Friday, April 30, 2010

Powerslave

Album ke 3 dalam siri tribute Iron Maiden aku adalah Powerslave…ini adalah album ke 5 mereka dan yang ke 3 menampilkan Bruce Dickinson sebagai vocalist.



Kalau Killers album yang mengenalkan aku kepada Maiden…Somewhere In Time pulak album studio pertama yang aku beli….lagu 2 Minutes To Midnight dari album Powerslave pula merupakan lagu Iron Maiden pertama yang membuatkan aku betul2 menjadi salah seorang peminat mereka..dengar part chorus dia tu jer terus menangkap kat kepala..

Dulu dalam tahun 85 rasanya la…ada member sekampung aku yang sama2 minat lagu2 macam Duran Duran A-ha tu semua…terbeli satu kaset kompilasi pirate lagu2 rock pasal murah punya pasal..lupa dah tajuknya…Scandinavian Rock ker apa kalau aku tak silap…dalamnya ada beberapa lagu dari band2 rock zaman tu antaranya yang aku ingat Iron Maiden, Mercyful Fate dan Manowar..yang lain aku dah lupa…tapi yang paling aku ingat lagu 2 Minutes To Midnight la…lagu yang mengubah citarasa aku dari new wave kepada rock…walaupun sebelum tu dah banyak dengar jugak lagu rock macam Scorpions,Deep Purple,Rainbow,Kiss tu semua…tapi 2 minutes merubah segalanya…tambah pulak time tu Search keluar Cinta Buatan Malaysia kan…ntah kenapa lagu ni membuat aku betul2 rasa malas dah nak dengar Duran Duran A-ha….dari situ aku mula mencari kaset2 Iron Maiden sehingga terjumpa kaset kompilasi best of dari apache…and the rest is history la….



Aku tak ingat tahun bila aku beli kaset versi apache Powerslave yang dah hilang ni..tapi versi cd ni aku beli pada december 1995… kat Salem Power Station Ampang Point...dah tak ujud dah kedai ni kan...aku dulu suka pegi kedai ni pasal dia ada bahagian cheap sales yang kalau nasib baik boleh jumpa cd yg best2...dan tak lupa jugak awek yang jaga kedai tu lawa2 belaka..heheh..

Satu yang menarik pasal powerslave ni adalah unsur2 Mesirnya terutama kat bookletnya tu…disebabkan Powerslave la sekarang ni kalau tengok piramid,mumia tu semua mesti teringat maiden kan…kalau nak baca review lengkap pasal album ni..siapa lagi yang paling layak kalau bukan the no1 fan himself…Mr Deaf Angel la…sila klik sini..complete gambo2 ngan single semua…tabik Deaf!



Bagi aku sendiri…selain lagu 2 minutes tu…ada lagi beberapa lagu yang aku suka…antaranya Aces High…walaupun kalau dengar vesi LAD lagi best…part intro Churchill’s Speech tu ajer dah meremang bulu roma…(ntah bila la nak merasa tengok live depan mata ek…dream on la oii…)..lagu ni jugak selain The Trooper yang band aku band budak2 sekolah yang berangan nak jadi rockstar mencuba2 jamming dedulu…

Selain tu lagu yang jadi tajuk album...Powerslave...pun best giler..Flash Of The Blade...The Duellists...Losfer Words...ahhh...aku suka semua la...dan juga lagu epic yang mak datuk 14 minit panjang...Rime Of the Ancient Mariner...lagu berdasarkan sebuah poem dari abad ke 18 ni memang antara yang terbaik pernah Maiden hasilkan...aku sampai sekarang pun tak jemu2 dengar lagu ni...memang terbaek la..tak caya dengar la sendiri...

Lagu yang paling kurang aku minat dari album ni pun selalu aku tak boleh lupa...ntah la setiap kali dengar lagu Balik Kampung Sudirman…mesti aku teringat lagu ni…Back In The Village (translate jadi Balik Kampung la kan...heheh).aku rasa kalau aku jadi Dj radio…time2 nak raya memang aku pasang Balik Kampung versi Maiden ni la…hahahaha…



album ni memang rekomended la...tak kisah la kalau korang tak minat Maiden pun...tapi kalau suka 80's metal...ini album memang patut ada dalam koleksi..tak cukup heavy metal la kalau takder album ni..heheh...

