Thursday, June 23, 2022

Gila Format - Something Wicked This Way Comes

Lagi album yang berjaya di"gila format"kan... (bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 24 semalam)

Iced Earth - Something Wicked This Way Comes (1998)

Pertama kali tahu tentang album ini adalah dari satu iklan di majalah rock/metal berbahasa melayu yang wujud pada penghujung 90an. Tak ingat majalah apa. Mungkin majalah "Konsert". Ianya adalah cinta pandang pertama. Berkenan dengan gambar covernya dan jadi minat pula bila kali pertama mendengar muziknya. 

Something Wicked muziknya agak melodic. Ianya adalah diantara sempadan US power metal dan thrash. Lagu-lagunya berselang seli antara yang rancak dan perlahan. Yang perlahan pun bukanlah jenis betul-betul balada. Ianya ala-ala "Fade To Black" atau "Cemetary Gates". Memang yang jenis mudah hadam dan sedap. Sekali dengar pun dah jatuh minat.


Versi kaset dibeli pada penghujung 90an. Menjadi rutin hampir setiap hari mendengar kasetnya di dalam kereta sambil membaca suratkhabar di tempat parking Plaza Kotaraya JB. Sampai cepat kerana menghantar isteri makanya itulah rutin harian untuk menghabiskan masa sambil menunggu masa untuk masuk kerja. Setiap kali mendengarnya pasti akan mengembalikan kenangan ke zaman tersebut.

Versi cd di beli ketika zaman kemaruk e-bay. Tak ingat tahun bila. Ianya merupakan satu-satunya cd dari Iced Earth yang dimiliki sebelum cd Alive in Athens yang dihadiahkan oleh Deaf.


Versi lp pula adalah reissue terkini (2022). Di beli dari seorang penjual Discogs dari Greece dengan harga mampu milik (kos pos murah).

Maka bertambah lagi satu koleksi "gila format". Satu penyakit yang tak semua orang boleh paham 😅


2 comments:

  1. album yang memperkenalkan aku kepada Iced Earth, antara album bertaraf soundtrack of my life... tapi cuma album ni saja yang aku layan, yang lain lepas rip mp3 simpan dan tak tersentuh bertahun-tahun

    Plagues Of Babylon pun masih seal sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk aku sampai Tribute to the Gods... lepas tu tak follow dah...sampai la Incorruptible...baru cuba dengar balik

      Delete