Friday, June 3, 2022

Gila Format - Angel Rat

Antara yang tak sangka akan berjaya di"gila format"kan...

Voivod - Angel Rat (1991)

Sebelum ini tak pernah ambil kisah pun pasal lp keluaran Record Store Day. Tetapi bila dapat tahu yang album ini yang akan direissue, ianya menjadi satu pengecualian.

Maklumlah kalau nak cari versi yang asal memang harganya bukan yang mampu milik. Tetapi masalahnya dengan keluaran Record Store Day, ianya tidak akan di jual secara on-line. Kalau nak beli memang kena beli di kedai. Pilihannya bila ianya tidak di bawa masuk oleh mana-mana kedai di Malaysia, samada kirim dengan rakan di luar negara atau mencarinya secara on-line sehari selepas berlangsungnya acara Record Store Day. 

Kebiasaannya para scalper pasti akan mengambil kesempatan dengan menjualnya semula dengan harga yang mahal. Tetapi saya bernasib baik. Pencarian saya di Discogs sehari selepas RSD 2022 terjumpa dengan sebuah kedai records di USA yang menjualnya dengan harga sama. Ianya copy terakhir di kedai tersebut. Mungkin itulah namanya rezeki.

Voivod bukanlah sebuah band yang muziknya mudah untuk dihadam. Tetapi bagi saya jika anda berminat untuk mencuba, mungkin album ini adalah permulaanya. Ianya bukan progressif metal yang berat. Malah ianya lebih kepada hard rock. Lebih mudah, lebih lunak dan senang hadam. Sesuai untuk latihan awal sebelum mendengar muzik mereka yang lebih kompleks, lebih psychedelic, lebih futuristic...


Versi kaset dibeli di Muzika Kotaraya Johor Bahru. Versi cd secara on-line. Rindu betul nak lepak-lepak kedai kaset macam dulu-dulu.


** yang tak bestnya versi lp ni terlalu simple. Tak ada inlay/booklet/lirik. Dalam cumanya piring…

 

2 comments:

  1. datang ler ke wisma campbell kuala lumpur. ada 5-6 kedai cd yg menjual cd cd metal dan rock. semua buka lepas pukul 2 ptg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau la campbell tu dekat...memang dah bertunggu bertangga...haha...

      Delete