Sempena Konsert Blues Buat Teman di Persada, Johor Bahru malam ini nanti.
Kaset yang dah 20 tahun usianya...
Ramli Sarip - Ziarah Seni (Litar Api Rock) - 1994
Ada benda yang pada ketika itu kita rasa tak best sangat tetapi beberapa tahun kemudiannya kita rasa rugi pulak kerana tidak memilikinya.
Ini berlaku pada saya bila Ramli Sarip mengeluarkan Box Set bertajuk Ziarah Seni 20 tahun yang lalu. Di dalamnya mengandungi 4 disc/kaset yang dibahagikan mengikut tema-tema tertentu sepanjang karier beliau dari tahun 1979 hingga 1994.
1 - Litar Api Rock - Mengandungi lagu-lagu popular beliau ketika bersama Sweet Charity.
2 - Muzik Jalan Terus - Lagu-lagu dari album solo selepas meninggalkan Sweet Charity.
3 - Asli Dan Tulus - Lagu-lagu yang bertema kerohanian dan ketuhanan.
4 - Muzik Jelata - Lagu-lagu yang berkonsepkan kemelayuan dan nusantara.
Disebabkan pada ketika itu saya masih berjiwa muda (sekarang pun...heheh), saya cuma membeli 2 daripada 4 kasetnya. Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus. Itupun saya telah kehilangan kaset Muzik Jalan Terus.
Pernah beberapa kali dulunya terserempak dengan versi cd box set ini di kedai kaset tetapi tak pernah pulak terpikir untuk membelinya. Sekarang jangan haraplah nak jumpa. Kekadang ada juga rasa menyesal. Takper lah bukan rezeki saya untuk riak box setwi...heheh....
Apa-apa pun kepada sesiapa yang pergi ke konsertnya malam ini (Portdy?)...saya ucapkan selamat berhibur. Saya tak pergi. Tak cukup tegar untuk melihat Ramli Sarip secara solo. Konsert ni sepatutnya berlangsung bulan lepas. Tetapi demi menghormati tragedi MH370, ianya ditangguhkan ke malam ini.
Friday, May 2, 2014
Thursday, May 1, 2014
Throwback Thursday : Indiana Jones and the Temple of Doom
Kali ini pasal filem...secara tak sengaja tertengok filemnya kat tv2 beberapa minggu lepas...
Zaman aku budak-budak dulu memang jarang berpeluang menonton filem di tahun ianya diriliskan. Biasalah budak kampung. Biasanya dah beberapa tahun selepas tu...main kat tv...barulah berpeluang menonton. Zaman dah sekolah menengah...dah besar sikit barulah pandai berpanggung wayang atau menyewa tape video.
Cerita pertama yang aku berpeluang menonton ketika tahun ianya diriliskan adalah ini...
Indiana Jones and the Temple of Doom (1984)
Tu pun bukannya tengok kat panggung...tapi di sekolah. Benda ni aku pernah cerita masa entri pasal filem E.T...rujuk >SINI<
Indiana Jones ni aku dah tahu semasa filem dia yang pertama lagi, Raiders of the Lost Ark. Tapi tak pernah tengok pun. Aku semenjak kanak-kanak, lebih tepat lagi semenjak mak aku belikan t-shirt ada gambar "JAWS" masa aku umur 5,6 tahun lagi aku dah pandai minat filem. Tak pernah pergi panggung pun tapi aku rajin belek-belek suratkhabar kat bahagian iklan filem apa yang tengah main kat panggung. Suka semak filem apa yang paling lama bertahan kat panggung. Dulu siap ada tulis "Minggu yang ke 3"...atau "minggu yang ke 4" dan seterusnya untuk filem yang bertahan lama main kat panggung. Paling aku ingat filem "Breakdance" la...sampai minggu ke 9 kot...lama giler main kat panggung.
Aku rasa Indiana Jones ni lah filem pertama yang buat aku suka dengan genre adventure. Besar pengaruhnya pada aku. Tu jam aku memang suka Harrison Ford walaupun tahu nama tapi bukannya dapat tengok filemnya pun. Setahun sebelum tu dia popular dengan Blade Runner kan. Tu pun beberapa tahun selepas tu baru dapat tengok. Filem dia masa tu yang aku pernah tengok pun cuma Star Wars dan The Empire Strikes Back. Mungkin kat TV channel 5 Singapura atau mungkin tengok kat rumah jiran yang ada VHS player. Lupa dah...30++ tahun yang lalu. Tapi sepatah haram pun aku tak paham...maklumlah zaman budak-budak...bukan paham sangat pun bahasa omputeh ni. Temple of Doom ni pun aku tengok aksinya ajer...dialognya bukan paham...tak dengar sangat pun...maklum lah tengok ramai-ramai dalam bilik TV.
