Monday, June 13, 2022

Force of Habit

 Sambung lagi cerita pasal album dari 30 tahun yang lalu (1992)…


Exodus - Force of Habit (1992)

Entah kenapa hampir kesemua nama besar thrash bermuhasabah diri pada awal tahun-tahun 90an (haha.) Exodus juga tidak terkecuali.

Dulu selalu nampak ianya di kedai kaset. Gambar covernya yang agak unik dan lain dari yang lain seolah-olah memanggil-manggil untuk di beli. Tetapi entah kenapa setiap kalinya tetap juga tak dibeli. Mungkin juga pada ketika itu dah terdengar yang ianya bukanlah seperti muzik Exodus yang biasa. Makanya album ini juga senasib dengan album-album thrash terbitan tahun 1992 yang lain yang tidak didengar pada tahun ianya diterbitkan.

Kalau tak silap kali pertama dengar adalah selepas 2000an (era MP3). Ketika itu minda dah disetkan bagaimana muzik Exodus yang sepatutnya. Walaupun ada lagunya yang sedap tetapi mendengarnya hanyalah sambil lalu.


Mendengarnya secara betul hanyalah selepas cdnya dibeli beberapa tahun yang lalu. Nak kata minat, memang ada lagunya yang bagus terutamanya 2 track pertama, "Thorn in My Side" dan "Me Myself & I,". Tetapi agak letih juga untuk menghabiskan satu album bila ada lagu yang agak panjang dan kedengaran agak berulang-ulang.

Ianya adalah percubaan Exodus untuk menjadi trendy dan komersial. Rentak lagunya lebih perlahan. Cumanya mereka masih bertahan tanpa lagu ballad. Mungkin vokal Steve "Zetro" Souza tidak sesuai untuk lagu-lagu begitu walaupun beliau dikerah untuk lebih "menyanyi" di dalam album ini. Satu yang menarik adalah solo-solo gitar dari Gary Holt. Ianya lebih melodic walaupun rif-rif lagunya agak simple.

Exodus yang berbeza. Tambah pula dengan adanya lagu cover yang agak janggal (Bitch - Rolling Stones dan Pump It Up - Elvis Costello). Walaupun janggal, ianya menjadi...


2 comments:

  1. dulu saya selalu terfikir pasal cover album ni. dia lukis burung kenyalang ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...macam burung kenyalang...haha... dengar ceritanya Exodus bayar mahal pada pelukisnya, Ralph Steadman untuk dapatkan gambar ni

      Delete