Monday, August 7, 2023

Pocket Full of Kryptonite

 Yang menyambut ulangtahun ke 32 pada 20hb Ogos yang lalu...

Spin Doctors - Pocket Full of Kryptonite (1991)

Era 90an kalau sebut tentang muzik selain metal ada beberapa band yang bagi saya mengambarkan zaman tersebut. Kita tolak tepi band-band grunge. Bagi saya selain Soul Asylum dan Collective Soul, muzik Spin Doctors adalah definasi saya untuk rock era 90an. 

Namun begitu saya tidak pernah membeli kaset mereka. Apa yang saya ada cuma rakaman 4 muzik video mereka. "Jimmy Olsen's Blues", "Two Princes", "Little Miss Can't Be Wrong" dan "What Time Is It?" yang di rakam di MTV dan Channel V. 

Lagu-lagu mereka terutamanya "Two Princes" dan "Little Miss Can't Be Wrong" sememangnya sering berkumandang di radio. Sesiapa yang hidup dizaman tersebut dan bukan duduk di dalam hutan tanpa radio dan tv pastinya memang biasa dengan 2 lagu tersebut. Ianya sangat catchy dan funky.

Ini adalah satu lagi cd terpakai murah yang saya beli dari Shopee. Dengan harga serendah RM12.42 berserta promosi pos percuma, pembelian sebegini mengingatkan saya kepada pembelian E-stock di Ebay pada suatu masa dahulu. Dengan nilai ringgit yang semakin menjunam, harga cd sebegini sememangnya sangat rahmah!.



No comments:

Post a Comment