Baru-baru ni bila tengok balik cerita ni, aku masih rasa ini adalah antara filem adventure terbaik yang pernah dihasilkan. Tak kisahlah kalau teknologinya dah lapuk. Tapi rasa cemas dan lawaknya memang aku masih dapat rasa. Terasa macam zaman aku budak-budak dulu.
Mana lah perginya budak Vietnam yang jadi sidekick Dr. Jones tu yer...Tak silap aku lepas The Goonies dia terus senyap. Mungkin susah nak dapat watak agaknya. Banyak mana sangat la filem hollywood yang heronya bangsa asing. Satu lagi bini Steven Spielberg, Kate Capshaw tu...sempat la aku jatuh cinta dengan dia sekejap sebelum Phoebe Cates muncul dalam filem Gremlins....heheh...
REKOMENDED!
***bila pertama kali dengar Sepultura - "Troops of Doom" terus aku terbayang "Temple of Doom"...dan tak perlu lah aku belek-belk kamus pasal dah paham dah apa makna Doom...heheh...

Wednesday, April 30, 2014
Tuesday, April 29, 2014
Pawnshop Guitars
Salah satu album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...
Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994)
Rasanya tak ramai yang kenal Gilby Clarke. Tetapi jangka masa beliau yang sekejap sebagai pengganti Izzy Stradlin dalam Guns N' Roses sudah cukup untuk beliau diberikan kepercayaan untuk menghasilkan album solo.
Terus terang saya adalah fanboy Guns N' Roses. Saya peminat tegar Izzy Stradlin. Tetapi apa yang dihasilkan dalam album solo beliau ini pada saya lebih menarik dari Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds. Malah ianya adalah album solo bekas anggota GNR yang paling saya suka. Lebih best dari Believe in Me -Duf McKagan atau It's Five O'Clock Somewhere dari Slash's Snakepit.
Nampaknya arah muzik beliau sama seperti Izzy. Kedua-dua mereka condong ke arah rock n roll ala Rolling Stones. Berbanding dengan Slash, ternyata beliau lebih berkebolehan dalam mencipta lagu-lagu yang sedap. Sayangnya tahun 1994 bukanlah tahun untuk irama "rock n roll supposed to be fun". Dunia mainstream ketika itu lebih kepada muzik depressed dan moody. Pawnshop Guitars gagal untuk mendapat perhatian.
Pada saya semua lagunya best. Semua lagu saya suka. Tetapi yang paling suka adalah "Johanna's Chopper", "Let's Get Lost" dan "Cure Me... Or Kill Me...". Lagu cover The Rolling Stones, "Dead Flowers" pun sedap.
Slash, Duff McKagan, Matt Sorum, Dizzy Reed malah Axl Rose sendiri pun terlibat dalam beberapa buah lagu. Rob Affuso (Skid Row) juga. Mungkin tak semua peminat tegar GNR akan suka. Tetapi jika anda sukakan melodic hard rock...atau rock n roll yang happy...Ini memang patut anda cuba...
Bak kata The Roling Stones dan Twisted Sister..It's only rock 'n roll...but i like it!.....

Labels:
1994,
cd,
Gilby Clarke,
Guns N Roses,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, April 28, 2014
The Best of Bloodshed Ensaiklopedia
Bloodsheed - Ensaiklopedia The Best of (2012)
Ada beberapa album rock melayu tahun 80an yang saya teringin nak ada dalam bentuk cd. Paling dikehendaki adalah 2 album kumpulan Belantara, Belantara (1987) dan Srikandi Disisi (1988),selain Sofea(SYJ) - Kembali (1987), Gersang - Gersang (1988) dan Bloodsheed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987). Sayangnya sampai sekarang album-album ini tidak pernah diterbitkan dalam bentuk cd.
Bila pertama kali terbaca kisah album kompilasi dari Bloodsheed ini diterbitkan 2 tahun yang lalu. Jenuh juga mencarinya sehinggalah saya terjumpa cd ini di Muar pada tahun lalu.
