Monday, July 8, 2024

Heavy Metal Maniac

Sebenarnya nak buat ceritanya tahun lepas, sempena 40 tahun dan konsert mereka di Singapura. Tetapi biasalah... masa dan kemalasan sentiasa menjadi faktor utama.

Exciter - Heavy Metal Maniac (1983)

Exciter bukanlah sebuah band yang dikenali ramai. Tetapi pengaruhnya terutama dari album ini kepada genre thrash dan speed metal sememangnya tidak boleh disangkal. Ianya diterbitkan lebih awal dari Kim 'Em All dan Show No Mercy. Bayangkan lah 41 tahun dahulu dah wujud lagu yang sebegini.

Heavy Metal Maniac adalah straight forward heavy metal yang laju dengan sound produksi 80an yang kasar. Walaupun ada 1 atau 2 lagu dalam tempo pertengahan, tetapi majoritinya memang laju dengan rif melodic hanguk kepala. Sesuatu yang mungkin jarang kita jumpa pada tahun 1983. 

Sejujurnya saya agak lambat mengenali muzik mereka. Pernah nampak kaset mereka di kedai tetapi kekangan kewangan seorang pelajar menyebabkan tidak dapat membeli semua. Ditambah pula tiadanya kawan yang memiliki kaset mereka. Beruntunglah zaman sekarang yang segalanya di hujung jari.

Saya bertambah kagum dengan mereka apabila mengetahui yang mereka adalan band trio dengan vokalisnya turut bermain drums. Mungkin kerana mereka adalah band yang berasal dari Kanada menyebabkan nama mereka agak tenggelam.

Kalau sukakan heavy metal asli yang laju, berat, melodic dengan sound kasar 80an, mungkin ini boleh memberikan anda kepuasan.


No comments:

Post a Comment