Saturday, August 29, 2020

Act Of God

Satu lagi kenangan dari zaman remaja...


Znowhite - Act Of God (1988)

Antara album yang dulunya sekadar membaca ulasan di majalah. Tak pasti adakah kasetnya sampai ke Malaysia. Memang tak pernah jumpa di kedai kaset.

Mereka adalah sebuah band yang memainkan muzik thrash asli. Muziknya memang "straight forward" thrash. Yang minat thrash pasti suka. Rif-rif nya memang sedap. Melodic. Tetapi bagi yang nak mencari kelainan memang tak akan jumpa.


Tetapi mereka ada kelainan yang tersendiri. Vokalisnya adalah seorang wanita. Manakala pemain gitar merangkap tulang belakang band pula adalah seorang yang berkulit hitam. Susah nak jumpa kan baik dulu mahupun pada masa sekarang.

Sesuai untuk yang sukakan generic thrash terutamanya yang dari Amerika.




Tuesday, August 25, 2020

The Burning

Antara cd keluaran terkini (2020) yang dimiliki...


British Lion - The Burning (2020)

Album kedua band side project Steve Harris. Kali ini menggunakan sepenuhnya nama British Lion tanpa nama Steve Harris di depan. Mungkin sebagai satu makluman yang mereka adalah sebuah band yang sebenar bukannya band pengiring untuk album solo Steve Harris.


Memang jauh berbeza dari Iron Maiden. Walaupun sebenarnya rasa Iron Maiden tu tetap ada. Maklumlah signature bass tu tetap sama. Kalau masuk ketukan drums Nicko. Tambah pula melodic line dari The Tree Amigos, memang Iron Maiden la jadinya. Haha... 

Tapi seriously, album ini memang sedap. Lebih menarik dari album pertama mereka. Melodic hard rock yang sangat catchy. Satu sisi lain dari Steve Harris. Ianya mengingatkan saya kepada Adrian Smith and Poject (ASAP)

Kalau Iron Maiden pencen. Steve Harris tiada masalah untuk terus berkarya. Tempatnya telah tersedia ada...




Saturday, August 22, 2020

Fly on, Thunderbird fly... Frankie Banali

Lagi sekali berita sedih. Kerap sangat dah kebelakangan ini. Bila kita sendiri pun dah semakin tua, apatah lagi hero-hero zaman kita membesar dulu. Pagi tadi dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang pemain drum yang dikagumi sejak dari zaman sekolah dulu...

Tahu pasal Quite Riot dan Frankie Banali sebelum saya betul-betul terjebak dengan muzik rock dan metal lagi. Album Metal Health pada penghujung tahun 1983 telah menjadi album no 1 di carta Billboard 200. Ketika itu saya baru terjebak mendengar lagu-lagu pop berbahasa inggeris terutamanya muzik new wave seperti Duran Duran dan selalu membeli majalah Weekend. (sebuah majalah muzik pop berbahasa inggeris tempatan). Ada di antara keluarannya yang menyiarkan artikel dan poster Quiet Riot. Maklumlah album mereka no 1, sudah tentu cerita pasal mereka juga tersiar didalam majalah pop. Mereka adalah perintis yang menjadikan muzik heavy metal menjadi muzik yang mainstream.

Tetapi tak pernah dengar pun muzik mereka sehinggalah saya betul-betul terjebak dengan muzik metal dan membeli kaset pertama mereka mungkin sekitar tahun 1986 atau 1987. Sejak itu mula mengikuti perkembangan karier Frankie Banali walaupun saya berhenti mendengar Quite Riot selepas album QR III. Maklumlah selepas tahun 1988, dah mula terjebak pula dengan muzik yang lebih ekstrem.

Tetapi hasil kerja beliau selepas itu bersama WASP memang tetap saya ikuti. Semangat beliau untuk meneruskan Quite Riot sangat kuat. Beliau terus menerus menghasilkan album Quite Riot walaupun selepas berakhirnya reunion klasik line-up pada 2001 dan kematian Kevin DuBrow pada tahun 2007. Paling tabik beliau masih cekal untuk menghasilkan album Quite Riot - Hollywood Cowboys pada tahun lepas walaupun pada ketika beliau telah pun disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup untuk 6 bulan sahaja lagi.

Semangat beliau dalam perjuangan muzik rock dan melawan kanser adalah sesuatu yang perlu diberikan penghargaan. Tabik!

Fly on, Thunderbird fly

Fly on, spread your wings to the sky

Fly on, Thunderbird fly

Thanks for the music,

Frankie Banali (November 14, 1951 – August 20, 2020)


Tuesday, August 18, 2020

Kaset rock

Baru jer dapat kaset-kaset ni. Taklah beriya-iya sangat nak cari. Hobi mengumpul kaset taklah seaggresif mengumpul cd. Kata orang rezeki dan tuah tak salah alamat. Kebetulan pula ada sahabat yang nak jual.


Ketiga-tiga kaset ini adalah kenangan dari zaman sekolah sekitar tahun 1986 dan 1987. Tahun-tahun yang baru terjebak dengan muzik rock dan metal dan ini adalah antara album-album rock melayu terawal yang pernah diterbitkan.


Akhirnya setelah 33 tahun barulah dapat memiliki versi kaset yang asli. Dan secara rasminya dah boleh masuk frame dah versi pirate ni 😁 (Lefthanded Keadilan versi lanun lama dah hilang)


Secara jujurnya, di antara ketiga-tiga kaset ini, saya tak pernah tengok kaset Ilusi Sebuah Mimpi yang asli. Akhirnya setelah 33 tahun.....😊



Saturday, August 15, 2020

The Good The Bad The Waysted...

Lagi berita sedih.... Terutama untuk peminat UFO. Selepas Paul Raymond, kemudiannya Paul Chapman... Kini pengasas dan pemain bass lagenda Pete Way pula... 😭

Beliau adalah salah seorang idola saya. Maklumlah dulu-dulu zaman budak sekolah bila kita tak pandai sangat main gitar dan pemalu pula nak jadi penyanyi, tempat kita kalau nak tinggi sikit tarafnya dari seorang groupies adalah menjadi pemain bass...Hahaha... 

Sama seperti Steve Harris, saya juga menjadikan Pete Way sebagai idola. Lagaknya di atas pentas bersama Gibson Thunderbird memang sangat rock star. Impian budak-budak seperti saya. 

Lawaknya saya hanya betul-betul tahu tentang beliau bila beliau sudah pun keluar dari UFO dan menubuhkan Waysted. Maklumlah zaman budak-budak saya dulu, UFO adalah semata-matanya Michael Schenker

Thanks for the music sir... 

PETE WAY

Aug 7, 1951 - Aug 14, 2020


Thursday, August 13, 2020

Cdholic...

Lama sangat duduk di rumah zaman "PKP" ni memang bahaya. Banyak masa nak membelek di ebay bermakna banyak juga masa untuk secara "tak" sengaja "ter" klik butang "Buy It Now" di Ebay 😁

Nah sekali sampai dari En. Posto... berderet...


Ni baru tunjuk cd yang bukan metal. memang jahanam duit moratorium...😅



Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)