Monday, March 3, 2014

The Complicated Futility of Ignorance

Album yang dah 20 tahun...


Fudge Tunnel - The Complicated Futility of Ignorance (1994)

(Rasanya tak ramai yang tau pasal Fudge Tunnel. Tapi mungkin ramai yang tahu Nailbomb. Band side projek Max Cavalera bersama dengan vokalist dan gitarist Fudge Tunnel, Alex Newport.)

Sebagai mukadimah, sebenarnya saya terserempak dengan seorang brader yang memakai t-shirt Nailbomb di UO, Plaza Angsana,Johor Bahru beberapa minggu yang lalu. Saya tak pasti apakah beliau benar-benar tahu apa itu Nailbomb atau sekadar memakainya sebagai pakaian basahan. Kerana beliau memakainya semasa bekerja di store UO dan kondisi t-shirtnya agak lusuh. Tapi yang pastinya imej kaver Point Blank di t-shirt tersebut membuatkan saya teringat-ingat yang saya ada kasetnya suatu masa dahulu.

Saya telah mengembur hampir separuh dari koleksi kaset saya tapi yang saya terjumpa setakat ini hanyalah kaset ini. Nantilah ada masa yang lain akan saya kembur lagi sebahagiannya untuk bercerita perihal Nailbomb. Tapi untuk kali ini...entrinya berkisarkan kaset The Complicated Futility of Ignorance, Alex Newport dan Fudge Tunnel.

Jujurnya sebelum era Roots, saya adalah fanboy Sepultura terutamanya Max Cavalera. Sudah semestinya apa-apa rilisan beliau akan saya ikuti termasuklah Nailbomb. Kaset The Complicated Futility of Ignorance ini saya beli semata-mata kerana saya rasa tertarik hati nak tau bagaimana agaknya muzik asal Alex Newport. Memang sebelum itu tak pernah dengar langsung nama Fudge Tunnel. Macam pelik kenapa Max boleh berkerjasama dengan Alex.


Ternyata Fudge Tunnel sedikit berbeza dari Nailbomb. Kalau Nailbomb lebih kepada sound industrial thrash tetapi Fudge Tunnel lebih kepada sludge metal dan doom. Ternyata dari apa yang saya baca yang mengaitkan sound mereka ada pengaruh grunge ada kebenarannya. Sound raw, kasar dan kotor ala Seatle di campurkan dengan distortion gitar metal yang cukup berat. Ada yang best dan ada juga yang agak sukar untuk dihadam.

Mungkin kerana saya bukanlah pengemar sludge atau doom menyebabkan saya agar sukar untuk menerima album ini. Bukan untuk saya tetapi mungkin bersesuaian dengan selera anda. Siapa tahu....





5 comments:

  1. UK sludge legends my fav. Fudge Tunnel dan Iron Monkey asal satu kampung, Nottingham. Both band disign oleh label Nottingham legends jugak, Earache.

    lu tak layan sludge/stoner/doom kan? mau tolak kat aku tak tape ni?

    bagi la org yg selayaknya simpan tape ni hehe..

    ReplyDelete
  2. Ep ep ep....kita buat bidaan la...aku pun nak jugak kaset ni hahaha....demmm kenangan lama mengusik jiwa band ni...

    ReplyDelete
  3. Aku kenal Alex ni pun dari Nailbomb jugak..album point blank pun boleh tahan sedap jugak..cd nya telah di pinjam sampai la sekarang tak reti bak pulang..

    ReplyDelete
  4. alamak...ni yang serba salah ni....

    ok la...sebab aku ada hutang LP dengan En PC Kokak...aku bagi kaset ni kat dia...(tunggu lu balik kampung nanti la beb...)

    Sorry Adi...mungkin kalau ada rezeki...lain kali turn ko pulak...heheh...

    ReplyDelete
  5. saya ada kaset ni... layan woooo.... dan Creep Diet....... second album diorang

    ReplyDelete