "Don't Close Your Eyes" menjadi popular. Lebih malang, tahun 90an bukanlah tahun untuk band seperti mereka. Maka mereka kekal sebagai band yang underated.

Show Business adalah percubaan terakhir sebelum mereka berpecah. Muziknya tidaklah seberat album-album yang sebelumnya. Masih straight hard rock tetapi elemen funky dan grooves diterapkan untuk mereka menjadi lebih trendy. Tetapi yang nyata mereka memang tidak pernah lari dari pengaruh ACDC. Lagu "Fireballs" memang sebijik macam lagu ACDC.


Tetapi yang pastinya saya cukup tertarik dengan lagu "piano-driven ballad" mereka yang bertajuk "If You Run Around". Entah mengapa hati saya menjadi sayu setiap kali mendengar melodi lagu ini. Maklum sahajalah, mendengar lagu-lagu sebegini di zaman ketika sedang putus cinta memang feeling habis. Seluar koyak main cinta...Dalam hati ada taman...hahaha...

Tetapi satu yang saya tak boleh lupa, dalam tahun awal 2000. Terjumpa cd ini di bahagian longgok jual murah RM10 per cd di sebuah kedai kaset di City Squre Johor Bahru. Dah nampak tapi biarkan dulu, Kembur yang lain kerana saya merasakan tiada pesaing. Maklumlah saing-saing saya membelek cd-cd tersebut hanyalah 2 orang pemuda berbangsa cina yang dari segi pakaian dan gaya rambutnya seakan-akan ah beng kaki hip-hop ataupun pop. Tetapi dengan tidak disangka-sangka dengan muka gembira dan teruja mereka terus mengambil cd tersebut dan bayar. Akhirnya saya yang melopong. Hampeh betul...moral of the story...memang betul kata orang kampung saya..."don't judge a book by its cover"...heheh...





Friday, April 24, 2015

Imaginations from the Other Side

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb April yang lalu...


Blind Guardian - Imaginations from the Other Side (1995)

Sekitar tahun 1999 - 2000 adalah tahun yang saya kemaruk dengan genre power metal. Blind Guardian adalah salah satu darinya. Walaupun agak terlambat mendengarnya tetapi ia menjadi titik permulaan untuk saya jatuh hati kepada Blind Guardian.


Imaginations from the Other Side adalah salah satu album yang patut anda cari jika anda pertama kali cuba untuk mendengar muzik power metal yang progressif. Tiada lagu yang tidak best. Dijamin tidak akan membosankan. Tambahan pula jika anda rindukan sentuhan producer Flemming Rasmussen. Ini adalah satu lagi sebab kenapa anda patut cuba untuk mendengarnya.


Muziknya berat tetapi sangat melodic. Paling menarik sudah tentunya pada trademark "powerful sing-along choruses" mereka. Tambahan pula vokal Hansi Kursch memang antara yang terbaik dalam dunia metal. Gaya vokalnya yang pelbagai bukan sekadar menjerit pada saya adalah salah satu kekuatan Blind Guardian.

Tak perlu taip panjang-panjang. Pastinya saya "bias". Senang cakap ini sememangnya antara album power metal kegemaran. Cubalah.



Thursday, April 23, 2015

Bobby




Seperti yang dikatakan sebelum ini, bila dah terjebak dengan piring hitam manis....takdernya true true dah...hindustan pun layan...heheh...



**tapi zaman saya kanak-kanak dulu memang popular betul filem ini. Nama Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia menjadi sebutan. Manakala lagu-lagunya menjadi siulan.. Siapa lah yang tak pernah dengar lagu seperti Mujhe Kuchh Kahna Hai yang lirik dia "tum tum tummmm" atau lagu Main Shayar To Nahin yang liriknya ada sebut "magell ai haseen" ....sampai ada rakan sekolah kena gelar Magell pasal suka bebeno dia nyanyi part tu.....tetapi yang pastinya lagu-lagu hindustan ni melodi dia memang sedap-sedap...




Tuesday, April 21, 2015

Collective Soul

Album rock yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Mac yang lalu...


Collective Soul - Collective Soul (1995)

Sejarah terjebak dengan Collective Soul ada diceritakan di >SINI<.

