Lagi yang dah 20 tahun...
Deadeye Dick - A Different Story (1994)
One-hit wonder. Mungkin itulah yang boleh di rumuskan untuk Deadeye Dick.
Ada tak sesiapa yang membesar di awal 90an tetapi tak pernah dengar lagu "New Age Girl"? Mungkin ada. Tapi untuk yang poser seperti saya bukan setakat pernah dengar tetapi suka. Buat yang tak tahu, lagu ini juga terdapat di dalam soundtrack filem Dumb and Dumber.
Mula dengar di radio. Tetapi jadi semakin tertarik bila Kudsia Kahar yang ketika itu seorang DJ di Radio Muzik buat kuiz siapa tahu makna "septuagenarians" yang ada dalam liriknya. Zaman tu bukannya ada google untuk cari...malah ejaan dia pun tak tahu. Bertahun juga lah baru tahu.
Secara jujurnya memang tak tau apa-apa berkenaan mereka. Membeli kaset ini pun semata-mata kerana lagu tersebut. Tetapi secara ringkasnya mereka ini bolehlah dikategorikan sebagai genre alternative rock. Muzik mereka kebanyakannya mudah dan simple. Sangat pop...cathcy dan melodic...banyak lagu yang acoustic. Lirik pun menarik. Marah,rebel dan aggresif memang tiada dalam kamus mereka.
Ada beberapa lagu yang berjaya menarik perhatian saya seperti "Marguerite" dan "Molly". Tetapi highlightnya sudah semestinya "New Age Girl".
Mary Moon... she's a vegetarian (Mary Moon, Mary Moon, Mary Moon)
Mary Moon... will outlive all the septuagenarians (Mary Moon, Mary Moon, Mary Moon)
Oh, she loves me so
She hates to be alone
She don't eat meat
But she sure like the bone...
huwahhh!!!
er...ok...sila google apa erti "septuagenarians" sekarang?...ker ada yang dah google...heheh...
Monday, April 7, 2014
Friday, April 4, 2014
Master of the Rings
Yang dah 20 tahun...
Helloween - Master of the Rings (1994)
Album ini adalah permulaan yang saya mula kurang mengambil perhatian kepada Helloween. Maklumlah sebagai fanboy Keeper Of The Seven Keys, kesetiaan saya kepada mereka diuji sekali lagi. Dulu Kai Hansen. Lepas tu Ingo Schwichtenberg. Kini Michael Kiske pula. Zaman tu macam susah nak terima bila Helloween berwajah baru. Kira sama macm kes Iron Maiden dengan "The X Factor".
Walaupun begitu kasetnya tetap di beli. Tetapi mendengarnya hanya secara lalu. Yang lawaknya kalau sebut pasal Master Of The Rings tanpa mengoogle atau membelek kaset/cdnya, satu-satunya lagu yang boleh saya ingat adalah lagu slow "In The Middle Of A Heartbeat". Lagu-lagu yang rancak haram satu tajuk pun tak ingat. Ntah kenapa mungkin kerana melodi lagu itu agak senang untuk diingat.
Tetapi sejak keluarnya "The Dark Ride", saya mula mendengar Helloween kembali. "Master of The Rings" versi cd mula menjadi wish list saya di e-bay. Akhirnya berjaya juga memilikinya beberapa tahun yang lalu. Walaupun begitu atas kekangan masa, cd ini hanya tersimpan di rak cd sehinggalah ketika entri ini hendak dibuat.
Ternyata album ini sangat bagus sebenarnya. Micheal Weikath telah berjaya mengembalikan Helloween ke landasan yang asal. Sayangnya pada saya album ini tidak konsisten. Lagu-lagu dari side A versi kaset terutamanya seperti "Sole Survivor", "Where the Rain Grows" dan lagu kegemaran saya "Why?" memang sedap. Sayangnya side B cuma biasa-biasa sahaja. Mungkin "Secret Alibi" dan lagu perlahan "In The Middle Of A Heartbeat" menjadi penyelamat.
Tak perlulah nak bandingkan dengan Keeper Of The Seven Keys. Heloween tanpa Kai Hansen/Michael Kiske tetap menjadi peneraju utama untuk genre melodic power metal. Tahniah untuk mereka. Sememangnya Andi Deris adalah penganti yang sesuai.
Best!

Labels:
1994,
cd,
helloween,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, April 3, 2014
Mr. Peabody & Sherman
Cuti sekolah minggu lepas tiada bajet untuk berjalan. Setakat bawa anak tengok wayang ajer la. Macam biasa layan kartun.
