Lagi album kompilasi yang dah berumur 20 tahun...
Whitesnake - Whitesnake's Greatest Hits (1994)
Nak kata koleksi semua lagu terbaik. Tak juga. Ianya hanyalah himpunan lagu-lagu Whitesnake dari zaman "hair metal" mereka ( circa 1984 - 1989). Nak kata semua lagu terbaik dari zaman tersebut pun tak juga. Kerana kompilasi ini lebih menumpukan kepada lagu-lagu yang berentak perlahan.
Tapi tak kisah lah. Kalau nak cari kompilasi album-album awal mereka (1978-1982), boleh sahaja beli cd "The Early Years". Tak pun kalau nak yang betul-betul lengkap punya kompilasi, cuba cari cd "30th Anniversary Collection". Kalau tak yang ini pun dah ok.
Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenal Whitesnake. Bolehlah dikatakan semua lagu popular ada. Yang penting sudah semestinya "Still of the Night". Ni kira lagu wajib. Antara all time favourite ni. Siapa boleh lupa Tawny Kitaen?
Boleh juga dengar perbezaan antara zaman John Sykes dan Steve Vai. Sayangnya tak berpeluang nak dengar Adrian Vandenberg.
**tak beli cdnya walaupun pernah terjumpa kat Estock harga dalam RM13 lebih. Sebabnya tiada yang menarik. Semua lagu saya dah ada. Kompilasi ini semua lagu standard. Tak ada bonus track mahupun unrelease track. Sesuai untuk yang tak pernah ada album Whitesnake.
Monday, June 2, 2014
Saturday, May 31, 2014
Mama Cake
Mama Cake (2012)
Seperti yang pernah saya katakan dalam entri filem North Country dan Hot Tube Time Machine, mana-mana filem yang ada t-shirt Iron Maiden didalamnya, tak kira lah watak yang memakainya cuma watak sampingan yang tak berapa senonoh, sudah pasti ianya ada tempat di dalam blog merapu ini....hahaha...
Iyer...ini filem Indonesia. Mengetahui pasalnya secara tidak sengaja. Terbaca dalam satu review dari blog filem yang saya pun dah terlupa. Konsep visualnya yang dikatakan seakan-akan filem Scott Pilgrim vs. The World (2010) membuatkan saya tertarik untuk mencuba.
Ternyata filem ala-ala road trip dari Jakarta ke Bandung untuk membeli kek ini berjaya menarik minat saya. Cerita yang mudah tetapi mempunyai kritikan moral dan mesej dakwah yang bagus. Rupa-rupanya baru saya tau yang pengarahnya adalah seorang mat metal. Padanlah ada mat rock dan Iron Maiden. Pengarahnya iaitu Anggy Umbara atau lebih dikenali sebagai DJ Djakal adalah angota band Death/Nu Metal bernama Purgatory. Band ini lebih berkonsepkan islamik death metal. Maka tak hairanlah filem ini juga mempunyai banyak mesej dakwahnya.
Pada saya ianya lebih bagus dari Scott Pilgrim vs. The World dan mana-mana filem komedi remaja dari Malaysia. Tak perlu lawak bodoh yang tak bertempat. Walaupun ceritanya sedikit meleweh kerana agak panjang durasinya. Tetapi secara keseluruhannya kira boleh tahan lah. Nampaknya filem kita bukan sahaja ketinggalan dari genre aksi...
Sedang cuba mencari Comic 8, sebuah lagi filem arahan dari Anggy Umbara...
http://www.youtube.com/watch?v=5VfBzMF6AEY
Friday, May 30, 2014
The Story Of Michael Schenker
Album kompilasi gitar hero yang dah capai 20 tahun...
Michael Schenker – The Story Of Michael Schenker (1994)
Ketika saya budak-budak dahulu (penghujung 70an), sebelum Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menjadi pengaruh bagi budak-budak melayu di kampung saya untuk bermain gitar dan menjadi Mat Rock. Ritchie Blackmore dan Michael Schenker adalah Gitar Hero yang awal.
Saya juga begitu. Walaupun ketika itu tak paham pun rock tu apa dan selalu konpius Michael Schenker ni Scorpions ker UFO?....dan MSG pulak band mana? Zaman belum wujud teknologi internet lah kan. Tapi zaman sekarang ni kalau masih ada yang tak pasti dan baru teringin mencuba muzik Michael Schenker, mungkin kompilasi ini adalah antara yang dapat membantu.
