Friday, March 28, 2014

Vitalogy

Lagi album yang dah berumur 20 tahun...


Pearl Jam - Vitalogy (1994)

Tak minat tapi kenapa beli cdnya?

Mungkin itu soalan yang patut ditanya kepada saya. Memang betul saya bukanlah peminat Pearl Jam. Tetapi cd ini dibeli ada sebabnya.

Mengikut tarikh yang tertulis, cd ini di beli pada 22hb Disember 1994. Ini adalah masanya ketika cd mula di jual secara meluas terutamanya di Johor Bahru. Kalau tak silap ianya di beli di Muzika Records Plaza Kotaraya. Yang menjadi penyebab untuk saya membeli cd ini adalah kerana pada ketika itu saya baru membeli set pemain cd changer untuk kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. (Dah takder lagi ek jenis pemain cd kereta yang macam ni sekarang)

Demi nak mengenapkan 10 disc, apa sahaja cd janji yang rock akan saya beli secara trial and error. tak kisah lah kalau tak minat sangat pun...janji cukup 10 disc. Maklumlah pada ketika itu bilangan cd yang dijual di kedai tak banyak pilihan, kedai masih secara majoritinya menjual kaset.


Secara jujurnya saya kurang berminat dengan album ini. Dalam 10 disc yang di pasang, ini adalah cd yang paling kerap kena skip. Lagu yang berjaya menarik perhatian saya cuma "Spin The Black Circle" kerana ianya rancak dan "Not For You" yang mepunyai melodi yang sedap. Lain-lain yang jenis depressed dan meleweh memang agak sukar untuk selera saya. Yang lawaknya saya tak sedar pun lagu "Better Man" adalah dari album ini. Ada seorang rakan yang gemarkan lagu ini tetapi untuk beberapa ketika saya tak tau pun lagu itu dari album mana padahal saya mempunyai cdnya.

Yang bestnya pada saya adalah packaging cdnya. Kali pertama nampak cd yang tidak mengunakan jewel case. Pernah ada tawaran untuk jual tetapi bila mengenangkan packagingnya tu rasa sayang pulak. Biarlah walaupun tak minat, tetapi cd ini mempunyai memori yang tersendiri untuk saya terus menyimpannya.




9 comments:

  1. adi kalau nampak ni..kompom up 1k nih...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah ada cd ni...mesti dia eksyen punya...hahaha...

      Delete
  2. Yang tau lagu " not for you" je dalam album ni..lepas tu ramai klon eddie vedder wujud eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melodi dia sedap...tapi lirik ada sebut Muhammad tu yang mula2 was2 jugak...

      Delete
    2. 'Like Muhammad hits the truth'? apa maknanya ek?

      Delete
  3. tak pernah dengar, tapi selalu nampak cd ni dulu kat kedai..pegang2 je la haha.

    Muzika.. kat kotaraya, dulu sebelah pun ada kedai kaset jugak kan?
    kat Singapore, dulu dorang kat Queensway pun ada, pernah kat Yokoso pun ada, sekarang tinggal kat Joo Chiat Complex aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah dia tu Music Valley kot...lupa dah...sekarang Kotaraya dah takder kedai cd dah....

      Aku suka dulu lepak Muzika time balik kerja...selalu gak order cd ngan magazine dari dorang...sayang ek...satu satu kedai cd tutup...

      Delete
    2. muzika kotaraya dulu tu memang rules la kan

      Delete
  4. Like Muhammad hits the truth, mgkn merujuk kpd jalan Rasulullah itu adalah jalan yg benar....berprasangka baik saja....sama keadaan nya dgn vokalis Bad Religion yg pernah keluar statement dlm sebuah show mereka, yg mengatakan bahawa Islam is the true way of life....tapi hidayah belum dtg kpd dia....anyway, Vitalogy ini antara favorite aku nih hahaha mcm tau2 saja bro Faizal Skudal. Spin The Black Circle!!!

    ReplyDelete