Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...
Destruction - Infernal Overkill (1985)
Jika anda peminat thrash, saya rasa ini adalah salah satu dari album yang patut anda miliki. Mungkin bukan kerana soundnya. Maklum sahajalah, majoriti album dari tahun-tahun awal 80an soundnya memang agak kasar dan mentah. Tetapi bagi yang membesar di zaman tersebut, sound begitu sudah sebati dengan telinga. Walau sesedap mana dan sejelas mana pun produksi dan sound yang dihasilkan pada zaman sekarang. Kita akan tetap ketagih untuk mendengar sound yang kasar sebegini.
Yang menjadikan Infernal Overkill antara album thrash rujukan buat saya adalah kerana kerja gitar Mike Sifringer. Acuan utama untuk thrash metal kepada saya adalah rif-rif melodic yang membuatkan kita hangguk kepala disamping shredding solo. Kedua-dua acuan tersebut sememangnya ada pada Infernal Overkill malah ianya memang cukup bagus.
Seperti kebanyakan band awal thrash 80an, Destruction juga tidak lari dari pengaruh NWOBHM. Pengaruh Iron Maiden jelas dapat kita dengar dalam lagu "Death Trap" contohnya. Vokal Marcel Schirmer agak rilek berbanding dengan album-album kemudiannya.
Mungkin ini bukan permulaan yang sesuai untuk mengenal Destruction. Tetapi jika anda terjumpa cd 2 dalam 1 seperti saya yang didalamnya juga mengandungi EP, Sentence of Death. Jangan lepaskan peluang anda.
"hell...storms...rush over the earth..."
Friday, May 29, 2015
Thursday, May 28, 2015
Throwback Thursday : Aku Penghiburmu
Sudirman - Aku Penghiburmu (1978)
Bersempena dengan ulangtahun kelahiran Allahyarham pada 25hb May yang lalu. Kalau arwah masih hidup, dah 61 tahun dah usianya.
Saya bukanlah peminat tegar beliau. Tetapi perlu diakui, ketika kanak-kanak dahulu saya pernah minat dengan beliau. Seperti yang saya katakan sebelum ini. Bila terjebak dengan dunia piring hitam. Hendak tak hendak, anda akan terpengaruh juga dengan segala macam album dari tahun tahun 70an tanpa mengira apa genre sekalipun.
Sebenarnya saya tak nak bercerita perihal Aku Penghiburmu. Saya tiada memori atau kenangan untuk album ini. Malah saya tidak pernah tahu kewujudannya. Saya baru tahu yang lagu "Jali Jali" yang popular ketika saya kanak-kanak dahulu adalah dari album ini. Seperti kebiasaannya album 70an, banyak lagu saduran. Tetapi pada ketika ini lagi dah nampak bakat beliau terutamanya dalam mencipta lagu dan lirik. Lagu "Mama (Untuk Saloma)" adalah ciptaan beliau
Saya dah lupa bila masanya saya mula ambil tahu pasal beliau. Kalau tak silap kerana lagu "toyol". Agak popular juga lagu itu ketika zaman saya kanak-kanak dahulu. Tetapi yang membuatkan saya betul-betul jadi peminat beliau semasa kanak-kanak dahulu adalah bila abah membelikan kami kaset Anak Muda (1980).
Itu adalah kaset kedua kami. Yang pertama kaset Alleycats - Penyanyi (1979). Zaman sebelum itu abah lebih banyak membeli dalam format katrij. Sayang...tiada satu pun album dalam format katrij ini masih tersimpan.
Pada ketika itu, popular betul lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)". Tetapi entah kenapa saya cukup suka akan lagu "Jamilah (Untuk Jururawat)". Asyik ulang-ulang dengar. Mungkin kerana lagu ini ada unsur-unsur humor. Maklumlah pada ketika itu saya baru sahaja berumur dalam 9 atau 10 tahun. Masih kanak-kanak. Lebih suka yang lawak. Mana paham lagu-lagu cinta.
Samada minat atau tidak, perlu diakui yang beliau adalah seorang lagenda yang tidak mudah untuk dicari ganti. Satu dalam sejuta. Sangat kreatif dan genius dalam bidang nyanyian dan persembahan.
Tabik!
Labels:
1978,
LP,
Steamrock Fever 70's,
Sudirman,
unmetal
Wednesday, May 27, 2015
Worldless Wednesday : Keras Tangan 3
Monday, May 25, 2015
Sudah Sampai Sini : Menara Taming Sari
Lagi cerita semasa ke Melaka...
Walaupun banyak kali dah ke Melaka, tetapi ni kali pertama naik Menara Taming Sari.
Anak bongsu yang teringin sangat nak naik. Padahal dah pernah naik pun benda macam ni masa kat Legoland. Sama jer kot dia punya pusing-pusing....cuma pemandangannya lah yang lain.
Harga tiket guna MyKad RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) siap dapat jajan sebungkus dengan sebotol air mineral water.
Sekali naik boleh muat 66 orang dengan masa selama 7 minit. Dapat lah tengok pemandangan sekitar bandar Melaka.
Lain-lain tiada menarik apa pun...layan gambar ajerlah yer...
Yang pastinya kawasan Bandar Hilir memang tiada sangat bangunan pencakar langit...
Cantiklah juga pasal dia ada view laut...kalau kat Legoland pemandangan hampeh...
ok tu ajer...