Menampilkan lagu-lagu beliau sepanjang kariernya ketika bersama UFO,Scorpions, Michael Schenker Group dan yang terakhir McAuley Schenker Group. Dari rock 70an hinggalah ke era hair metal. Semuanya pun best.
Cumanya patut ada lagu-lagu Scorpions era Lonesome Crow (sebelum dia join UFO). Kalau ada "In Search of the Peace of Mind" pun ok jugak. Yang lain-lain tu takder lah nak komplen sangat. Walaupun banyak lagi lagu-lagu zaman UFO yang sedap-sedap. Tapi kalau nak letak semua tak cukup pulak kalau nak sumbat dalam 1 disc. Kan...

Labels:
1994,
cd,
kaset,
Michael Schenker,
MSG,
rock omputeh,
scorpions,
UFO
Wednesday, May 28, 2014
Wordless Wednesday : Class Of 1984
**antara tahun terbaik untuk rock/heavy metal....zaman ni semua pun yang macam ni orang panggil rock atau heavy metal...tak pening banyak mazhab macam sekarang....
Tuesday, May 27, 2014
First Blood Last Cuts
Antara band heavy metal 80an yang menghasilkan album kompilasi pada 20 tahun yang lalu...
WASP - First Blood Last Cuts (1994)
Visual pertama WASP saya adalah video clip "L.O.V.E. Machine" dari tape VHS Kerrang Kompilation 1. Tak pasti mungkin dalam tahun 1986 atau 1987. Pada ketika itu mereka bersama-sama Twisted Sister dan Motley Crue (era sehingga Theater of Pain) pada saya sungguh ganas dan menyeramkan imejnya. Kalau zaman tu rasa macam tak jauh pun imej mereka kalau nak dibandingkan dengan band-band yang lebih extreme seperti Slayer, Venom ataupun Celtic Frost contohnya. Sama jer setan.
Cuma mungkin dari segi muzik dan liriknya yang ada perbezaan. Tapi band yang extreme pun tak letak tajuk lagunya "Animal (Fuck Like a Beast)". Mereka jer yang buat. Sebenarnya inilah suatu yang menarik tentang album kompilasi ini. Lagu "Animal (Fuck Like a Beast)" sememangnya tak terdapat didalam mana-mana album studio WASP walaupun ianya merupakan single pertama mereka. Lagu ni dibuang oleh syarikat rakaman dari album pertama mereka bagi mengelakkan sebarang kontroversi. (tapi untuk versi reissue 1998 lagu ni ada)
Selain itu, kompilasi ini juga ada 2 lagu baru yang pada ketika itu tiada dalam mana-mana album mereka yang lainnya. "Sunset and Babylon" dan "Rock and Roll to Death". Lain-lainnya lagu wajib mereka yang perlu anda dengar seperti "L.O.V.E. Machine", "I Wanna Be Somebody", "Wild Child" , "I Don't Need No Doctor" dan lain-lain termasuk slow rock berhantu "Forever Free" dan "Hold on to My Heart".
Tapi seperti biasa mana-mana album kompilasi pun, pastinya ada lagu yang kita suka tetapi tiada. Untuk kes ini bagi saya adalah lagu "Sweet Cheetah".
Bagi sesiapa yang baru nak dengar WASP, album kompilasi ini adalah satu permulaan yang baik.

Smells Like Teen Spirit 90's,
WASP
Monday, May 26, 2014
Promised Land
Album yang dah 20 tahun...
Queensrÿche - Promised Land (1994)
Sebuah lagi band dari zaman 80an yang tak terkesan dengan apa yang popular di zaman 90an. Sayangnya band seperti ini sudah pastinya tidak akan mendapat perhatian.
4 tahun selepas kejayaan album Empire (album paling komersil mereka), Queensrÿche kembali lagi dengan sebuah album dengan formula yang hampir sama dengan Empire. Sayangnya mereka berubah menjadi mellow. Mereka terlupa untuk rock n roll.
Mereka kini seolah-olah cuba untuk menjadi Pink Floyd. Tak salah rasanya jika mereka cuba untuk memberikan sound yang lebih dewasa. Tetapi bila hampir tiada lagu-lagu yang rancak, ianya menjadi sedikit hambar. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan.