Tuesday, April 27, 2010

Burnmark

Last kopek untuk entry aku pasal Juara Juara Rock…selepas MAY, Febians, Metalian dan kini band yang berasal dari Segamat Johor…Burnmark…sebenarnya ada satu lagi band dari JJR ni..Scandal…aku suka band ni…sayangnya dorang takder keluar album solo..mungkin dorang dah berpecah sebelum sempat buat album solo…ruginya…2 gitaris kidal dorang Joe masuk Wings…Opie masuk Bloodshed…bassist dia Bad (betul ker nama dia??) join Handy Black (kalau aku tak silap)….sayang..ni band memang best…suka aku lagu Kuasa 2..



Ok ni bukan pasal Scandal…Tapi Burnmark…album solo dorang ni diterbitkan pada tahun 1988…Dalam banyak2 band zaman JJR1 hingga 3…Burnmak lah yang lagu2 heavy dia pada aku kurang best…tapi aku suka lagu slow Secebis Rayuan…aku suka gitar work/solo gitarist dia Joe dalam lagu tu…walaupun lagu ni meleweh…tapi gitar dia heavy dan banyak solo..

Aku memang mengharapkan album ni sebuah album yang gitar..gitar..dan gitar…maklum la rasanya semua pun tahu kehebatan Joe ni…kalau tak..takkan la MAY jemput dia untuk menyolo lagu Sendiri masa Juara Lagu TV3 dulu tu kan…sayangnya time tu tali gitar putus la pulak…potong betul kan….tapi nampaknya album ni tak la semuanya pasal gitar…bunyi keyboard jugak banyak mendominasi…tak tau la..mungkin dorang nak buat ala2 Malmsteen Rising Force...ada part solo keyboard kan...tapi rasanya lebih tepat dorang ni mungkin nak jadi Europe kot…Joe jadi John Norum…tak tau aku siapa nama keyboardist dia ni mungkin jadi Mic Michaeli...pasal ada jugak lagu2 yang intro dan solo keyboard ala2 Europe macam lagu Snooker dan Iri…tapi John Norum walaupun lagu penuh keyboard…contoh lagu Final Countdown tu…tapi bila masuk solo gitar…mak aiii….hebat…solo membunuh...part ni yang rasanya Joe ni kurang sikit…standard la...mencilok senang...tang nak buat sendiri tu yang susah...

Bukanlah nak kata ada solo keyboard ni tak best…dasat jugak mamat yang main keyboard ni…dasat solo dia…kekadang ada bunyi macam John Lord pun yer jugak…respek aku…ada kelainan la ngan band2 lain pada masa tu...tak tau apa jadi ngan mamat ni...rasanya dia lagi bagus kot dari Acis Gersang..



Album ni sebenonya ada 8 jer lagu baru termasuk 1 instrumental…manakala 2 lagu dari JJR iaitu Secebis Rayuan (dorang rakam semula lagu ni..tapi aku prefer versi asal walaupun ada org cakap bunyi gitar Joe sumbang…tapi itu yang uniknya…lebih raw…) dan Snooker ...walaupun takder la suka sangat lagu ni…tapi lirik pasal Snooker tu memang kena pada zaman tu…time tu memang aku tengah gila main snooker…walaupun tak terer2 pun…Pot Black sebelah Warta kat Segamat tu memang menjadi port aku zaman kat ITM dulu…mungkin budak2 Burnmark ni pernah lepak sana kot…tapi tak pernah pulak terjumpa…ada la sekali terjumpa dorang kat Great Wall Segamat…ntah wujud ker tak ntah tempat2 ni kat Segamat sekarang…err..off topic jap…kalau ada sesapa orang Segamat baca..wujud lagi tak panggung wayang Lilok?..port bebudak ITM dedulu ni…heheh

Bagi aku gitar work/solo Joe banyak membantu album ni...kalau takder Joe...aku rasa album ni memang kurang la...ada 2 lagu yang aku suka gitar work dia...Waspada dan Ayah...lagu lain tak berapa menonjol sangat...lagu2 slow pulak terlampau mendayu2...tak berapa masuk untuk aku...lagu Kasih Dalam Memori ada sikit ciri2 macam Secebis Rayuan...tapi sound gitarnya tak cukup power la...Satu lagi yang menarik pada aku ialah lagu instrumental Terbakar...layan la dengar solo Joe dan keyboardist dia tu...tapi yang kurangnya pada aku suara vocalistnya Jef tu la...aku rasa dia lebih sesuai lagu2 slow…part high pitch…lagu2 heavy…macam tak kena jer kat telinga aku…ntah la...lain orang lain lain telinganya kan...



