Tuesday, June 4, 2024

The Mandrake Project

Antara yang terkini di tahun 2024...

Bruce Dickinson - The Mandrake Project (2024)

Bila album-album terkini Iron Maiden semakin meleret, album solo dari Bruce Dickinson ini memang diberikan harapan yang tinggi. Tambahan pula bila sekali lagi beliau bergandingan dengan Roy Z. Bila sebut nama Roy Z memang akan rasa selamat yang album ini pastinya sebuah album metal. Dan single pertama, "Afterglow of Ragnarok" mengiyakannya.

Tetapi setelah mendengar keseluruhannya, ada sedikit kecewa. Bruce Dickinson seperti juga Steve Harris, tidak lagi menghasilkan lagu-lagu heavy metal / rock n roll yang straight forward. Dengan 2 kepala menuju ke arah yang sama maka memang jelas kenapa hala tuju Iron Maiden seperti sekarang. 


Bukanlah nak kata album ini tidak bagus. Cuma ianya tak berapa nak kena dengan jiwa. Tetapi memang diakui banyak lagu sedap. Beberapa track awalnya lebih metal dan rancak berbanding lagu-lagu yang lebih meleweh menuju ke penghujung.

Dan lagu "Eternity Has Failed" sememangnya lagu yang sama dengan lagu "If Eternity Should Fail". Ianya memang lagu asal untuk album solo Bruce sebelum Steve Harris berkenan dan menjadikannya lagu Iron Maiden. Khabarnya ada satu lagi lagu yang beliau berkenan. Tapi tak pasti lagu yang mana. Disebabkan polisi Iron Maiden yang tak boleh ada pencipta luar (dalam kes ini, Roy Z) maka beliau tidak jadi mengambilnya.

Kesimpulannya... sebuah album yang bagus tetapi bukan pilihan untuk diputar selalu.


1 comment:

  1. dah dengar seputar dua guna platform Spotify/Youtube Music, tak berapa melekat seperti album Tyranny Of Souls... atau mungkin album TOS tu ada faktor soundtrack of my life

    ReplyDelete