Thursday, April 11, 2013

Bola Kampung : The Movie




Bola Kampung : The Movie (2013)

Layan anak tengok kartun masa cuti sekolah. Last tengok wayang kat panggung adalah pertengahan tahun lepas...genre yang sama tempat yang sama di TGV Tebrau City. Kalau dulu kartun omputeh Madagascar 3, kali ni kartun tempatan Bola Kampung.

Bukanlah rajin sangat nak ke panggung, tetapi secara kebetulan salah satu anak syarikat co. tempat orang rumah bekerja menjadi penaja untuk cerita ni. Maknanya dapat tengok free. TGV buat 3 tayangan khas untuk staff co. orang rumah. Sayangnya tidak dalam 3D...apa nak buat...nengok free...2D pun 2D la....

Walaupun tajuknya bola kampung, cerita ni takder la kampung sangat pun. Animasinya, jalan ceritanya pada aku kira standard antarabangsa. Animasinya lebih cantik dari sirinya di TV. Nampaknya walaupun standard filem kat Malaysia agak ketinggalan, tapi dari segi filem animasi, kita takder lah ketinggalan sangat.

Aku tak berapa follow sirinya kat TV, anak bongsu aku tak minat...cerita bola cerita  lelaki katanya....lainlah kalau Boboiboy....ada Yaya...tapi rasanya kalau tak pernah tonton siri tvnya pun takder masaalah...walaupun wataknya sama, tapi cerita ni takder kena mengena dengan siri tv.

Kalau anak aku yang tak minat siri tvnya kata filem ni best...aku ikut ajer la...dah ceritanya memang untuk bebudak macam dia kan...dia kata best...best la maknanya tu...



8 comments:

  1. Kalau zaman aku bebudak dulu Gaban yang best.heheh..

    ReplyDelete
  2. zaman aku...robot tempe...Tempe Asoka!!!

    ReplyDelete
  3. ceritanya dorang masuk dalam computer game...lawan bola dengan robot..

    ReplyDelete
  4. ni kalo naik bas kuning yang causeway link tu kadang2 ada la kot
    tunjuk katun ni

    ReplyDelete
  5. kalo dah lawan bola dengan robot tu maknanya takder la nilai kekampungan tu? Hehe

    ReplyDelete
  6. lawan dengan robot??? dah lari tajuk nih. hehehe

    ReplyDelete
  7. tak best sgt cite nya.. patut buat cite pasal bola dan semangat kesukanan. endingnya tak best sgt. macam rushing aje...terlebih budget kot

    ReplyDelete