Mr. Peabody & Sherman (2014)
Kali terakhir ke panggung wayang adalah tahun lalu ketika menonton Bola Kampung. Macam biasa menonton di panggung yang sama, TGV Tebrau City. Kali ini pergi tanpa perancangan filem apa yang hendak di tonton. Tak tahu cerita apa pun yang sedang ditayangkan. Apa kartun yang ada itulah yang akan ditonton.
Ternyata Mr. Peabody & Sherman tidak mengecewakan. Walaupun anak bongsu saya agak blur dengan jalan ceritanya. Maklumlah budak berusia 7 tahun (walaupun watak utamanya, Sherman juga berusia 7 tahun) Tetapi bila di sajikan dengan perihal sejarah dan tokoh-tokoh dunia seperti Revolusi Perancis, Zaman Renaissance, Perang Trojan, George Washington, Albert Einstein, King Tut, Leonardo da Vinci, Mona Lisa, Marie Antoinette dan ramai lagi tokoh sejarah, saya jamin yang dewasa pun mungkin ada yang blur.
Memang menarik, sambil berhibur boleh juga tahu pasal sejarah. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi sesuai juga untuk tontonan orang dewasa terutamanya kaum bapa. Jarang ada cerita perihal bapa dan anak. Walaupun dalam cerita ini watak bapa adalah seekor anjing. Tetapi pengajarannya, anjing pun sayangkan anaknya.
Terbaik!
Wednesday, April 2, 2014
1994 Pt 4
Pt 1, Pt 2, Pt 3
Tiada album baru dari mereka di tahun 1994. Kompilasi pun kompilasi lah....Ini adalah antara kompilasi kegemaran saya dari tahun tersebut. Ada yang kasetnya dah hilang...ada yang masih tak berjaya nak upgrade ke cd....tapi yang pastinya ini adalah antara peneman saya di sepanjang tahun tersebut...
***tak sabar nak bercerita perihal tahun 1984 pula...antara tahun terbaik untuk Heavy Metal.
Tiada album baru dari mereka di tahun 1994. Kompilasi pun kompilasi lah....Ini adalah antara kompilasi kegemaran saya dari tahun tersebut. Ada yang kasetnya dah hilang...ada yang masih tak berjaya nak upgrade ke cd....tapi yang pastinya ini adalah antara peneman saya di sepanjang tahun tersebut...
***tak sabar nak bercerita perihal tahun 1984 pula...antara tahun terbaik untuk Heavy Metal.
Labels:
1994,
cd,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, April 1, 2014
Smash
Lagi yang dah berusia 20 tahun...
Offspring - Smash (1994)
Pembelian cd ini adalah sama kesnya seperti Vitalogy. Malah kalau tak silap saya ini adalah cd saya yang ke 2 selepas "Iron Maiden - Somewhere in Time". (Tarikh yang tertulis di cd adalah 26hb Nov 1994). Maklumlah zaman yang ketika itu penjualan cd belum lagi meluas. Saya pula baru mempunyai pemain cd, sudah tentu kemaruk membeli apa sahaja cd yang ada di kedai (tapi yang rock la..)
Tak tahu apa-apa pasal Offspring. Tetapi pada ketika itu lagu "Come Out and Play" memang tengah popular dan sering pula melihat video clipnya di rancangan MTV di tv Singapura. Maka oleh kerana itulah cd ini dibeli.
Bukanlah peminat punk rock, tetapi oleh kerana ketika itu tiada cd lain. Hari-hari mendengarnya. Rasa sedap pula. Ianya agak simple dan melodic. Muzik begini lebih mudah untuk saya terima berbanding grunge. Yang menjadi kegemaran saya adalah lagu "Self Esteem". Agak kemaruk juga saya dengan lagu ini suatu masa dahulu. Sering kali mendengarnya berulang-ulang kali ketika perjalanan pergi dan balik kerja.
Cuba juga untuk mendergar Ignition dan Ixnay on the Hombre. Malah ada kasetnya. Tetapi sayang...kesannya kepada saya tidak sekuat Smash. Mungkin masanya tidak kena.

Offspring,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, March 31, 2014
Vs Sarawak
Liga Super 29hb March 2014
Johor Darul Takzim 1 Sarawak 1
( Luciano Figueroa 28′)
Catatan ringkas...bz.
1- Kali pertama dalam tempoh lebih setahun (tak termasuk friendly pra-musim) tengok bola secara bujang. Anak bini tak ikut pasal petang tu kena hantar hantar anak balik asrama di Mersing. Sampai stadium pun dah lewat. Rasa janggal pulak...tapi kalau nak maki player memang line clear la...heheh...