Secara keseluruhannya bagi aku album ni tak cukup kuat…tak cukup catchy yang boleh buat melodinya terngiang2 kat kepala…tak der satu pun yang boleh jadi favourite aku…jenis yang kalau dengar…ok…pastu lupa….lagu2 slow dia pun tak cukup kuat…tu pun pasal album ni tak popular agaknya…mamat/minah jiwang pun tak sangkut…rasanya memang Joe la jadi penyelamat untuk aku terus dengar album ni...apa2 pun tahniah la pada dorang…semua lagu cipta sendiri…respek!

Err..ada desas desus kata album MAY – Dilema tu Joe yang main…mungkin jugak kot…pasal album tu memang lain sound gitarnya dari lain2 album MAY…ntahkan betul atau tidak…hanya dorang sendiri jer la yang tau…

Sunday, April 25, 2010

Caranya

Man Utd 3
Giggs (58, 86), Nani (81)

Tottenham 1
King (70)

24 April 2010, Old Trafford

Kepada penyokong Chelsea dan Arsenal...begini caranya bila bertemu Spurs...






kenapa ek tetiba aku macam nak sokong Liverpool minggu depan...hahaha..

now...over to you chelsea...

Friday, April 23, 2010

Metalian - Identiti

Tak abis lagi pasal entry Juara Juara Rock…selepas MAY dan Febians…kali ini band yang dapat tempat ke 3 Metalian…dasat berat nama band ni…bunyi macam Metallica pulak..logo masa JJR2 pun ada iras2 Metallica....nasib lagu tak cilok Metallica...



Album ni diterbitkan pada tahun 1987…seingat aku selain dorang…Urgent dan Gersang pun berimejkan dressing kemas ala2 mat pejabat ni…tapi rasanya dorang la yang mulakan dulu trend ni…maklum la vocalistnya Thana tu kan cikgu..mestilah kena imej bersih kan…tapi aku tak leh lupa dressing dia ala2 Bruce Dickinson masa zaman2 JJR dengan kaki seluar masuk dalam stoking tu…very the rock 80’s...Thana ni jadi idola rakan sekelas merangkap 2nd gitarist band aku zaman sekolah dulu…maklum la dia sama2 bangsa India…zaman tu memang rata2 muzik rock ni bebudak melayu ajer…mana nak jumpa budak Cina India pakai seluar fit kasut high cut kat sekolah...dorang semua diskang seluar baggy...kawan aku ni jer spesis lain...nasib dia tak pergi sekolah kaki seluar masuk dalam stoking…hehehe….(to Visva @ Ali…lama tak jumpa lu bro…iyer dia dah masuk Islam pun…alhamdulilah…banyak campur budak2 rock melayu…akhirnya Allah bagi hidayah kat dia…jangan ingat rock jahat jer...sayang aku dah lost contact ngan dia…)


ni gambo cilok dari blog Deaf nak tunjuk korang camner gaya kaki seluar masuk dalam stokin...hehe


Metalian ni zaman2 JJR…aku suka jugak lagu Aku Tetap Disini…bagi aku Metalian ni lagu2 slow rock dorang dalam 3 edisi JJR semua pun sedap terutama Segala Untukmu…leleh ooo...kalau yang heavy aku suka lagu Kabus

Masa album ni diriliskan…aku memang tak harap sangat pun ianya album yang heavy…kalau ada lagu2 slow rock ala2 Aku Tetap Disini,Segala Untukmu pun aku dah cukup puas hati…kena pulak tengok cover kaset tu kan…tapi ternyata…boleh tahan jugak album ni...ada la beberapa lagu heavy...album ni agak melodic dan catchy...sekali dengar je dah boleh tangkap....kira boleh la..



Tetiba aku macam terajin pulak nak review satu2...

Side A
1 - Identiti - yang jadi tajuk album adalah salah satu lagu yang heavy…rabak jugak Thana tarik part chorus tu…tapi yang jadi standardnya band2 rock zaman tu isu ciplak la…Intro dia sebijik cilok Crazy Train Ozzy Osbourne…part yang suara aii..aii…tu pun ada…adoiiii….solo lagu ni dorang undang Man Kidal menyolo...boleh tahan la..lagu ni lirik ni mengambarkan identiti dorang kot...rock baju smart..