Friday, May 22, 2015
Tyranny of Souls
Esok, 23hb May, genap 10 tahun...
Bruce Dickinson - Tyranny of Souls (2005)
Tabik! Dalam sibuk-sibuk tour bersama bersama Iron Maiden, rakaman program tv (Flying Heavy Metal), menjadi DJ Radio, sukan lawan pedang, menulis novel dan menjadi pilot....sempat juga beliau menyiapkan album solo. Memang tabik!
Tambah tabiknya, ianya bukan sekadar album ala kadar. Malah memang bagus. Nampaknya kombinasi antara beliau dan Roy Z memang sangat serasi bersama. Roy Z bukan sekadar penerbit dan pencipta lagu bersama, malah memainkan semua track gitar dan majoriti bass dalam semua lagu. Boleh tahan hebat rif-rif beliau (contoh intro lagu "Abduction").
Mungkin yang kurangnya kalaulah dapat Adrian Smith menyolo seperti dalam album "Accident of Birth" dan "The Chemical Wedding" tentu lebih menarik. Tapi takut-takut pula nanti ianya berbunyi seperti Iron Maiden. Marah pulak Steve Harris nanti. (heheh..) Maklumlah kedua-duanya dah kembali dalam Iron Maiden. Malah ada juga lagu-lagunya yang pada saya lebih sedap dari lagu-lagu dari "Brave New World" atau "Dance of Death".
Keseluruhannya, Tyranny of Souls adalah album yang bagus. Tak perlu minat Iron Maiden untuk suka. Janji anda sukakan heavy metal. Ada yang berat, melodic, accoustic dan progressif. Di tambah pula dengan suara Bruce yang power.
Dengar tak jemu. Tak kira lah yang berat macam "Soul Intruders" ataupun balada macam "Navigate the Seas of Sun". Malah pada saya "Navigate the Seas of Sun" adalah sama level ataupun mungkin lebih bagus dari "Tears of the Dragon".
Selepas 10 tahun...harapnya akan ada lagi projek beliau bersama Roy Z.
Semoga cepat sembuh....

2005,
Bruce Dickinson,
cd,
Iron Maiden,
rock omputeh
Thursday, May 21, 2015
Putu Bambu
Kalau tersesat ke Ayer Hitam, Johor...memang takder tempat lain dah nak cari makan....
Ni hari tu masa balik dari Melaka...dah ini memang favourite orang rumah...singgah juga la sekejap walaupun dah nak maghrib...nasib dia tutup 7.30 malam...kalau tak...kempunan.
Cerita pasal pergi sini tahun lepas boleh cekidot kat >SINI<

Wednesday, May 20, 2015
Power Of The Night
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (20hb may)
Savatage - Power of the Night (1985)
Siapa pengikut blog ini dari awal pastinya tahu yang saya adalah peminat tegar Savatage. Mereka mungkin bukannya band metal yang popular, rasanya ramai metalhead yang tak tau pun pasal kewujudan mereka. Tetapi bagi saya mereka adalah salah satu yang terbaik.
Power Of the Night adalah album ke 2 mereka. Ianya tidak jauh berbeza dari Sirens/The Dungeons Are Calling. Straight heavy metal 80an. Belum jelas unsur-unsur progressif metal opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Yang bezanya produksinya lebih bagus. Sound yang lebih clear. Maklumlah penerbitnya adalah Max Norman. Penerbit Megadeth untuk album Countdown to Extinction (1992), dan Youthanasia (1994). Ini adalah hasil kerja awal beliau selain dari album-album Loudness - Thunder in the East (1985), Lightning Strikes (1986) dan Soldier of Fortune (1989).
Lagu-lagu seperti "Power of the Night" dan "Warriors" adalah antara pure metal anthems. Mereka adalah antara pencetus genre power metal di USA. Tetapi yang pastinya minat saya yang utama kepada Savatage adalah kerana hasil kerja gitar mendiang Criss Oliva. Memang ohsem!

1985,
cd,
rock omputeh,
Savatage,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Posts (Atom)