Monday, January 7, 2013

Abigail II: The Revenge

Yang patutnya di publishkan tahun lepas...kaset 10 11 tahun...



King Diamond - Abigail II: The Revenge (2002)

Ntah kenapa dalam banyak2 band metal yang saya dengar ketika zaman budak/remaja, saya tidak pernah mempunyai apa2 album dari King Diamond. Mungkin kerana kekangan kewangan seorang pelajar yang menyebabkan saya terpaksa memilih apa yang patut dibeli apatah lagi sejak dizaman sekolah hingga ke IPT saya  mempunyai kawan rapat yang meminati King Diamond yang menyebabkan saya tidak perlu membeli untuk mendengarnya.

Pengalaman pertama saya mendengar King Diamond adalah melalui abang saya melalui lagu Melissa dari Mercyful Fate. Mendengarnya di waktu malam dengan menutup lampu memang amat menyeramkan apatah lagi imej King Diamond yang begitu. Pada ketika itu bagi saya inilah band yang paling setan sekali.

Kemudiannya saya di dedahkan dengan album Abigail dan Them oleh rakan sekolah merangkap drummer band saya ketika zaman saya di sekolah dulu. Di IPT saya di dedahkan pula dengan Conspiracy dan The Eye oleh seorang rakan baik saya. Ini bermakna walaupun saya tidak mempunyai apa2 material KD tetapi saya cukup maklum dengan lagu2nya.

Maka apabila saya kembali mendengar metal di tahun 2001/02 (pencen sekejap lepas kahwin konon2nya..heheh), saya membeli kaset ini. Saya memang mengharapkan ianya sebaik Abigail (1987) kerana sememangnya bukannya mudah untuk membuat sambungan konsep album. Apatah lagi ianya selepas berbelas tahun.



Ternyata ianya sememangnya album yang bagus. Jalan cerita bagus. Lagu2nya pun bagus malah intro "Spare This Life" masih boleh menyeramkan saya seperti dulu bila mendengarnya waktu bergelap di tengah malam. Kemasukan Mike Wead yang bergandingan dengan Andy LaRocque menjadikan KD kembali mempunyai twin gitar solo yang menyengat. Memang bagus riff2 dan solonya. Simple, melodic dan sangat lazat walaupun kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada riff2 Jeff Waters (Annihilator).

Mungkin juga album ini boleh di gelar metal opera. Lagu2nya memang catchy dan suara KD dari normal pitch hingga jeritan falsetto yang menyeramkan tu tetap power macam dulu. Semua lagu pun best tapi antara pilihan saya adalah "A Mansion in Sorrow" dan "Miriam".

Album ini juga menjadi penyebab untuk saya menbeli Queensrÿche - Operation: Mindcrime II. Sayangnya tidak seperti Abigail II, OP II sangat mengecewakan. Ternyata tak mudah nak buat konsep album yang bersambung ni tapi KD berjaya melakukanya.





6 comments:

  1. album sekuel ini tidak sehebat Conspiracy sebagai sekuel "Them".

    ReplyDelete
  2. dah lama aku ketinggalan KD (kris dayanti?) ni, album (ori) last yg aku beli zmn house of god, tapi klu MF hanya layan kompilasi je

    pengaruh vokal falsetto KD ni la aku bljr tarik vokal tinggi

    ReplyDelete
  3. Dr...setuju...tapi tu beza setahun...yg ni selepas 15 tahun...

    ReplyDelete
  4. KD ni yang paling best conspiracy,them,abigail dan abigail 2 ni..jln cerita dia menarik,mcm tengok wayang citer horror/thriller pulak
    KD (bukan menghitung hari) heheh

    ReplyDelete
  5. hampir semua yang bermake up dalam metal mengujakan - kiss, alice cooper temasuk the king - king diamond

    ReplyDelete
  6. konsep album dari KD memang best..'Them', 'Conspiracy' ,Abigail, Abigail 2 ni pun best.penceritaan dalam lagu dia seolah2 mcm tengok movie seram..

    KD = bukan menghitung hari..hehe

    ReplyDelete