Ini adalah antara kaset yang terus dibeli tanpa banyak cerita bila terjumpa di kedai kaset. Lagu "Gel" yang sering di tonton di rancangan MTV Asia di TV5 Singapura dan pengaruh lagu "Shine" dari album pertama mereka yang terus terkesan di hati adalah antara penyebabnya. Tambah pula ini adalah zaman saya sedang mencari cinta...makanya lagu-lagu sebegini memang senang menyentuh perasaan...hahaha..

Mereka adalah antara band-band yang digelar sebagai post grunge. Tak banyak band-band seangkatan mereka yang menarik perhatian saya. Pengaruh MTV pada ketika itu sememangnya memberi kesan. Dah kerap sangat tengok video clipnya lama-lama jadi suka. Tambahan pula di tahun-tahun pertengahan 90an, mana- mana band rock yang berimejkan rambut panjang dengan lagu-lagu yang ada solo gitar pastinya saya suka.


Walaupun tiada lagu baru mereka yang boleh menyaingi "Shine" tetapi lagu-lagu seperti  "December", "The World I Know", "Smashing Young Man" dan "Gel" tetap menarik perhatian.

Cdnya ada di jual di estock dengan harga RM12 lebih. Mungkin juga akan di beli sekadar untuk mengingati memori di tahun 90an.





Monday, April 20, 2015

Frogstomp

Yang berusia 20 tahun pada 27hb March yang lalu..


Silverchair - Frogstomp (1995)

"Rupa macam Nirvana tetapi bunyi macam Pearl Jam"

Mungkin itu rumusan yang boleh saya beri untuk Frogstomp. Membelinya dahulu kerana perasaan ingin menjadi trendy setelah terpengaruh dengan lagu "Tomorrow"  yang sering disiarkan di MTV. (hahaha...)

Bukan secawan teh saya. Tetapi jika anda sukakan sound Seattle dan mahukan band klon "Pearl Jam", "Alice in Chains", "Nirvana" atau senang ceritanya "grunge" walaupun mereka berasal dari Australia,  mungkin ini untuk anda.

Yang respeknya mereka sekadar berusia 15 tahun ketika album ini dikeluarkan.





Friday, April 17, 2015

Ideologi

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


MAY - Ideologi (1995)

Mungkin pertengahan tahun-tahun 90an adalah tahun untuk lagu-lagu meleweh. Kalau di barat kita dilewehkan oleh grunge tetapi di Malaysia oleh lagu-lagu rock leleh.

MAY sebuah band rock melayu yang berimej heavy metal juga tidak terkecuali. Tidak seperti kebiasaan album-album rock melayu yang track pembukaannya lagu rancak dan berat, Ideologi pula bermula dengan lagu perlahan. Potong Stim juga sebenarnya. Nasib juga lagu "Janji" bukanlah jenis tipikal meleweh bunyi keyboard "Saari Amri" atau "Eddie Hamid" sangat. Masih kedengaran bunyi gitarnya.


Secara keseluruhannya terdapat 4 lagu perlahan tetapi lagu track ke 10 "Cinta Tersia" adalah yang paling meleweh. Langsung tak minat. Dah lagu tu lagu Saari Amri la kan. Nak buat macamana. Lain-lain pun banyak mid-tempo. Kena la kot dengan imej rambut pendek smart MAY pada zaman ni.

Pada saya yang menjadi penyelamat hanyalah lagu berentak thrash yang berdurasi 9 minit lebih, "Genocide". Jarang ada lagu melayu yang panjang. Ni pun liriknya lirik mat salleh. Semenjak lagu "Pahlawan Mimpi" dalam album Rahsia (1990) saya sering mengharapkan lagu-lagu sebegitu dalam album-album MAY yang berikutnya. Dan "Genocide" tidaklah menghampakan.


Kalau tak silap ini album kedua terakhir Yantzen bersama MAY. Yang last album "Layar". Tapi itu sekadar lagu-lagu lama MAY dinyanyikan semula oleh Yantzen. Nampak dah hari tu cdnya. Tapi tak beli. Masih mengharap kalau-kalau nanti album Dilema (1988) dan Rahsia (1990) ada dikeluarkan dalam bentuk cd. Piring hitam jangan haraplah...orang yang ada-ada jer mampu beli.