2 - Khayalan - sebuah lagu yang moderate…layan gak melodi lagu ni…catchy...aku suka..best..satu2nya lagu yang bukan gitaris dia Lan cipta...yang lain semua dia tapau...ntah sapa Eric Hoo ni ntah..

3 - Luka - lagu slow rock ala2 Aku Tetap Disini...tapi tak leh celen Aku Tetap Disini..

4 - Keyakinan Diri - Lagu heavy yang biasa2 je pada aku..tapi tetap catchy la...

5 - Kau Gadis Kota - Ni satu lagi lagu yang dorang undang Man Kidal menyolo...lagu heavy dan catchy...ok jugak la..

Side B

1 - Lorong Lorong Sepi - Lagu heavy lagi...melodi yang catchy lagi...Lord (Ella & The Boys) main synth untuk lagu ni...ni pun layan...best.

2 - Usah Kau Pergi - sebuah lagu slow yang sikit boring pada aku…meleweh...guna keyboards dan akustik gitar….tapi part Thana nyanyi Oooo...Oooo...sebelum masuk solo gitar last tu macam ada persamaan ngan lagu Holiday Scorpions la pulak…

3 - Senyum Bukan Tangisan - lagu slow ala2 Segala Untukmu...tapi tak leh celen Segala Untukmu...aku rasa Segala Untukmu lah lagu slow dorang yang terbaik...tapi lagu ni part solo dia aku dapat tangkap gitaris dia Lan tu cilok idea Turned To Stone Budgie…sebijik masa part mula2 solo tu...sama kes macam Kenangan Bersamamu Lefthanded…pastu sambungan solo tu pulak sebijik cilok solo Adrian Smith kat lagu Strangers In The Strangeland…gila banyak cilok dalam satu solo…errr…mungkin hanya satu kebutalan kot…heheheh…

4 - Erti Persahabatan - rasanya adalah lagu yang paling popular dari album ni..seingat aku lagu ni agak popular kat radio Singapura dulu…dan baru beberapa bulan lepas aku ada dengar lagu ni kat radio RIA Singapura…mungkin pasal tema sahabat tu ada jer orang yang akan request lagu ni…dulu aku tak berapa perasan sangat lirik lagu ni…tapi bila ada budak sekampung aku pinjam kaset ni pasal nak pasang lagu ni kat majlis perpisahan akhir tahun kat kelas sekolah dia...baru aku perasan...touching jugak lirik dia...aku tak sure vocal2 sapa dalam lagu ni...rasanya buka Thana sorang yang nyanyi...hmmm...memang sesuai jadi lagu tema untuk majlis2 perpisahan...

5 - Destinasi - lagu penutup...lagu heavy...aku macam ada rasa pernah dengar somewhere jer melodi lagu ni...ntah la...mungkin perasaan aku jer kot...



Kesimpulannya...album ni memang agak catchy la...dorang memang terer bab cipta2 lagu catchy ni...respek zaman ni...lagu cipta sendiri...album pun dorang terbitkan sendiri...tak tau kenapa dorang tak popular...tak cukup publisiti kot...nak kata pasal imej...Gersang boleh pulak popular dgn imej camgini...mungkin Man Bai tu kiut kot...(ni orang rumah aku cakap...hehehe)...tak silap aku ni album last Thana dengan dorang...lepas tu dia terus senyap...Metalian pun lepas tu jadi WOW....tu jam memang aku dah tak follow la...

kebetulan baru2 ni aku terjumpa FB Mr. Thana ni....kalau korang ada FB boleh try la add dia...

