Sambung lagi kisah dari entry Juara Juara Rock…selepas yang jadi juara MAY…kali ni yang naib juara pulak…Febians…atau dulunya D’Febians…ntah kenapa dorang tukar nama aku pun tak tau..
Album ni juga diterbitkan pada tahun 1988…tapi bukan oleh syarikat Warnada yang menerbitkan album Juara Juara Rock dan MAY tu…tapi oleh label ASP…label yang sama terbitkan album Wings…tak tau kenapa dorang tukar label…dapat offer lebih kot..
Seingat aku bukan aku yang beli kaset ni..ntah macamana boleh ada dalam simpanan aku…mungkin adik pompuan aku yang punya…maklum la masa zaman2 penghujung 1988 tu…zaman yang aku dah tak berapa follow rock melayu…tu jam aku dah kurang beli kaset rock melayu…seingat aku dulu…dalam banyak2 band dari Juara Juara Rock yang buat album solo…album Febians ni la yang paling last keluar dan aku tak berapa suka…pasal apa…aku harapkan dorang keluarkan satu album yang heavy…maklum la dorang cilok riffing Creeping Death kat lagu Peperangan (JJR1) kan…so aku expect mesti lagu2 dorang ala2 Metallica punya…tapi apa yang berlaku…sedikit mengecewakan…
Banyak lagu2 slow dalam album ni….lirik pun banyak cintan…rasanya lagu paling diketahui ramai lagu slow Untukmu Sayang...selain tu..ada Keinsafan,Sandiwara Cinta,Kesetian,Kesepian...dah berapa tu lagu slow...tambah pulak lagu slow yang ada part2 heavy...Satu Penentuan dan Perpisahan Tanpa Rela...gila banyak lagu slow...tapi dalam banyak2 tu aku suka gak la dengan lagu Satu Penentuan...suka part Nasha tarik suara part chorus tu...rabak beb...
Aku takder masalah dengan lagu2 heavy dalam album ni...Pesanan Ikhlas, Renungan Mata Mu dan Hidup Satu Perjuangan...boleh la...solo pun dasat...sebenarnya dah lama tak dengar album ni...tapi untuk buat entry ni aku dengar balik...ternyata masa pertama kali dengar 22 tahun dulu...zaman aku tengah gila thrash...aku tak suka album ni...tak sekarang ni...boleh la...
Sebenarnya aku tau pasal Febians ni sebelum era Juara Juara Rock lagi..tu jam kat JB…nama dorang antara yang popular selain Lefhanded…majlis2 kawin nama dorang memang top la…ada sekali kerja kawin kat kampung aku panggil Febians ni main…tapi aku dah lupa arr lagu2 apa dorang main…dah lama la kan…
Tapi satu yang aku tabik….zaman tu…banyak band2 yang berani buat lagu sendiri termasuk la Febians ni…majoriti lagu2nya dicipta sendiri oleh Nasha…boleh tahan jugak lagu2 ciptaan dia…tapi tak sure pulak zaman Amuk adakah dia masih mencipta lagu..tapi yang pastinya aku lebih suka cara vokal dia di zaman Amuk berbanding suara halus zaman Febians ni…
Tak banyak info yang boleh dicari pasal Febians ni….seingat aku gitaris dia nama Aziz dan Yan…Aziz yang ada misai tu kan…yang banyak menyolo..kalau aku tak silap la..ingat2 lupa la…aku suka gitaris dorang ni…bagus…tapi sayangnya aku pun tak follow dorang selepas album ni…so aku tak tau apa jadi kat dorang sekarang…
Apa yang pasti…kalau teringat Febians ataupun Amuk ni… mesti aku teringat zaman2 Nasha ni jaga kedai kaset kat Komtar, Jb dulu…sentiasa tersenyum dan ramah jer orangnya…tapi tu jam aku belum lagi jadi regular customer kat situ…(zaman selepas dia baru aku regular…masa tu kedai tu guna nama Climex Gedung Muzik kalau tak silap...) so aku tak rasa dia ingat aku…hehehe…
waktu lu jadik thrasher dulu, penah tak beli kaset Ukays, Bisa Berbisa yg cover dia ada gambo mata kail tu..??
ReplyDeletehahaha... mesti lu mencebik kan???
ala... yg ada lagu Disana Menanti Disini tercongok berjanggut Menunggu.
geleng kepala..???
ala.. ye ke..???
ceh...bukan ajer Ukays...Umbrella...Spoon..Budak Kacamata pun semua gua beli...Saari Amri tu kan idola gua...
ReplyDeleteHidup rock leleh!!!...
Siak arr lu....hahahaha...
peh ingatkan ada lagu
ReplyDelete'keindahan pelangi adalah....'
keh keh keh...
hahaha pecah rahsia!
ReplyDeletezmn febians ni aku masih darjah 4-5 kot klu xsilap. zmn tu geng2 abg aku siap buat videoclip kat pantai guna lagu febians dan zodiak... biasalah belia2 kmpg baru merasa ada video camcorder (xblh nak kata handycam sbb besar gedabak)
Terrarosa....taman dalam hati belum cukup berbunga la nak letak lagu tu...hehehe...
ReplyDeleteIjau...sebenonya aku stop dengar rock melayu dipenghujung 88...bukan nak kerek...tapi thrasher tak nak jadi poser sangat la konon kan...so apa2 rilisan selepas tahun tu kecuali Wings memang aku tak follow dan tak ambik tau...
so kalau nak citer Ukays ker Zodiak ker...sila tanya abang eddie....dia lebih memahami...tak gitu eddie...hahahaha....
yeah! sepatutnya mereka kuar dengan album yang heavy! tapi kehendak syarikat rakaman atau pasaran atau diorang sendiri nak cam tu nak buek cam no. tangkap leleh beb!
ReplyDeletekeindahan pelangi adalah
keindahan wajah mu sayang...
rare!mmg rare!!!
ReplyDeletegua minat gile febians...tk kire ah org ckp leleh ke ape....tp febians ttp salah satu idola oden...!!!yippa!!!
jom mount kiara 1 may tgk double trouble 2!
syed... kasi cita la pengalaman kvlt member beli keset ramlah ram dekat kedai bandi tu.. muahaha
ReplyDeleteDulu Nasha....sekarang Bandi...pas ni apa pulak?..?.. Apa2 pun lagu Ukey satu...hehehehe!!
ReplyDeleteSkid,
ReplyDeletenama dia memang Nasabandi.
Suasana sunyi dan sepi
ReplyDeleteBagai mengerti perasaanku
Yang kerinduan kerana ku berjauhan
Dengan dia yang aku sayangi
Rindu ku ini tidak terkata
Walau dibanding seluas lautan
Perasaanku bagaikan di awangan
Beterbangan mencari kasihmu
Hujan oh hujan
Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan oh oh
Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku
Kan ku setia menanti
Demi cinta ini
lagu feveret karaoke tanpa peduli suara sampai ke tidak huhuhuhu
errr abang eddie....ukays ok ape....
ReplyDeletekegemaran indon2 kilang mitsumi pontiansekitar 97-98