2- Stadium penuh tapi tak se'sardin" macam biasa. Seat paling bawah masih ada ruang kosong. Mungkin ramai kot yang macam aku kena hantar anak balik asrama. Lagipun ada live kat TV2.
3- Tapi belah penyokong Sarawak memang sendat. Lebih dari 1,000 orang kot. Kali pertama dapat tengok GB13 depan mata. Dorang memang hebat. Respek! Tapi pasti dorang ni semua memang datang dari Sarawak atau orang-orang Sarawak yang bermastautin di Johor. Rasanya memang ramai orang Sarawak kat sini. Kat belah seat aku pun ada budak Sarawak pakai jersey lepak sama-sama ngan geng Johor. Rasanya Johor ngan Sarawak takder masaalah.
4- Stadium macam biasa...meriah. Fan JDT buat PoznaĆ selepas lama tak buat. Rasa macam 1st time buat tahun ni. Lupa dah..
5- Tapi bila cerita tentang game, memang rasa frust lah. Main home...cuma dapat seri ajer. Dah berapa kali dah macam ni. Rasanya team lawan dah boleh baca taktikal JDT. Semua team pun akan penuhkan defend...buat counter attack...shoot dari jauh....memang kena la JDT...
6- Hampir setiap game JDT kawal penguasaan bola. Tapi bolasepak di kira menang bukan siapa yang control game. Ni nak tengok shoot on goal pun payah....bukan on target...yang off target pun takder...Bosan arr tengok passing sana sini tapi macam takder tujuan....Takder urgency...lambat...defend team lawan dah ready...macam mana nak score?
7- Harap coach dapat tukar taktikal la...berbakul-bakul dah sumpah seranah yang boleh di dengar disekeliling aku kat stadium ni...hahaha...at least bagi can lah player lain main...ni home kan....bagi yang simpanan macam Irfan tu main...dapatkan konfiden sikit....player yang biasa tu nampak macam dah penat sangat dah...
8- Ok...aku stop. Kang ada yang kata aku macam terer jer nak jadi coach,,,heheh...tapi kena give credit where credit is due lah...tahniah Sarawak...taktikal anda betul.
LUASKAN KUASAMU!

Friday, March 28, 2014
Vitalogy
Lagi album yang dah berumur 20 tahun...
Pearl Jam - Vitalogy (1994)
Tak minat tapi kenapa beli cdnya?
Mungkin itu soalan yang patut ditanya kepada saya. Memang betul saya bukanlah peminat Pearl Jam. Tetapi cd ini dibeli ada sebabnya.
Mengikut tarikh yang tertulis, cd ini di beli pada 22hb Disember 1994. Ini adalah masanya ketika cd mula di jual secara meluas terutamanya di Johor Bahru. Kalau tak silap ianya di beli di Muzika Records Plaza Kotaraya. Yang menjadi penyebab untuk saya membeli cd ini adalah kerana pada ketika itu saya baru membeli set pemain cd changer untuk kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. (Dah takder lagi ek jenis pemain cd kereta yang macam ni sekarang)
Demi nak mengenapkan 10 disc, apa sahaja cd janji yang rock akan saya beli secara trial and error. tak kisah lah kalau tak minat sangat pun...janji cukup 10 disc. Maklumlah pada ketika itu bilangan cd yang dijual di kedai tak banyak pilihan, kedai masih secara majoritinya menjual kaset.
Secara jujurnya saya kurang berminat dengan album ini. Dalam 10 disc yang di pasang, ini adalah cd yang paling kerap kena skip. Lagu yang berjaya menarik perhatian saya cuma "Spin The Black Circle" kerana ianya rancak dan "Not For You" yang mepunyai melodi yang sedap. Lain-lain yang jenis depressed dan meleweh memang agak sukar untuk selera saya. Yang lawaknya saya tak sedar pun lagu "Better Man" adalah dari album ini. Ada seorang rakan yang gemarkan lagu ini tetapi untuk beberapa ketika saya tak tau pun lagu itu dari album mana padahal saya mempunyai cdnya.
Yang bestnya pada saya adalah packaging cdnya. Kali pertama nampak cd yang tidak mengunakan jewel case. Pernah ada tawaran untuk jual tetapi bila mengenangkan packagingnya tu rasa sayang pulak. Biarlah walaupun tak minat, tetapi cd ini mempunyai memori yang tersendiri untuk saya terus menyimpannya.

Pearl Jam,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)