Thursday, October 3, 2013

Hints Allegations and Things Left Unsaid

Rock yang dah 20 tahun...



Collective Soul - Hints, Allegations and Things Left Unsaid (1993)

Sama seperti Candlebox, imej rambut panjang dan solo gitar menjadi punca utama saya mula terjebak dengan Collective Soul. Video Klip "Shine" yang dulunya agak sering juga diputarkan di rancangan MTV di Channel 5 TV Singapura membuatkan saya membeli kaset ini akhirnya.

1994 adalah zaman-zaman sedang mencari cinta (hahaha...) makanya lagu feeling macam "Shine" ni memang senang betul nak melekat. Bolehlah dikatakan lagu ini menjadi salah satu  trademark untuk genre alternative 90an. Mereka kepada saya bukan grunge atau modern rock. Tetapi lebih kepada band yang memperjuangkan klasik rock di zaman 90an.

Ni cd alternate cover, gambar ni sebenarnya untuk single "Shine". Lebih suka cover kartun macam kat kaset tu. Tapi dapat cd ni dengan harga RM13++ kira alrite ajer lah

Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...


Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti  "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.

Best!




5 comments:

  1. Band ni yg aku tau lagu "shine" tu je lah..pasal banyak sngt alternatif band masa tu..
    Btw,baru upgrade sistem hifi ke bro?dah brapa kali di mention dlm beberapa entri sebelum ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takder la upgrade...cuma dulu sistem tu guna untuk home theater ajer...sekarang guna untuk dengar cd....ingat kalau kena rachun ngan Dr Ben dan PC Kokak lagi 44 kali....mau guna untuk dengar LP...heheh...

      Delete
    2. more rachun coming up.... hihihi

      btw, aku guna sistem cikai je bro, janji bole dengar. Dr Ben tu yg....

      Delete
    3. Hahah..aku dah ckp dah,hampir kena santau tu..hehe

      Delete
  2. Oh man, antara nama besar dlm muzik alternative rock era 90'an dulu ni...selain Shine ada lagi lagu best....my favorite lagu "Run" dari OST Varsity Blues...terbaik!

    ReplyDelete