Wednesday, June 8, 2022

Impera

 Album terkini yang berjaya dimiliki...

Ghost - Impera (2022)

Ghost sering mengingatkan saya kepada KISS. Ketika saya budak-budak dahulu, saya sering membayangkan yang muzik KISS adalah ganas dan menakutkan. Tetapi selepas mendengar muziknya, barulah saya tahu yang ianya hanya sekadar imej dan gimik. Lagu-lagunya hanyalah sekadar lagu-lagu pop rock yang biasa.

Begitulah juga dengan Ghost. Ketika kali pertama melihat imej mereka, saya membayangkan yang mereka adalah sebuah band bergenre extreme metal. Rupa-rupanya tidak. Impera mengukuhkan lagi kenyataan tersebut. Impera lebih kepada hard rock. Hanya imej, lirik dan album awal mereka sahaja yang memungkinkan mereka dikaitkan dengan metal.


Impera bagi saya adalah lebih lembut dari album-album sebelumnya. Mungkin ianya dibuat khas untuk pasaran umum yang lebih meluas. Ada lagu-lagu yang sedap dan ada juga yang kurang. Agak tidak konsisten dan sedikit letih untuk menghabiskan satu album. Mungkin ianya hanya saya. Tetapi jika anda adalah pengemar muzik hard rock, rasanya tiada masalah pun untuk menyukai album ini.

Kesimpualn saya... Prequelle > Impera


4 comments:

  1. belum berpeluang nak cuba dengar lagu-lagu Ghost ni...

    ReplyDelete
  2. Ghost ni genrenya bagaimana ya? Biasa dengar nama, lagu2 tak pernah tersiar diradio.

    ReplyDelete
  3. saya pun akan mengatakan begitu, Prequlle lebih bagus daripada Impera. tapi secara keseluruhan muzik Ghost tidak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete