Thursday, July 4, 2024

Majalah

Ketika berada di England tempohari antara perkara yang saya ingin cari adalah buku autobiography dan majalah rock.

Sayangnya masa untuk mencari kedai buku agak terhad (lebih kepada mencari kedai cd), makanya hanya sempat menyinggah mana yang sempat. Paling mudah untuk mencari bahan bacaan di sana adalah melalui rangkaian kedai WHSmith. Kedainya berada di mana-mana terutamanya dia lapangan terbang, stesen bas, stesen keretapi dan juga di perhentian RnR (Ianya ala-ala kedai serbaneka).

Berikut adalah majalah yang sempat dibeli (tak beli buku, tak jumpa yang menarik dan harganya juga kurang menarik - maklumlah kali 6).


Classic Rock - Ada di jual di Malaysia dan mudah juga untuk didapati. Tetapi oleh kerana gambar covernya, terjebak juga untuk membeli. Tapi ok la harganya selepas kali 6 pun masih lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harganya di Malaysia.


Rock Candy - Antara majalah rock baru kegemaran. Artikelnya berkisar kepada band, album dan konsert rock/metal 70an, 80an dan awal 90an. Saya membeli hampir setiap keluarannya (dikeluarkan secara 2 bulan sekali) ketika ianya masih di jual disini. Sayangnya selepas zaman Covid dan PKP, saya tak nampak pun lagi ianya ada di jual sini. 


Fistful Of Metal - Antara beberapa majalah rock/metal yang tak pernah saya tahu kewujudannya tetapi jumpa di sana, ini adalah yang paling menarik hati. Kerana seperti juga Rock Candy, ia dikhususkan kepada generasi seperti saya (band rock/metal 70an, 80an dan awal 90an). Majalah-majalah yang menampilkan rock/metal moden memang susah lah saya nak paham....

Sayangnya majalah begini tiada di pasaran Malaysia. Mungkin dengan keadaan RM yang merundum dan trend membeli secara fizikal yang semakin pupus, tiada kedai buku yang berani nak membawa masuknya ke sini.



2 comments:

  1. zaman-zaman rajin pegi Amcorp Mall awal 2010an dulu (selalu kursus kat PJ) selalulah beli majalah macam ni jenis back issues kat basement

    ReplyDelete
  2. Sejak abis PKP Metal Hammer langsung tak nampak di Ipoh ni..Rolling Stones pun jarang2..

    ReplyDelete