Friday, April 23, 2010

Metalian - Identiti

Tak abis lagi pasal entry Juara Juara Rock…selepas MAY dan Febians…kali ini band yang dapat tempat ke 3 Metalian…dasat berat nama band ni…bunyi macam Metallica pulak..logo masa JJR2 pun ada iras2 Metallica....nasib lagu tak cilok Metallica...



Album ni diterbitkan pada tahun 1987…seingat aku selain dorang…Urgent dan Gersang pun berimejkan dressing kemas ala2 mat pejabat ni…tapi rasanya dorang la yang mulakan dulu trend ni…maklum la vocalistnya Thana tu kan cikgu..mestilah kena imej bersih kan…tapi aku tak leh lupa dressing dia ala2 Bruce Dickinson masa zaman2 JJR dengan kaki seluar masuk dalam stoking tu…very the rock 80’s...Thana ni jadi idola rakan sekelas merangkap 2nd gitarist band aku zaman sekolah dulu…maklum la dia sama2 bangsa India…zaman tu memang rata2 muzik rock ni bebudak melayu ajer…mana nak jumpa budak Cina India pakai seluar fit kasut high cut kat sekolah...dorang semua diskang seluar baggy...kawan aku ni jer spesis lain...nasib dia tak pergi sekolah kaki seluar masuk dalam stoking…hehehe….(to Visva @ Ali…lama tak jumpa lu bro…iyer dia dah masuk Islam pun…alhamdulilah…banyak campur budak2 rock melayu…akhirnya Allah bagi hidayah kat dia…jangan ingat rock jahat jer...sayang aku dah lost contact ngan dia…)


ni gambo cilok dari blog Deaf nak tunjuk korang camner gaya kaki seluar masuk dalam stokin...hehe


Metalian ni zaman2 JJR…aku suka jugak lagu Aku Tetap Disini…bagi aku Metalian ni lagu2 slow rock dorang dalam 3 edisi JJR semua pun sedap terutama Segala Untukmu…leleh ooo...kalau yang heavy aku suka lagu Kabus

Masa album ni diriliskan…aku memang tak harap sangat pun ianya album yang heavy…kalau ada lagu2 slow rock ala2 Aku Tetap Disini,Segala Untukmu pun aku dah cukup puas hati…kena pulak tengok cover kaset tu kan…tapi ternyata…boleh tahan jugak album ni...ada la beberapa lagu heavy...album ni agak melodic dan catchy...sekali dengar je dah boleh tangkap....kira boleh la..



Tetiba aku macam terajin pulak nak review satu2...

Side A
1 - Identiti - yang jadi tajuk album adalah salah satu lagu yang heavy…rabak jugak Thana tarik part chorus tu…tapi yang jadi standardnya band2 rock zaman tu isu ciplak la…Intro dia sebijik cilok Crazy Train Ozzy Osbourne…part yang suara aii..aii…tu pun ada…adoiiii….solo lagu ni dorang undang Man Kidal menyolo...boleh tahan la..lagu ni lirik ni mengambarkan identiti dorang kot...rock baju smart..

2 - Khayalan - sebuah lagu yang moderate…layan gak melodi lagu ni…catchy...aku suka..best..satu2nya lagu yang bukan gitaris dia Lan cipta...yang lain semua dia tapau...ntah sapa Eric Hoo ni ntah..

3 - Luka - lagu slow rock ala2 Aku Tetap Disini...tapi tak leh celen Aku Tetap Disini..

4 - Keyakinan Diri - Lagu heavy yang biasa2 je pada aku..tapi tetap catchy la...

5 - Kau Gadis Kota - Ni satu lagi lagu yang dorang undang Man Kidal menyolo...lagu heavy dan catchy...ok jugak la..

Side B

1 - Lorong Lorong Sepi - Lagu heavy lagi...melodi yang catchy lagi...Lord (Ella & The Boys) main synth untuk lagu ni...ni pun layan...best.