Kompilasi ini menarik. Sayangnya saya sedikit kecewa kerana hanya ada 5 lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi. Tak kisah sangat tiadanya lagu "Nostalgia Rindu" dan "Manusia Dan Janji". Kedua-dua lagu ini ada dalam cd Battle of The Band. Tapi bila lagu "Ilusi Sebuah Mimpi", "Restu" dan slow rock kegemaran saya "Memori Biru" tiada...memang sedikit mengecewakan.
Mungkin yang minat album Samarkand akan gembira. Semua lagu ada. Saya tak kisah sangat pasal saya dah ada cdnya. Tetapi bila sampai 9 lagu dari album zaman mereka bertukar nama menjadi Blacksheed memanglah sangat hampeh. Minta maaf. Saya tidak berminat dengan album Villa Misteri dan kurang gemar dengan suara vokalisnya.
![]() |
| Masih menyimpan kaset versi Jack Sparrow ni. Dah 27 tahun dah usianya...kulitnya pun dah nak terbarai... |
Satu lagi yang agak mengecewakan hanya gambar dari Ilusi Sebuah Mimpi yang ada di inlay. Standard biasa bagi rilisan cd best of di Malaysia. Sekurang-kurangnya pun letak la gambar-gambar kaver album. Nak harap info lain memang jangan haraplah...
Tapi tak kisahlah...sekurangnya ada juga lagu "Peristiwa" dan "Pertumpahan Darah". Tak perlulah lagi saya mendengar versi MP3 yang soundnya tenggelam timbul dan sebu. Maklumlah di"convert" dari kaset.
Friday, April 25, 2014
Awake
Lagi yang dah berumur 20 tahun...
Dream Theater - Awake (1994)
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghargai album ini. Pertama kali mendengarnya adalah pada tahun 1997. Tetapi pada ketika rasa agak sukar untuk menerima lantas meninggalkannya.
Falling Into Infinity (membeli cdnya pada 1998 atau 1999) yang lebih radio friendly membuatkan saya kembali mendengar album ini. Ketika itu ada beberapa lagu yang berjaya menarik minat saya. "The Silent Man" adalah salah satu darinya. Mungkin kerana lagu ini lebih pendek. Saya mempunyai masalah untuk hadam lagu progressif yang panjang.
Tetapi segalanya berubah selepas saya memiliki cdnya pada 2 tahun yang lalu. Kononnya sebagai persediaan jika saya pergi persembahan live mereka di Singapura pada tahun 2012. Rakan yang menemankan saya ke konsert Iron Maiden Singapura beriya-iya mengajak pergi. Tetapi atas beberapa sebab dan Dream Theater yang saya tahu cumanya album Falling Into Infinity, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.
Tetapi ianya "a blessing in disguise", kerana disebabkan itu, cd ini berulang-ulang kali saya dengar. Akhirnya Awake dapat saya hadam. Pada saya ini mungkin antara album terbaik Dream Theater. Tambah pula ini adalah album terakhir yang mengandungi lagu-lagu dan lirik ciptaan Kevin Moore. "Space-Dye Vest" yang sedikit lain dari Dream Theater yang biasa pun semakin sedap bila banyak kali didengar.
Walaupun saya masih megalamai masaalah untuk lagu-lagu progressif yang panjang. Sering lost di tengah jalan. Tetapi saya sudah boleh menerima muzik mereka. Mungkin kerana muzik mereka adalah metal dan kurang meleweh jika dibadingkan dengan band progressif yang biasa. "6:00", "Caught in a Web", "Innocence Faded", “Voices”, "The Silent Man" adalah antara lagu kegemaran saya.
Pada saya bukan mudah untuk membuat muzik yang complex tapi dalam masa yang sama sedap untuk didengar. Mereka sememangnya pemuzik-pemuzik yang hebat.
Terbaik!

Dream Theater,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, April 24, 2014
Hadiah Hari Jadi
Hari ni hari gumbira....dapat surat....
Lu memang lejen beb...mana ada orang tulis nota kat envelope...hahahaha...

Dalamnya ada 2 benda yang aku suka...thanks beb...nanti ada masa boleh buat entri lain pasal 2 benda ni...
btw...birthday aku bulan 10...cepat betul dapat hadiahnya tahun ni...hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)