Wednesday, April 21, 2010

Dari Singapura

Sabtu lepas aku dapat satu surat yang aku tak jangka dari Singapura…dalamnya terdapat cd White Lion “Return Of The Pride”…Cd ni bukanlah dalam wanted list aku…tapi disebabkan reganya yang murah Sing$7.95 ajer…aku kirim beli jugak…sekadar pelengkap koleksi cd White Lion aku…dah lengkap pun kesemua studio album…Pride,The Big Game, Mane Attraction dan yang ni…



Aku memang minat White Lion…tapi semata2 kerana gitaris mereka Vito Brata…so disebabkan album baru ni tak der beliau…malah yang ada sebenarnya hanya vocalist dia…si laki Ayu Azhari (nyum..nyum..) tu ajer…maka tak der la beriya2 nak sangat pun…

Tapi bukan la tak best langsung cd ni…Mike Tramp masih hebat dalam mencipta melodi2 yang sedap…cuma suara dia sedikit berbeza dari zaman 80an dan 90an dulu…sedikit kasar…lagi bagus kot…tapi disebabkan tiadanya gitar work Vito Brata…pada aku dah tak bunyi White Lion dah…walaupun aku tau Mike Tramp cuba sedaya upaya nak balik ke zaman tu….tapi tanpa Vito Brata….ini bukan White Lion…rasa macam solo projek Mike Tramp pulak ataupun Freak Of Nature (band Mike Tramp selepas White Lion)..



Aku memang harap la satu hari nanti akan ada reunion dari dorang…Cuma tak pasti la tangan Vito Brata tu dah ok ke tak nak meng”shred” macam dulu…Cuma beberapa tahun lepas dalam satu interview dia ada cakap segalanya mungkin…tambah pulak sekarang ni semenjak Dave Mustaine dah berdamai ngan Dave Ellefson….memang dah takder tempat la untuk James Lomenzo dalam Megadeth…mungkin dorang boleh on projek ni kot…

Abis bab White Lion….dalam surat dari Singapura tu jugak…terdapat 2 keping dvd 1983 Dortmund Rock Pop Festival…lama dah aku cari dvd konsert ni…sebelum ni yang dapat aku sedut dari internet hanyalah Iron Maiden, Judas Priest dan Def Leppard…dengan adanya dvd ni maka dapat la aku tengok keseluruhan band2 yang ambik bahagian dalam festival ni…Quiet Riot, Scorpions,Krokus, Ozzy Osbourne dan Michael Schenker Group…semua nama2 besar heavy metal masa awal2 80an tu…memang best beb…puas hati…selepas berpuluh tahun…baru ni dapat nengok…



kalau boleh teringin gak nak cari US Festival 83…yang ada Motley Crue, Van Halen, Scorpions, Quiet Riot, Judas Priest, Ozzy dll tu...cari versi sedut pun tak dapat nak complete…kalau dapat yang melayu punya Dari Panggung Annivesary pun best jugak kan..

sedikit snapshot dari dvd tersebut..3 band yang aku suka live performance dorang dalam dvd tersebut...Iron Maiden, Def Leppard dan Quiet Riot..







Akhir sekali terimakasih la kepada pengirim surat tersebut…the one and only Mr. Deaf Angel…thanks fren…kerana sudi belikan aku White Lion dan salinkan aku dvd festival tu…kalau turun Jb jangan lupa roger2 aku…boleh kita pekena the tarik bang segelas dua…

Sunday, April 18, 2010

Merah...bukan biru

Man City 0

Man Utd 1
Scholes (92)

17 April 2010, Eastlands
Premier League


Kepada Encik Carlos Tevez...rasanya anda telah sedar kaler sebenar di Manchester...semoga jiran yang bising tak akan bising lagi...heheh...




Sekali lagi kita membuktikan...it aint over till it's over...tambah happy...bila dengar berita tersungkurnya satu lagi kelab kaler biru...sorry beb...merah adalah kalernya....

Tinggal 3 game...satu point...pergh...season yang paling sengit....

Wednesday, April 14, 2010

Love Kills

Ada 2 perkara yang tetiba tergerak hati nak buat entry pasal lagu Love Kills dari Vinnie Vincent Invasion ni..pertamanya ternampak lagu ni kat Zan punya FB beberapa minggu yang lalu...pastu jalan kat depan opis aku ni ternampak pulak gezet movie A Nightmare On Elm Street...movie remake kot...coming soon bulan May nanti...makin kuat la ingatan aku kat lagu ni...salah satu lagu slow berhantu yang memang aku tersangat minat pada zaman2 penghujung 80an dulu...



Kenapa dengan A Nightmare On Elm Street?...pasal lagu Love Kills ni terdapat dalam soundtrack cerita tu...kalau tak silap Nightmare 4 : The Dream Master tahun 1988 dulu...memang aku kenal lagu ni pun melalui filem ni... kebetulan tertengok pulak video clip dia kat TV5 Singapore...terus minat...ada satu lagi lagu dari siri filem Nightmare ni yang aku suka...Dokken Dream Warriors...tu Nightmare 3 kalau tak silap...