2 - Usah Kau Pergi - sebuah lagu slow yang sikit boring pada aku…meleweh...guna keyboards dan akustik gitar….tapi part Thana nyanyi Oooo...Oooo...sebelum masuk solo gitar last tu macam ada persamaan ngan lagu Holiday Scorpions la pulak…

3 - Senyum Bukan Tangisan - lagu slow ala2 Segala Untukmu...tapi tak leh celen Segala Untukmu...aku rasa Segala Untukmu lah lagu slow dorang yang terbaik...tapi lagu ni part solo dia aku dapat tangkap gitaris dia Lan tu cilok idea Turned To Stone Budgie…sebijik masa part mula2 solo tu...sama kes macam Kenangan Bersamamu Lefthanded…pastu sambungan solo tu pulak sebijik cilok solo Adrian Smith kat lagu Strangers In The Strangeland…gila banyak cilok dalam satu solo…errr…mungkin hanya satu kebutalan kot…heheheh…

4 - Erti Persahabatan - rasanya adalah lagu yang paling popular dari album ni..seingat aku lagu ni agak popular kat radio Singapura dulu…dan baru beberapa bulan lepas aku ada dengar lagu ni kat radio RIA Singapura…mungkin pasal tema sahabat tu ada jer orang yang akan request lagu ni…dulu aku tak berapa perasan sangat lirik lagu ni…tapi bila ada budak sekampung aku pinjam kaset ni pasal nak pasang lagu ni kat majlis perpisahan akhir tahun kat kelas sekolah dia...baru aku perasan...touching jugak lirik dia...aku tak sure vocal2 sapa dalam lagu ni...rasanya buka Thana sorang yang nyanyi...hmmm...memang sesuai jadi lagu tema untuk majlis2 perpisahan...

5 - Destinasi - lagu penutup...lagu heavy...aku macam ada rasa pernah dengar somewhere jer melodi lagu ni...ntah la...mungkin perasaan aku jer kot...



Kesimpulannya...album ni memang agak catchy la...dorang memang terer bab cipta2 lagu catchy ni...respek zaman ni...lagu cipta sendiri...album pun dorang terbitkan sendiri...tak tau kenapa dorang tak popular...tak cukup publisiti kot...nak kata pasal imej...Gersang boleh pulak popular dgn imej camgini...mungkin Man Bai tu kiut kot...(ni orang rumah aku cakap...hehehe)...tak silap aku ni album last Thana dengan dorang...lepas tu dia terus senyap...Metalian pun lepas tu jadi WOW....tu jam memang aku dah tak follow la...

kebetulan baru2 ni aku terjumpa FB Mr. Thana ni....kalau korang ada FB boleh try la add dia...

6 comments:

  1. Satu yang aku perasan..
    Ko kalau buat entry sampai boleh tau lagu tu dicilok dari lagu mana..Maybe pasal ko dulu yang dengar lagu2 camni dan pasal ko memang otai (merangkap dah tua..hahaha0

    Disini aku nak cadangkan ko buat satu entry khas untuk me"reveal" lagu2 rock melayu yang cilok lagu2 omputeh. Tapi bab Prodigal Son ngan debunga wangi tu takyah masuk la kot. Maksud aku yang dah tentu orang tau ko xyah la kupas. Ko kupas band2 yang macam metallian ni ke, SYJ ke..

    Knowledge ko banyak beb..Kurang-kurangnya lebih banyak dari aku..hehehe..Mintak tunjuk ajar ye...

    ReplyDelete
  2. Zan…tua tu guna font kecik sikit la…hahaha

    pernah terpikir nak buat…tapi kekadang dah lupa lagu2 apa…cuma bila time nak buat entry macamgini…dengar balik...baru teringat…rasanya lebih mudah macamgini…

    aku bukannya tau sangat pun…cuma kebetulan kalau lagu solo intro melodi yang dorang ciplak tu dari band2 yang aku minat…dan dulunya aku ada kasetnya memang senang la nak tangkap…

    ala...aku bukan sapa2 pun…Cuma kebetulan mendengar muzik rock ni hobi aku...

    ReplyDelete
  3. kupasan cukup baik bang!!
    hahaha..
    fave song aku "senyuman bukan tangisan", tapi masa keluar kaset ni a bit disappointed sebab mcm rock leweh dah..

    apa2 hal memang "segala untukmu" paling best dari metalian!

    ReplyDelete
  4. segala untukmu..

    this song was very very big masa 80an dulu...

    sampai skarang, aku masih suka giler lagu ni haha..

    ReplyDelete
  5. Untung la boleh tua. Kesian dekat yang muda2 la takut x sempat tua. Band ni kalau nama Dr Metal lagi sesuai..:)

    ReplyDelete