Rasanya cuma 2 lagu track awal yang sedikit berat, "I Am I" dan "Damaged" . Yang lainnya agak mellow. Malah siap ada saxaphone. Bukannya tak sedap. Suara Geoff Tate tetap sedap. Kerja gitar Chris DeGarmo tetap hebat. "Bridge" adalah lagu perlahan yang pada saya lebih sedap dari "Silent Lucidity". Sayangnya...secara keseluruhan, ianya terlampau mellow untuk selera muzik saya.
Rasanya Promised land sesuai bagi yang mahukan Pink Floyd versi hard rock.

Queensrÿche,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, May 23, 2014
Keretapi Kerajaan Muar
Sedikit info ala National Geographic Negeri Johor...
Kalau ikut buku sejarah yang kita belajar masa zaman sekolah dulu, landasan keretapi pertama di Tanah Melayu di bina oleh British adalah diantara Taiping dan Port Weld dibuka pada tahun 1885. Tahukah anda yang fakta ini salah sebenarnya. Biasalah zaman dulu sejarah di tulis oleh orang putih...so faham-faham sahaja lah...
Fakta sebenarnya landasan keretapi pertama adalah di Johor. Di rasmikan pembinaannya oleh Maharaja Abu bakar pada tarikh 21hb Julai 1869. Ianya menghubungkan antara Johor Bahru dan Gunung Pulai. Yang berbeza cuma landasannya keseluruhannya di buat menggunakan kayu. Sebab itu ianya dikenali sebagai keretapi kayu. Tetapi sayangnya pembinaanya ditamatkankan pada tahun 1874 akibat tragedi keretapi tergelincir. (boleh google kisah ni....antaranya boleh baca kat sini http://amataman.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-pertama-di-tanah.html)
Sebenarnya bukan nak cerita pasal keretapi kayu ni pun...landasannya pun dah tak tau kat mana dah. Ni nak cerita satu lagi landasan keretapi kat Johor. Selepas gagal dengan projek keretapi kayu, Maharaja Abu Bakar buat projek landasan ke 2. Kali ini di Muar. Guna besi. So jangan tak tau...Muar dulu ada keretapi.
Ia dikenali sebagai Muar State Railway (MSR) atau Keretapi Kerajaan Muar berpangkalan di Bandar Maharani hingga ke Parit Bakar. Muar dulu memang ada kerajaannya sendiri. Tu pasal ada bendera Muar. Menurut sejarah, MSR diwujudkan pada zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar yang beroperasi sepenuhnya pada sekitar 1890 sejauh kira-kira lapan kilometer dari bandar Muar ke Padang ketika itu, yang kini dikenali Parit Bakar. Yang menariknya landasan ini dibina oleh orang-orang melayu dan jawa.
MSR mengandungi 11 gerabak iaitu tujuh bagi mengangkut barangan dagangan (kargo), dua gerabak tertutup dan dua lagi gerabak penumpang dengan kelajuan maksimum 20 kilometer (km) sejam. Kemudiannya perkhidmatan ini diperluaskan lagi sejauh kira-kira 5 km iaitu dari Parit Bakar ke Parit Jawa pada tahun 1913. Setahun selepas tu (1914) disambung lagi hingga ke Sungai Pulai iaitu sejauh 6 km menjadikan jumlah laluan Keretapi Kerajaan Muar ketika itu adalah sejauh kira-kira 20km.
Cadangnya hendak di sambung sehingga Batu Pahat, malangnya perkhidmatan MSR itu tidak berpanjangan berikutan faktor ekologi dan ekonomi. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad.
Apa yang tinggal kini hanyalah kepala Lokomotif MSR sebagai kenangan. Kalau pergi ke Tanjung Emas Muar, Di taman bersebelahan dengan Medan Selera pasti boleh nampak kepala keretapi ni. Ini sahajalah yang tinggal sebagai warisan untuk membuktikan kewujudan MSR di masa silam. Landasannya dan stesennya memang dah lenyap dah. Kan best kalau dulu dorang tinggalkan sedikit landasannya boleh lah dijadikan sebagai tempat bersejarah.
![]() | |||
| masa taip ni tergiang-giang pulak.....All aboard!!!...hahahahahahahaha...Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay, Ay... |
antara tempat rujukan - http://www.mpmuar.gov.my/pengangkutan-awam
Subscribe to:
Posts (Atom)