Kecik2 dulu siri filem Nightmare ni memang kegemaran aku...dedulu rasa takut jer nengok citer ni...seram aku nengok Freddy Krueger tu...walaupun setiap kali Freddy keluar...mesti aku terbayang watak pelakon dia Robert Englund dalam siri tv sains fiction popular 80an "V" yang makan tikus tu...macam lawak pulak...tapi ntah la...sekarang ni...tak der la pulak perasaan takut nengok cerita ni...

Berbalik pada lagu Love Kills...Siapa Vinnie Vincent ni?...kalau korang peminat KISS tentu korang tau...dengan watak Ankh Warrior...pengganti Ace Frehley masa album Creatures Of The Night dan Lick It Up...memang aku kenal dia masa zaman KISS...tapi lepas kena tendang dari KISS...terus senyap tak dengar berita...sehingga aku dengar lagu Love Kills...


suka aku tengok gitar jackson cabang 4 dia ni...model apa ni ek?

Tapi Vinnie Vincet ni bukan lah salah seorang gitar hero aku...walaupun boleh tahan dasat jugak permainan dia...tapi yang lebih buat aku tertarik kat lagu ni selain melodi dia yang memang membunuh tu...adalah vocalist yang nyanyi lagu ni...sapa lagi kalau bukan Mark Slaughter...sesapa yang tak minat vocal suara halus ni mungkin tak suka vocal macam gini...tapi dia punya vokal bab high pitch tu memang dasat...tinggi oo..aku tak reti bab teknikal ni...tapi ikut wiki tulis "His vocal range without falsetto spans from the low C, or C2, up to the D above soprano C, or D6"...er tu tinggi ker apa tu...

Dan buat sapa2 yang tak tau...Mark Slaughter tu la vocalist kumpulan Slaughter yang popular sekitar tahun2 awal 90an dulu dengan lagu2 hits macam Up All Night,Fly To The Angels, Real Love (video clip ni featuring Shannen Doherty...nyum..nyumm)...sebenonya lepas gaduh ngan Vinnie Vincent...Mark Slaughter dan Dana Strum(bass) belah dari VVI ni dah tubuhkan Slaughter..


L-R Bobby Rock,Mark Slaughter,Vinnie Vincent dan Dana Strum

Apa2 pun memang feeling ahh lagu ni...sesuai untuk yang tengah bercintan...antara lagu2 yang jadi modal dubbing kat kaset...bagi kat awek..huhu.


ntah bila kalau rajin nanti aku review la kaset Vinnie Vincent Invasion ni...kaset ni dulu beli kat Komtar JB memang semata2 pasal lagu Love Kills ni...masa test kaset ni...memang aku suh mamat kedai tu fwd bukak lagu Love Kills...pastu ada pulak satu brader datang kat aku tanya kaset apa dan terminat lagu ni padahal tu baru 1st time dia dengar dan berhajat nak beli jugak...kebetulan mmg tu ajer la satu2nya stok yang ada...tak abis2 sampai aku nak keluar kedai pun dia ngendeng aku nak kaset tu...hehe


So long since I've waited
To live again
You've brought my world to an end
Love takes its victim and leaves its remains
My broken heart has died in vain
Tell me why have we forsaken the dreams we had
The pain makes it so hard to understand
You're a lifetime ago but a memory away
And I'll love you till my resurrection day

Love kills the fire's gone
Dying embers still remain
Love kills and now you're gone
Girl, I'll never be the same again

Without your love, seems so dead and unreal
And now there's nothing left to feel
Someday we'll meet again--girl that much I know
At heaven's gate we'll say hello
Now I hear the wind is calling my lonely,
Lonely soul
For sorrow's trembling hands please let me go
Love's dying sin is just dust in the wind
I face the other side of no tomorrow

Love kills the fire's gone
Dying ember still remains
Love kills and now you're
gone--Girl I'll never be the same
Love kills and love is just a dying ember in the rain
Love kills a heart betrayed--Lord please, please--
Please ease my pain--love
kills--girl I need your love
Love kills with all its heart


song/lyric : Vinnie Vincet