Tuesday, September 24, 2013

Retro Active

Lagi album best yang dah 20 tahun


Def Leppard - Retro Active (1993)

Retro Active bolehlah dikatakan sebagai penutup bagi era Steve Clark. Selepas dari ini tiada lagi lagu-lagu ciptaan beliau untuk Def Leppard. Kematiannya bagi sesetengah peminat adalah juga merupakan kematian untuk Def Leppard. Saya termasuk dalam golongan tersebut. Susah untuk menerima hala tuju Def Leppard yang baru.

Retro Active adalah merupakan himpunan lagu-lagu B-sides dan  lagu-lagu yang tak pernah diriliskan semasa seisi rakaman dari tahun 1984 hingga 1993. Majoriti lagu-lagunya telah di touched-up semula tetapi masih mengekalkan apa yang dimainkan oleh Steve Clark. Ianya juga merupakan penampilan pertama Vivian Campbell sebagai gitaris baru mereka.

Ini adalah album terakhir Def Leppard yang betul-betul best. Lebih best dari Adrenalize (1992) yang dah terlalu pop rock bunyinya. Saya kurang berminat dengan rilisan seterusnya. Walaupun mereka cuba kembali ke era Steve Clark dengan Euphoria (1999). Percubaan yang baik sayangnya Def Leppard tak akan sama tanpa lagu-lagu ciptaan Steve Clark.

Leppard yang paling best

Terdapat 5 lagu ciptaan Steve Clark seperti "Desert Song", "Fractured Love", "Ride into The Sun", "Ring of Fire"dan "I Wanna Be Your Hero" yang pada saya sangat best. Tapi untuk lagu-lagu slow, memang patut di serahkan kepada Joe Elliott dan Phil Collen,. "Two Steps Behind" dan "Miss You in a Heartbeat" memang feeling. Tak hairanlah kalau Def Leppard selepas Retro Active cuma best pada lagu-lagu slownya sahaja.

Entah mengapa, saya suka betul dengan lagu "Only After Dark", cover version lagu 70an dari album solo gitarist David Bowie, Mick Ronson. Memang best. Pada saya kalau mahukan Def Leppard yang terbaik selepas era NWOBHM. Cari sahaja album ini dan Hysteria.


***1st time tengok gambar kaver album ni ingatkan gambar tengkorak...macam tak percaya pulak Def Leppard guna tengkorak....tapi rupanya sekadar ilusi mainan mata sahaja...heheh..




9 comments:

  1. Miss you in a hearbeat ada tiga version kan cd ni? Ada satu tersembunyik kat blakang tj haha. Tapi X alrite. Ninaku nak tunggu dorang nye live in las vegas, lagu semuq giler2 best

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...ori, electric dan piano version...tapi aku suka electric version sama macam "Two Steps Behind" punya electric version...rock sikit bunyinya...

      Delete
  2. cd yang aku masih kalah bid sampai sekarang

    ReplyDelete
  3. dulu2 sapa yang beli cd ni akan dapat lyric book. menggiurkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lyric book tu tak berapa best pun...cuma ada 3 keping gambar aje...salah satunya yang aku tampal kat atas tu...dia jadi tebal pasal satu page satu lyric...

      Delete
  4. Betul ckp bro portdy,sebelum ni penah beli versi kaset dpt free lyric book tu..lagu ciptaan steve clark memang best..paling aku suka desert song tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kaset tak pasti pulak ada lyric book tu...aku ada kasetnya...beli tahun 1993 (lupa pulak nak tampal gambarnya...nanti aku update)...tapi memang takder buku lirik tu...

      Delete
  5. Salam bro Berteromber,

    Komen DL Retro Active ni mengamit memori gua la bro. Lu punya komen-komen album rock dulu memang buat gua terkenangkan kenangan lalu...album yang jarang diperkatakan ie Live Konsert Poison, Ugly Kid Joe, Aerosmith dan macam2 lagi...paling terbaik komen pasal album rock tempatan BELANTARA...rare bro albun dia orang ni, masa first time dengar album ni tahun 1987, memang gua cakap band ni lain rock dia dan terbaik . Good job bro...blog lu memang terbaik.
    Selera sama sebab seUSIA...1971

    p/s : lepas kawin 1996 tak gi konsert dah, kecuali baru-baru ni ..Metallica at Stadium Merdeka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro....yang seusia...yang selera sama jer akan paham blog merapu duniawi gua ni...

      kadang-kadang bila ada komen macam ni lah yang buat rasa bersemangat nak terus menulis...tak kisah lah kalau yang bacanya takat kita-kita ajer...berapa kerat la mat rock tua yang baca blog...heheheh..

      p/s...tahun kawin pun sama tu...heheh..

      Delete