Thursday, September 7, 2023

Ratt (EP)

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 23hb Ogos yang lalu...

Ratt - Ratt EP (1983)

40 tahun dah.. Cepat betul masa berlalu. Ianya adalah antara muzik yang mempengaruhi remaja seperti saya pada ketika itu. 

Ratt adalah antara yang menyebabkan saya terjebak kepada heavy metal. Dulu semua pun muzik gitar berdistorsi seperti ini digelar sebagai heavy metal. 


EP ini adalah permulaan Ratt. Ianya sedikit berbeza dengan Ratt yang kemudiannya. Soundnya agak kasar seperti kebiasaan band-band seangkatan dengannya. Sound sebegini sebenarnya yang digemari oleh mat rock pada ketika itu.

Tak pernah ada pun kasetnya dulu. Tak jumpa ianya di jual. Sekadar bahan bacaan di majalah. Mendengar secara keseluruhannya pun setelah zaman MP3. Tetapi apabila kita semakin berusia, banyak perkara yang membuatkan kita bernostalgia. Dan ada antara nostalgia tersebut mampu kita beli… Dan ini adalah salah satu darinya....


2 comments:

  1. ntah aku lebih cenderung pada muzik Dokken berbanding Ratt, tapi 2 lagu Ratt yang bernostalgia pastinya RAR dan BFM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best Ratt ni bunyi gitar Robin Crosby dan Warren DeMartini kiri kanan lain2

      Delete