Thursday, June 2, 2011

Hattan s/t

Asik cerita rock omputeh jer kan...jom cerita rock melayu pulak...masih dalam entri tahun 1991...album yang tak bertajuk dari Hattan...



Terus terang masuk tahun 1991 adalah tahun yang aku tinggal terus rock melayu...memang hampir tak follow langsung...thrash sangat la kononnya masa tu kan...kaset Hattan ni pun aku dengar dan beli bukannya pada tahun 1991...tapi 5,6 tahun selepas tu...

Aku tak follow FRU maupun Pratayuda (War Rock Vol 1)...band2 awal Hattan sebelum dia bergerak solo...maka aku tak kenal pun Hattan ni sapa...sehingga lah aku terdengar lagu "Dari Kekasih Kepada Kekasih" kat radio...sedap lagu tu...kebetulan sorang member aku peminat Deanna Yusoff (mana minah ni sekarang ek?..)suruh aku dengar lagu Hani yang Deanna backing tu...tu la antara pengalaman pertama aku dengar lagu Hattan...album Antem...hari2 terdengar jadi terminat pulak kat album tu...



Tapi tak jugak aku terbeli...sehinggalah pertengahan 90an terdengar sekali lagi album Antem kat rumah kawan aku...tergerak hati nak beli...sayangnya kat kedai kaset yang aku pergi tu cuma ada kaset Hattan yang ni...aku tak tau apa2 pasal kaset ni...tapi atas perasaan nak tau...aku beli jugak kaset ni...and the rest is history la...

kalau aku tak silap..ni album pertama Hattan...mendengar album ni buat aku teringat kat Gary Moore...bukan...bukan album ni tiru Gary Moore...tapi dia punya caranya tu...kalau korang dengar album2 terakhir Hattan...dia kan dah lebih pada blues...tapi 1st album ni lebih kepada hard rock/metal...serupa macam Gary Moore la kan...

Kalau mendengar lagu2 heavynya...macam tak sangka pulak penyanyinya tu adalah si pengkritik AF tu sekarang...suaranya agak berbeza...ada lagu2 heavy yang guna suara kecik...jerit ala2 band hair/glam 80an...lagu paling menarik bagi aku adalah lagu track pembukaanya..Seksyen 39B...kalau tak silap ciptaan Nan (Strangers,Saturnine,M.Nasir)...rif gitarnya pun sedap...tak pasti sapa yang main...mungkin jugak Nan, arwah Samad atau Todel...seperti yang tertulis kat kaset ni...lagu ni memang bukan trademark Hattan sekarang...heavy...best...tak tau la Hattan sekarang nak tak nyanyi lagu2 cenggini lagi...

lagu2 lain kira ok2 jer la...terutama lagu2 slow...ala...apa lagi yang korang boleh expect kat lagu2 slow M.Nasir dan Nasha Kevin kan...Memburu Rindu, Berikan Nurbisa dan Hitam Bukan Impian...memang feeling la...kena pulak ngan suara jantan Hattan...terus terang dalam zaman2 90an selain Aris Ariwatan...Hattan adalah penyanyi solo yang aku suka suaranya....



Album ni terbitan M.Nasir..so boleh agak la kualitinya macamaner...Ramli Sarip,Aris Ariwatan malah Hattan pun ada buat lagu selain jadi penolong penerbit...dan jangan tak caya arwah Loloq ada buat lirik omputeh kat album ni (Everlasting Glory)..so kalau nak dengar Hattan zaman2 rocknya...zaman2 rambut panjang bukannya botak macam sekarang...boleh la cari ni album ni...

tapi kalau nak paling best...bagi aku cari album Antem.

12 comments:

  1. melayu vokalis yang aku minat. Suara dia ada "nyawa"

    ReplyDelete
  2. cuba buat review the best of ella&the boys.sedap btol cd 2 dia.

    ReplyDelete
  3. Nizam...cdnya memang aku ada...akan diusahakan nanti...

    ReplyDelete
  4. ini kaset rare ni..ada ku simpan lagi..kakak aku punya..dah tak leh pasang..kalau anthem aku suka hani..tak silap ella backup vocal

    ReplyDelete
  5. ..Hattan antara penyanyi blues Melayu terbaik..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. entah kenapa aku tak minat hattan as a person,

    but lagu2 dia banyak yang aku minat...

    ReplyDelete
  8. matakucing...bukan ella...tapi deanna yusoff ler...

    ReplyDelete
  9. ni album kedua hattan... album first keluaran mutiara / warna... tak ingat tajuk dah... aku ada kaset ni dulu beli masa album ni kuar first.... kawan pinjam x pulang..suka juga lagu memburu rindu, hitam bukan impian dan seksyen B39 x silap sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...hari tu tengok ada rancangan masak2 baru tahu Hattan cakap dia ada album solo lain sebelum yang ni...

      Delete
  10. kabar-kabarnya album ni akan dikeluarkan dalam bentuk CD Januari 2016..... wait and see lah..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete