Monday, May 9, 2016

Turbo

14hn April


Judas Priest - Turbo (1986)

Ramai fans tak suka. Mungkin kerana ianya bukan trademark Judas Priest yang biasa. Selling out, pop metal, glam metal adalah antara gelaran kepada Turbo. Tetapi saya setuju dengan satu ulasan yang mengatakan "Priest goes glam. And it's a big, dumb, absolute blast!"

Saya suka Turbo. Rasanya ini album mereka yang paling melodic. Memang lazat. Mungkin kerana pada ketika itu saya sendiri agak kemaruk dengan genre glam/hair metal menyebabkan album ini mudah melekat di hati. Tak keterlaluan kalau saya katakan Turbo adalah antara album Judas Priest kegemaran saya.


Sebenarnya ianya masih muzik Judas Priest. Masih dengan trademark twin guitar solo  Glenn Tipton/ K.K. Downing yang ohsem. Mungkin yang berbezanya cuma dari segi kelajuan, synth guitar, lirik-lirik cinta dan melodi yang terlebih catchy.

Lagu-lagu seperti "Turbo Lover", "Locked In", "Private Property", "Parental Guidance", "Rock You All Around the World" memang tersangat catchy. "Out in the Cold" pun sedap juga tetapi saya lebih menyukai versi live dalam Priest…Live.

Ianya sebuah album yang menarik tetapi hanya jika anda sukakan pop metal.




8 comments:

  1. Aku suka ni album, lagi satu lagu pop rock gerek is wild nights hot and crazy days.
    aku suka cammana Judas preist boleh start concert pakai lagu Out in the cold.
    cuma turbo lover tu aku ada horror sikit, masa judas preist main lagu ni kat fort canning, ada dua mat salleh gay gitu kot, gyrating gyrating ikut rentak lgu ni. Hahahahaah.
    so now aku dengar turbo lover aku dah fikir ni lagu gay. Haha

    ReplyDelete
  2. Yg ni mmg aku takda.ketinggallan dah.heheh..teringat aku tgh belek lp JP ni kat amcorp,ada mat saleh ni tetiba je ckp kat aku "the singer is gay u know?" heheh...

    ReplyDelete
  3. aku pulak langsung takde.. tak follow sangat pun judas priest ni

    ReplyDelete
  4. judas aku hanya ada album scream

    ReplyDelete
  5. Aku JP first dengar mungkin tahun 92, album Painkiller, kaset kawan je, pastu rasanya baru beli kaset kompilasi Metal Works 73-93, jadi pengenalan lagu2 Turbo dlm album kompilasitulah..

    ReplyDelete
  6. Metal pun ade pop.. ok jgk tu.. layan

    ReplyDelete
  7. pop metal.. jap aku nak layan kat utube cemana bunyinya

    ReplyDelete